Bacaan Sebenar dan Merdeka
From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, August 8, 2011 5:54 AM
Subject: Bacaan Sebenar.
Salamun a'laikum..
Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.
2:121. Orang-orang yang kepada mereka kami beri al-Kitab membacanya dengan bacaannya yang benar, mereka percayainya; dan sesiapa yang tidak percaya kepadanya, merekalah orang-orang yang rugi.
Apakah bacaan sebenar itu?
Jawapan:
36:69. Dan Kami tidak mengajarnya syair; ia tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan, dan sebuah al-Qur'an yang jelas.
36:70. Supaya dia beri amaran kepada sesiapa yang hidup, dan supaya Ucapan jadi wajar ke atas orang-orang tidak percaya.4:43. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah mendekati solat apabila kamu sedang mabuk sehingga kamu tahu apa yang kamu ucapkan..
Telah jadi lumrah, wajib, fardhu bg bani melayu sejak zaman berzaman lagi membaca Al-Quran perlu dijaga panjang pendek nya. Perlu sedap bacaan nya, perlu pakai tudung semasa membaca nya, perlu wudhuk yg sempurna, perlu mcm2 lg.... Baru blh mendekati Al-Quran. Kalau tidak, dosa besar! Fuh!! Berat, berat... Banyak sangat syarat dan terma nya!
Teringat saya satu dialog filem pendekar bujang lapok...scene di sekolah umum buta huruf..
p.ramlee : ehhh sudin,ini bacanye apa macam, bacanye?
sudin : alif mim nun wau...alif tendang wau ,sarkas daaaaaa...
aziz : apedaaa sarkas.....
p.ramlee : aiiii...tulis punya panjang gitu bunyinye sikit sarkas...
sudin : itu yg panjang bunganye aje yg sikitnye tu la sarkas...x reti...
p.ramlee : tulis pun pakai bunga?
sudin : aiiiii abis xkan hutang je pakai bunga....Scene itu tetap berlaku pada zaman yang serba moden ini... Kelas mengaji Al-Quran baik untuk kanak2 yg baru menempuh fasa membaca mahu pun kanak2 tua yang dah tau membaca masih berlumba2 mencari idgham bila ghunnah, dan macam2 idgham lagi.
Sehingga kita lupa untuk menggunakan pendengaran, penglihatan, Dan hati untuk berfikir tentang Idgham bila sampai satu hari sesuatu jiwa tidak dapat membela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.
44:58. Sesungguhnya Kami memudahkan ia dengan lidah (bahasa) kamu, supaya mereka mengingati.
19:97. Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil.
balik pada 2:121 tadi, memang ramai yg rugi... Kerana tidak mahu menggunakan kemudahan yang dah tersedia untuk mendekati nikmat Tuhan yang dah sempurna bagi seluruh alam.
Sebelum terlupa, kepada sahabat sari nande.. Terima kasih kerana sudi meminjam pepatah baru "kaum Mariam" tersebut.
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Terima kasih. Atau babak "alif ya mim ... Buaya!" Ayam disangka buaya. Itu sangkaan orang buta huruf. Apa pula disangka orang celik huruf, selain sangka misalannya apabila dia berada dalam keadaan mabuk pun dia akan dapat pahala, iaitu pahala solat yang besar.
Selain itu ada pula antara mereka sangka mereka buat perbuatan baik sedang apa yang diusahakan dalam kehidupan ini jadi sesat atau hilang, atau sia-sia belaka. Firman Allah,
"Orang-orang yang usahanya jadi sesat di dalam kehidupan dunia sedang mereka sangka mereka buat perbuatan baik." (18:104)
Demikianlah itu mungkin kerana mereka sangka, daripada apa yang mereka dengar adalah daripada Allah walhal mereka telah ditpu oleh segolongan manusia yang putarbalikkan lidah mereka. Firman-Nya lagi,
"Dan antara mereka, ada segolongan yang putarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu sangka ia daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukan daripada al-Kitab; dan mereka berkata, 'Ia daripada Allah', tetapi ia bukan daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:78)
Kalaulah mereka yang mendengar membaca sendiri dengan memahami dan ikut Kitab yang dibawa Nabi yang ummiy tentu mereka tidak tertipu lagi, dan dapat dilepaskan daripada "belenggu-belenggu yang ada pada mereka" (7:157) seperti disiplin atau sistem dalam pembacaan al-Qur'an yang disebut puan di atas, atau sistem lain atas nama Islam/Qur'an yang diadakan, lalu mereka jadi Merdeka, kerana sesungguhnya Kitab itu adalah Pemerdeka Teragung.
Lalu semua
memahami Mesej Allah untuk menjadi "unwritten law" yang difikirkan mampu
menghilangkan bantahan terhadap sesuatu disiplin atau sistem yang diadakan
supaya masyarakat dapat hidup dengan bebas, terlepas daripada sebarang belenggu.
(Maaf, tajuk puan ditambah Merdeka.)
Allah disanjung!
9.8.11 (Ramadan)
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman