Masaelah dan Satu-satunya

 

From: oniesaifura
To: Ebacaan <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, June 27, 2011 11:06 PM
Subject: "Ada sebuah masaelah!!"
 

Salamun a'laikum..

Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, para pencinta kebenaran dan para pelawat laman makanan rohani ini.. Khusus nya kaum mariam.

2:23. Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.

2:24. Dan jika kamu tidak buat, dan kamu tidak akan buat, maka takutilah Api, yang bahan bakarnya manusia-manusia dan batu-batu, disediakan bagi orang-orang tidak percaya.

Hari demi hari, bulan silih berganti... Makin ketara sifat2 dan fahaman umat manusia diabad ini.. Khusus nya bani melayu. Masih berTuhankan manusia.. Masih ambil manusia sebagai Pengatur iman..

Jelas sungguh kebenaran wahyu Allah ya??? Walaupun bukan hidup sezaman dengan Penurunan wahyu... Tetapi corak Dan rencah nya tetap sama yg berlaku dizaman penurunan wahyu dahulu..

TIADA PERUBAHAN PADA SUNNAHTULLAH!

Manusia jahil masih bermain dgn bayang2, Hanya mampu dilihat tetapi tidak mampu disentuh malah merangkul nya juga jauh sekali..
Takut untuk percayai realiti. Takut untuk mengambil Allah semata-mata sebagai Pengatur.

4:82. Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan.

5:100. Katakanlah, "Yang buruk dengan yang baik tidak sama, meskipun berlimpah-limpah yang buruk menarik hati kamu." Maka takutilah Allah, wahai orang-orang empunya minda agar kamu beruntung.

ADA SEBUAH MASAELAH (masaalah) !! :-

Satu). Banyak-banyak :- banyak yg menentang sesuatu yg baik yg Allah turunkan..

22:51. Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami, untuk membatalkannya, mereka menjadi penghuni-penghuni Jahim.

6:116. Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

40:59. Saat pasti datang, tidak ada keraguan padanya, tetapi kebanyakan manusia tidak percayai.

Dua). Sedikit-sedikit :- Sedikit sahaja yg memikirkan nikmat al-Quran yg diturunkan oleh Allah sebagai penyuluh didlm kegelapan.

40:58. Tidaklah sama orang yang buta dengan orang yang boleh melihat, orang-orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik dengan orang yang buat jahat. Sedikit sekali kamu mengingati.

Tiga). kadang-kadang :- kadang2 Ada yg ingin mengikut, tetapi takut..
Kerana nisbah yg menentang lebih ramai, Sekiranya semua manusia sedari bahawa banyak perjanjian dengan Allah kerap manusia khianati, maka tak akan wujud pertentangan antara manusia dgn Allah Dan antara manusia sesama manusia.

3:112. Kehinaan akan ditimpakan kepada mereka, di mana sahaja mereka dijumpai, kecuali dengan tali daripada Allah, dan tali daripada manusia, dan mereka dipenuhi beban kemurkaan Allah, dan kemiskinan ditimpakan kepada mereka; itu kerana mereka tidak percaya kepada ayat-ayat Allah, dan membunuh Nabi-Nabi tanpa patut. Demikianlah itu kerana mereka lakukan keingkaran, dan mereka mencabuli.

6:162. Katakanlah, "Sesungguhnya solatku, dan pengorbananku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, Pemelihara semua alam.

6:163. Tiada sekutu bagi-Nya, dan begitulah aku diperintah, dan aku yang pertama muslim."

Empat). jarang-jarang :- Jarang2 sekali kedengaran manusia membesarkan , mengagungkan nama Allah lebih dari manusia dan segala yg ada. Terutama media massa, elektronik mahupun di laman2 sosial.. Apa kurang nya Allah? Apa lebih nya manusia? Phenomena ini akan buatkan jenarasi cilik mahu pun remaja jadi buta petunjuk, apatah lg mengenali Tuhan mereka.

14:11. Rasul-Rasul mereka berkata kepada mereka, "Kami tidak lain hanya manusia-manusia yang serupa dengan kamu; tetapi Allah berbudi baik kepada sesiapa Dia hendaki daripada hamba-hamba-Nya. Tiadalah bagi kami untuk datangkan kepada kamu satu kuasa melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin tawakal.

18:110. Katakanlah, "Aku hanyalah seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

23:34. Jika kamu taati manusia yang serupa dengan kamu, maka kamulah orang-orang yang akan rugi.

Mengapa perlu Ada tandingan2 disisi Allah? Bersekutu di sisi Allah bukan bertambah mutu, tetapi bertambah kekafiran.

6:94. "Sesungguhnya kamu datang kepada Kami bersendirian, seperti Kami cipta kamu pada kali pertama, dan kamu tinggalkan apa yang Kami kurniakan kepada kamu di belakang punggung kamu. Kami tidak lihat bersama kamu pengantara-pengantara kamu, orang-orang yang kamu dakwa untuk jadi sekutu-sekutu antara kamu. Pertalian antara kamu diputuskan, dan apa yang kamu dakwakan sudah sesat (hilang) daripada kamu."

30:28. Dia buatkan untuk kamu persamaan daripada diri-diri kamu sendiri: adakah bagi kamu, antara yang tangan-tangan kanan kamu miliki, sekutu-sekutu, dalam apa yang Kami rezekikan kamu, supaya kamu jadi sama padanya, dengan kamu takuti mereka seperti kamu takut pada diri-diri (sesama) kamu sendiri? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang faham.

30:40. Allah ialah Dia yang cipta kamu, kemudian Dia rezekikan kamu, kemudian Dia matikan kamu, kemudian Dia hidupkan kamu; adakah daripada sekutu-sekutu kamu yang buat sesuatu daripada yang demikian itu? Dia disanjung! Tingginya Dia daripada apa yang mereka sekutukan!

guna2 kanlah pendengaran, penglihatan Dan hati sebaik-baik nya.

17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

Satu Tuhan, satu Kitab, satu umat. Pasti bertemu pencipta mu!!

Allah disanjung!

Cc: Allah. Kerana disisi Allah letaknya nilai seorang Hamba. Bukan di cc manusia.
;-)


Salamun alaikum,

Terima kasih atas peringatan yang dikemukakan dan harap dapat difahamkan oleh golongan tertentu daripada bani melayu.

Namun begitu, tulisan puan kali ini juga buat kami hendak ketawa berdekah-dekah tetapi menahannya kerana ahli keluarga sedang tidur. Kami masih ingat sesi teka-teki itu. Antara soalannya ialah, "Di mana terletaknya kekuatan Hang Tuah?", dan jawapannya pula adalah pada huruf Ta - jika ia huruf Ba maka ia tidak jadi Hang Tuah tetapi Hang ...! Sungguh melucukan! Turut melucukan ialah soalan yang disebut puan, "Satu, banyak-banyak. Dua, sedikit-sedikit...." sampai empat. Tapi di laman web ini hanya satu yang disyorkan.

Beralih kepada cerita satu yang lain pula, atau dengan tepat, satu-satunya atau the only, yang turut digerakkan oleh hujah puan. Cerita bakal dikemukakan berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandungi frasa tersebut. Ayat-ayat yang diturunkan berjumlah tujuh. Pertama berbunyi,

"Mereka berkata, 'Adakah kamu datang kepada kami supaya kami sembah Allah satu-satu-Nya, dan supaya kami tinggalkan apa yang bapa-bapa kami sembah? Maka datangkanlah kepada kami apa yang kamu janjikan kami, jika kamu berkata benar.'" (7:70)

Cerita pertama di sini mengenai kaum yang disuruh menyembah, atau mentaati Allah satu-satunya, dan tinggalkan apa yang bapa-bapa mereka sembah, atau apa yang mereka ikut selain daripada Allah. Setelah mereka ingkar, mereka ditimpa azab angin yang sangat bising, sangat kencang, yang meniup selama lapan hari dan tujuh malam, di samping mereka disambar halilintar.

Itu adalah cerita Hud dan kaumnya Ad. Bani melayu harus ambil iktibar daripadanya. Seterusnya pergi kepada ayat kedua menurut sekuen yang berbunyi,

"Dan Kami letak penudung pada hati mereka supaya mereka tidak faham, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian." (17:46)

Al-Qur'an pula disebut. Bila ia disebut bersama Allah sahaja, mereka yang hati ditudung dan telinga disumbat akan lari, tidak mahu faham dan tidak mahu dengar. Tidak mahu faham dan mendengar al-Qur'an! Orang Melayu pun ada yang tergolong dalam jenis ini. Bilangannya tidak sedikit.

Selepas itu diceritakan pula hati manusia yang meluat. Begini ceritanya:

"Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang tidak percayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka gembira." (39:45)

Hati mereka meluat apabila Allah disebut satu-satunya, tetapi apabila orang-orang atau imam-imam tertentu disebut mereka gembira pula. Mereka ini, yang diterangkan sebagai orang-orang tidak percaya kepada akhirat, pun wujud di kalangan bani melayu.

Ayat keempat menurut kronologi berbunyi,

"Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah, Yang Tinggi, Yang Besar." (40:12)

Orang-orang atau imam-imam itu adalah sekutu-sekutu bagi Allah, yang mereka percayai tetapi apabila diseru kepada Allah satu-satunya mereka tidak percaya. Cerita di sini menyentuh mengenai putusan atau hukum agama.

Akhirnya mereka akan percaya. Bila? Jawapannya terletak di bawah ini:

"Kemudian, apabila mereka lihat bencana Kami, mereka berkata, 'Kami percaya kepada Allah satu-satunya, dan kami tidak percaya kepada apa yang kami telah sekutukan dengan-Nya.'" (40:84)

Bila bencana datang barulah hendak percaya kepada Allah satu-satunya, dan cuba mengaku pula tidak percaya kepada orang-orang atau imam-imam tersebut. Sudah terlambat!

Seringkali terdapat orang-orang yang membawa Mesej Allah dihina, seperti berlaku kepada Salleh, seorang Rasul, yang diceritakan dalam ayat berbunyi,

"Dan berkata, "Apa, adakah kita akan ikut seorang manusia, seorang antara kita? Jika demikian, benar-benarlah kita dalam kesesatan dan kegilaan!
Adakah Peringatan dilemparkan kepadanya satu-satunya antara kita? Tidak, tetapi dia pendusta yang biadab.'" (54:24-25)

Demikianlah itu ucapan kaum Tsamud yang menghina Salleh, dan mesej yang dibawanya. Azab yang menamatkan riwayat mereka adalah Teriakan, gempa bumi, lalu halilintar.

Penghinaan serupa itu wujud di kalangan bani melayu, ke atas orang-orang yang menyampaikan, yang didapati tidak bersifat seperti orang Arab, atau cuba menyerupai orang Arab. Mungkin ada bentuk penghinaan lain selain yang ketara itu.

Sampai kepada ayat ketujuh atau terakhir, berbunyi,

"Kamu ada teladan yang baik pada Ibrahim, dan orang-orang bersama dia, apabila mereka berkata kepada kaum mereka, “Kami berlepas diri daripada kamu dan apa kamu sembah selain daripada Allah. Kami tidak percaya kepada kamu, dan antara kami dan kamu, permusuhan adalah nyata, dan kebencian selama-lamanya, sehingga kamu percayai Allah satu-satunya.'" (60:4)

Teladan yang baik pada (Nabi) Ibrahim, dan bagi Nabi Muhammad juga frasa yang sama (33:21). Kedua-keduanya percayai Allah satu-satunya. Hanya Allah sahaja. Begitu juga dengan pengikut-pengikut mereka kecuali segolongan bani melayu yang didapati berat ikut Nabinya walaupun mereka isytihar amat mencintainya. Itu disebabkan juga dengan kewujudan orang-orang yang mencari rezeki melalui dusta dalam penyampaian agama. Firman Allah,

"Satu penurunan (al-Qur'an) daripada Pemelihara semua alam.
Apa, adakah kamu menganggap hadis ini (al-Qur'an) rendah?
Adakah kamu buatkan ia rezeki kamu untuk berdusta?" (56:80-82)


Allah disanjung!

29.6.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman