Ramadhan, PETUNJUK dan Puasa

 

From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, July 21, 2011 8:45 AM
Subject: Ramadhan, PETUNJUK dan Puasa.
 

Salamun a'laikum..

Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum Mariam.

2:185. Bulan Ramadan yang padanya Al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa; dan sesiapa yang sakit, atau dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain. Allah hendakkan kemudahan bagi kamu, dan tidak hendak kesukaran bagi kamu; dan agar kamu cukupkan bilangan, dan agungkan Allah, bahawa Dia beri petunjuk kepada kamu supaya kamu berterima kasih.

Pertama sekali Allah menyebut tentang bulan Al-Qur'an diturunkan supaya manusia tak teraba-raba dlm mencari bila la agaknya Al-Quran diturunkan? Supaya tidak timbul pula bulan2 baru ciptaan manusia seperti kalimat2 lain. Sudah jelas nama bulannya yg manusia tidak boleh mengubah.

Yang kedua Allah menyebut lagi tentang bukti-bukti yg nampak(jelas) daripada Al-Qur'an tadi dinampakkan pada semua manusia pembeza apa itu hak Dan apa itu batil atau yg mana benar dan yg mana palsu, atau yg mana ori (original) perintah dari Allah dan yg mana dan yg mana bukan dari Allah.

Yang ketiga Allah menyebut lagi bahawa diantara (bukan semua manusia yg nampak yg hak dan yg batil), kalau dah nampak bukti2 yg dimenjelaskan dalam Al-Qur'an itu benar atau tidak dengan andaian kitab manusia, kalau benar2 letak "kitab Al-Qur'an ini tiada keraguan pada nya, PETUNJUK bagi orang2 bertaqwa", baru boleh puasa...

Diteruskan lagi sesiapa yg sakit atau dlm perjalanan, ganti pada hari2 lain. Mariam yg dalam Haid pun kena puasa, sakit senggugut bukan la kronik sehinggakan terabai nya perintah Tuhan. Soal darah yg keluar itu untuk buatkan Mariam bertambah sihat, bukan kotoran disisi Allah.. Tetapi kotoran untuk sang suami.. Allah tidak pernah bezakan antara kaum lelaki dan wanita, masing2 disuruh berlumba2 didalam buat kebaikkan. Haid bukan cuti rehat dari buat kebaikan kepada Tuhan.. Rugi la kita beb! Cukup la selama ini tipah tertipu dengan kitab tulisan tangan manusia!

Diteruskan lagi Allah tidak mahu manusia jadi sukar didalam melaksanakan perintah Nya. Dh dikata mudah tu mudah la... Jangan la memilih kesukaran ditengah jalan, itu yang menyebab kan pertembungan fahaman lalu manusia sesama manusia menghadapi kemalangan jiwa.. Ada yang terbabas masuk gaung.. Kerana jalan lurus lagi highway Allah sediakan tidak nampak signboard diberi diatas jalan.. Main ikut saja kebanyakkan manusia, mana boleh sampai destinasi hendak dituju...?

Apa yg jelas kelihatan pada perintah diatas adalah, bukan bulan yang harus dihormati... Tetapi PETUNJUK itu yg harus di gunakan agar manusia nampak kebenaran nya.. Baru lah dapat membentuk manusia yg sempurna ketaqwaan nya disisi Allah.

Telah jadi lumrah bani melayu sejak awal lagi.. Tiba saja bulan ramadhan, hati jadi girang kerana bulan mengaut keuntungan lebih berniaga.. Janji berpuasa.. Dh tertunai rukun islam cukup lah.

"Buah cempedak diluar pagar, ambil galah tolong kait kan..
Saya budak baru belajar.. Kalau salah tolong tunjukkan. "

Satu Tuhan, satu kitab, satu umat pasti bertemu pencipta mu !!

Allah disanjung!
 

Salamun alaikum,

Terima kasih. Ramadan adalah satu-satunya kalimat daripada akar kata berkaitan. Ia tidak diberi sebarang makna kecuali dinyatakan sebagai bulan kesembilan (daripada dua belas) dalam kalendar sedia maklum.

Al-Qur'an, atau PETUNJUK, diturunkan padanya, dan PUASA dijadikan satu amalan pada bulan tersebut. Maka dua perkara dikaitkan dengan Ramadan, iaitu al-Qur'an dan puasa. Puasa akan menghasikan glukose di dalam darah - menurut pendapat saintis - mungkin begitu juga dengan petunjuk al-Qur'an yang akan menghasilkan "tenaga" di dalam jiwa manusia. Demikianlah itu adalah hanya andaian kami. Sila rujuk Starvation can trigger longer life. Terima kasih.

Allah disanjung!

22.7.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman