Sedia maklum iaitu:
-dua baris kandungan e-mel ini kami warnakan merah,
-link yang tercatat tidak pergi ke kisah Nabi Yahya.
From: zamakhsyari khariri <engr_zamakhsyari@yahoo.com>
To: ebacaan@yahoo.com
Cc: webmaster@islam.gov.my
Sent: Friday, June 24, 2011 11:39 PM
Subject: Mohon perbaiki penulisan saudara.Salam.
Setelah membaca keterangan saudara melalui website http://www.e-bacaan.com/tulis.htm berkenaan Nabi Yahya. Saya telah menemui kesilapan yang ketara iaitu istilah Nabi dan Rasul.
Tulisan saudara seperti dibawah:
Nabi dan Rasul adalah orang-orang yang dipilih oleh Tuhan untuk sampaikan ajaran-Nya yang terkandung di dalam Kitab kepada manusia.Nabi adalah juga Rasul kerana dia sampaikan. Perkataan Rasul bermakna pembawa atau penyampai. Akan tetapi, bukan semua Rasul diangkat jadi Nabi. Justeru itu, Nabi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Rasul. Nabi diberi Kitab dan telah buat perjanjian dengan Allah, seperti yang diceritakan di dalam al-Qur'an berbunyi:
Pembetulannya dari saya:
Bukan semua Nabi diangkat jadi Rasul. Rasul adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Nabi. Rasul diberi Kitab..
Sekian mohon diperbetulkan.
Salam Ukhwah.
Zamakhsyari
c/c to Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Terima kasih
kerana sudi menghabiskan masa untuk menulis kepada kami, dan untuk menimbulkan
kebimbangan di kalangan
umat di negara ini dengan tindakan saudara. Tentu sekali umat dibimbangkan atas
perkara berkaitan ketaatan kepada Allah dan ayat-Nya. Sayugia
diingatkan kepada saudara iaitu ayat Allah
dipanggil-Nya bukti yang jelas, dan dipercayai, serta dipedulikan.
Demikianlah kami faham daripada firman-Nya bermaksud,
"Dan
Kami turunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang
tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang fasiq
(tidak mempedulikan perintah Tuhan)." (2:99)
Salamun
alaikum,
Kami tonjolkan perkara tersebut sebagai hujah pertama kerana saudara didapati tidak mempedulikan ayat yang kami turunkan sebagai bukti, di halaman tersebut. Saudara telah melemparnya supaya dihilangkan daripada tempat pembuktiannya, dan hilang juga daripada kepercayaan saudara. Kemudian, selepas itu saudara tukar kandungannya dengan mengatakan bahawa Allah beri kitab kepada Rasul bukan Nabi.
Alhamdulillah, yang benar tetap benar, dan yang palsu saudara mengadakan terhadap Allah dapat didedahkan, dengan kesempatan yang ada untuk turunkan ayat yang dilempar tadi di bawah ini:
"Dan apabila Allah ambil perjanjian Nabi-Nabi, 'Bahawa Aku beri kamu (Nabi-Nabi) Kitab dan Kebijaksanaan; kemudian akan datang kepada kamu seorang Rasul, mengesahkan apa yang bersama kamu. Kamu akan percayainya, dan kamu menolongnya. Adakah kamu setuju?'" (3:81)
Ayat memang jelas menunjukkan bahawa Nabilah yang diberi Kitab, bukan Rasul. Dengan itu, dan dengan tidak keterlaluan kami menyatakan bahawa saudara, di samping tidak percaya, telah mendustakan ayat-Nya. Perbuatan itu seolah jadi basahan bagi orang fasiq. Firman-Nya,
"Tetapi orang-orang yang dustakan ayat-ayat Kami, merekalah yang azab akan sentuh kerana mereka buat fasiq." (6:49)
Azab disebut, maka dengarlah! Dan fasiq disebut buat kali kedua. Tadi ia berkaitan perbuatan tidak percaya dan ini, mendustakan pula. Tidakkah saudara merasakan sedikit pun sifat itu (kefasiqan) yang terbit daripada ketidakpercayaan dan mendustakan ayat-Nya, sedang bersenang-senang di dalam dada saudara? Atau, tidakkah saudara merasakan sedikit kesalahan jadi orang fasiq?
Keadaan jadi amat berat apabila saudara didapati menukar Kata-Nya dengan sengaja. Nabi Kata Allah, Rasul kata saudara. Ketahuilah perbuatan itu merupakan satu kezaliman. Sila fahamkan ayat berikut (terima kasih):
"Kemudian orang-orang buat kezaliman tukar satu ucapan yang bukan dikatakan kepada mereka; maka Kami turunkan kepada orang-orang buat kezaliman kemurkaan dari langit kerana kefasiqan mereka." (2:59)
Kami harap saudara tidak terlepas pandang frasa kemurkaan dari langit. Kemurkaan itulah yang buat umat di sini jadi bimbang setelah mereka melihat keadaan yang menakuti berlaku di sana sini di dunia pada hari ini. Mereka takut kefasiqan yang wujud di negara ini akan menyebabkan kemurkaan-Nya singgah di sini, untuk menderitakan penduduk di sini pula. (Lihat
Bencana Alam - kemurkaan dari langit.)Beranjak kepada kedudukan Nabi dan Rasul. Di situ juga dapat dilihat kezaliman saudara ke atas diri sendiri - bercakap tak serupa bikin - apabila saudara berselawat. Sehubungan itu, izinkan kami bertanya, mengapa saudara berselawat ke atas Nabi bukan Rasul? Adakah kerana Rasul lebih tinggi daripada Nabi? Adakah sebarang ayat daripada Allah yang menyuruh "berselawat" ke atas Rasul? Fikirkanlah.
Hujah mengenai kedudukan Nabi dan Rasul tidak selesai selagi tidak menyebut maksud kalimat Rasul yang sebenar. Ia dapat dimengertikan daripada penggunaan Allah ke atas kalimat tersebut yang terkandung di dalam ayat berikut:
"Raja berkata, 'Datangkanlah dia kepadaku.' Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia berkata, 'Kembalilah kepada pemelihara kamu, dan tanya dia, 'Bagaimanakah dengan perempuan-perempuan yang memotong tangan mereka?' Sesungguhnya Pemeliharaku tahu muslihat mereka.'" (Surah Yusuf 12:50)
Rasul di situ bermaksud utusan Raja atau orang suruhan Raja. Justeru itu, dalam perbendaharaan kata Allah, kedudukan Rasul adalah tidak setinggi Nabi. Siapakah ajar saudara yang sebaliknya?
Seterusnya beralih kepada perkara mengenai Rasul diberi Kitab. Sedia maklum, bukan sahaja Rasul diberi Kitab, malah orang-orang lain, orang biasa, turut diberi-Nya Kitab. Penjelasan lanjut dapat dibaca daripada ayat berikut:
"Apabila datang kepada mereka seorang Rasul daripada Allah, mengesahkan apa yang bersama mereka, segolongan daripada mereka yang diberi Kitab melemparkan Kitab Allah ke belakang punggung mereka, seolah-olah mereka tidak tahu." (2:101)
Orang-orang yang dikatakan diberi Kitab adalah mereka yang kepadanya Kitab diturunkan. Di situ terdapat mereka yang melemparkan Kitab Allah atau ayat-ayat-Nya ke belakang punggung mereka! Kelihatan seperti kegemaran melempar itu berpanjangan hingga ke hari ini, dan merebak ke negara ini!
Atau yang sampai kepada mereka. Lalu mereka menjadi orang-orang diberi Kitab. Sila lihat apa kata Nabi Muhammad menurut firman Allah berbunyi,
"Katakanlah (Muhammad), 'Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?' Katakanlah, 'Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai...'" (6:19)
Kitab sudah sampai kepada kita, atau bangsa kita. Segolongan telah menerima, mempedulikan, dan percaya kepadanya. Saudara bagaimana? Adakah saudara bercadang untuk meneruskan kefasiqan supaya Allah tetapkan saudara sebagai seorang tidak percaya (kepada-Nya dan ayat-ayat-Nya)? Perkara itu pasti berlaku kerana Dia telah berfirman yang bermaksud,
"Demikianlah, kata Pemelihara kamu telah wajar terhadap orang-orang fasiq, bahawa mereka tidak percayai." (10:33)
Akhir sekali, kami menyatakan tidak dapat lakukan apa yang saudara suruh, iaitu menukar Kata Allah pada ayat berkenaan, kerana takut kepada-Nya. Saudara juga harus takut kerana pada Hari Kiamat semua akan kembali kepada-Nya bersendirian (bermaksud tiada siapa pun dapat menolong) dan apa yang saudara katakan itu, dalam tidak mempedulikan, tidak memahami, tidak percaya, dan mendustakan ayat-Nya, akan menyeksa lagi pihak saudara. Percayalah! Firman-Nya,
"Tidak sekali-kali! Kami akan tulis apa mereka kata, dan Kami akan panjangkan baginya azab, dengan panjang. Dan Kami mewarisi daripada dia apa yang dia kata, dan dia datang kepada Kami bersendirian." (19:79-80)
Dan ingatlah bahawa "orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya." (2:39) Bila masuk neraka tidak boleh keluar, Kata Allah - bertentangan dengan apa yang saudara diajar!
Allah disanjung!
c.c: Anak-anak, Cucu-cucu & Keturunan Kita.
2
6.6.11Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis
English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman