Bakkah & Musang II
Salamun alaikum,
Masih ingatkah jammal musang yang muncul kira-kira dua bulan lalu? Hari ini muncul lagi, mungkin musang yang sama atau lain yang sebulu dengannya. Tulisan Musang II dapat dibaca di bawah, dengan komen atau jawapan kami diselitkan di antara kenyataan-kenyataanya. Sudilah membacanya...
From: Heart Sojourn <heart.sojourn@yahoo.com>
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Cc: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, June 14, 2011 3:02 AM
Subject: keliru
salamunalaikum tuan..
saya telah membaca e mail bakka..saya juga dituduh sesat@ kristian...
Komen kami:
Kedudukan Bakkah di bumi dibangkitkan oleh sesetengah pihak orang Islam kerana tidak ada bukti daripada arkeologi mahupun catatan penggembara mengenai kewujudan kota Mekah sebelum KM ke-4. Justeru itu, mereka menyimpulkan bahawa Nabi Ibrahim tidak tinggal di Mekah, dan Bakka bukan Mekah. Pendapat kami pula, mungkin apa yang dihendaki itu belum ditemui lagi. Kalau benar tidak ada pun, tidak mengapa, atas beberapa sebab.
Daripada al-Qur'an, di samping menyebut anutan Nabi Ibrahim, Bakkah disebut sebagai tempat Rumah yang pertama, berserta amalan Haji. Sayugia diingatkan iaitu agama-agama tua di dunia ini turut kerjakan amalan Haji atau Pilgrimage, di tempat-tempat yang mereka ditunjukkan sebagai suci.
Maka amalan Haji adalah menurut anutan Ibrahim. Nabi Muhammad juga menurut anutan Ibrahim, dan baginda tinggal di Mekah. Mekah disebut di dalam al-Qur'an. Itu sudah cukup bagi kami untuk meneruskan kepercayaan kepada Allah dan ayat-ayat-Nya mengenai Haji dan lain yang berkaitan.
Ingin bertanya pula, bolehkah kepercayaan tersebut dikatakan sesat? Atau Musang II sengaja mengadakannya? Selepas itu ia berkata,
pemahamannya seperti bakka bukan mekah pula.. nsb baik wajah allah dimana2..tetapi dimana sebenarnya kiblat yg wajib dihala? jika saya percaya bakka maka jika kiblat yg sedia ada wajar dicondong berapa darjah kekiri@ kanan?
Jawapan kami:
Bakkah adalah bukan kiblat, tetapi Masjidil Haram, menurut al-Qur'an. Orang-orang yang ikut laman web ini sudah lama mengetahuinya. Mengapa dia tidak tahu?
Kiblat tersebut merupakan suatu yang baru ketika itu kerana sebelum itu telah ada kiblat lain. Nabi kelihatan tidak menyukainya, lalu Allah memberinya petunjuk. Ayat-ayat berikut menjelaskan:
2:142. Orang-orang bodoh antara manusia akan berkata, "Apakah yang memalingkan mereka daripada kiblat (haluan) yang mereka hadap dahulu?" Katakanlah, "Kepunyaan Allah Timur dan Barat; Dia beri petunjuk kepada sesiapa Dia hendaki pada jalan lurus."
2:144. Kami lihat kamu membalik-balikkan wajah (muka) kamu ke langit; sungguh Kami akan palingkan kamu kepada kiblat yang kamu puas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. orang-orang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka; Allah tidak lalai daripada apa yang mereka kerjakan.
Dikatakan bahawa mereka yang diberi al-Kitab tahu bahawa itu adalah yang benar daripada Allah. Bagaimanakah mereka tahu? Adakah apa yang mereka tahu tidak diketahui oleh pihak tertentu? Sekadar bertanya sahaja.
Dan bertanya lagi, adakah kami menunjukkan sebarang persetujuan bahawa Bakkah itu Ba'albek dalam tulisan kami yang lalu?
Balik kepada apa yang dikatakan oleh MII. Daripada tulisannya, dia didapati hidup dengan dipandukan mimpi, bukan dipandukan oleh ayat-ayat Allah yang beri petunjuk sebenar. Buktinya terdapat dalam tulisan MII yang menyusul:
saya dapat mimpi yg agak mengelirukan selepas mula2 ikut tafsiran e bacaan.. beberapa lelaki diatas kuda putih..memegang salib emas sederhana besar..dan menyuakannya ke langit.. cahaya samar2..tetapi bersih dan pakaian mereka seakan2 org dahulu kala(rome).seperti mereka meraikan kemenangan(perbuatan)..dan berlalu pergi..jadi saya amat terkejut apabila membaca e mail tersebut..sangat2 menakutkan saya laa.. ;x
Jawapan kami:
Itu mimpinya. Ini mimpi kami pula, ho! ho! ho! Seekor musang mengekori seekor ayam yang berjalan. Langkah demi langkah diikutinya seperti dalam perbarisan. Apabila ayam berhenti ia pun berhenti, dengan mata merenung tajam dari arah belakang ayam. Ayam berhenti untuk keluarkan sesuatu daripada pintu belakangnya. Si musang itu hanya duduk perhatikan saja. Setelah ayam selesai memenuhi hajatnya tiba-tiba si musang melompat dan menerkam. Mata kami terbeliak melihat kejadian itu, kerana bukan ayam yang diterkam tetapi tahinya, yang kemudian dimakan dengan gelojoh. Lalu kami terjaga dari tidur dengan mata masih terbeliak. Kemudian mula menutupinya dengan perlahan sambil tersenyum kerana baru sedari iaitu ada musang di sekeliling kita yang tidak makan ayam, tetapi tahinya sahaja - sebagai baja untuk otaknya.
Tinggalkan mimpi di situ, dan lihat apa yang dikatakannya atau yang terjadi kemudian:
persoalnnya saya..mungkin benar@ tidak al quran tafsiran tuan mmg ada persamaan dgn taurat@ injil yg sebenar?
Jawapan kami:
Rupa-rupanya musang itu bukan sahaja rosak deria rasanya malah deria pandangan dan pendengarannya juga rosak. Ia tidak tahu tentang kandungan al-Qur'an, tidak tahu kandungan Bacaan, dan tidak juga tahu kandungan Taurat dan Injil, kerana tidak membacanya, tiba-tiba cuba menyamakannya pula. Tidakkah itu menunjukkan kebusukan otak yang dibaja tahi ayam!
Kebusukannya mengharung lagi:
mengenai aurat..mungkin allah sengaja turunkan al quran dgn bahasa arab supaya islam yg ikut al quran menutup aurat seperti mereka..lihat sahaja rahib2 digereja.. malah allah ada menyebut mengenainya didlm al quran..
Jawapan kami:
Islam yang ikut al-Qur'an menutup aurat seperti rahib di gereja? Siapa yang mengajarnya? Sudah sahlah kebusukannya! Deria pandangan dan pendengaran si musang ini sudah sesat, kerana Heart Blind bukan Heart Sojourn (gelaran yang dipakai untuk dirinya!!).
"For surely it is not the eyes that are blind, but blind are the hearts which are in the breasts." (22:46)
Selepas aurat, disebut pula tentang solat, iaitu tajuk popular orang beragama Suni ketika melawan hujah atas kesempurnaan al-Qur'an:
tertib solatada as sunah menyatakan pengikut injil tidak bersolat..kerana tiadanya rukuk@ sujud.. sdgkan kedudukan mereka saat solat seakan2 merayu dgn berlutut...
ini pun bagi saya dikira solat..
Jawapan kami:
Kami tidak tahu tentang itu dan tidak ambil pengikut Injil sebagai ikutan. Sekiranya si musang ingin ikut selain daripada ayat-ayat Allah, maka kami tidak dapat buat apa-apa supaya dia dapat petunjuk. Sebabnya,
"Sesiapa Allah sesatkan, tiada yang beri petunjuk kepadanya; Allah tinggalkan mereka dalam kelampauan batas mereka, merayau-rayau membabi buta." (7:186)
Setakat ini perbuatannya yang merayau-rayau membabi buta
sudah jadi jelas. Ditambah dengan yang berikut iaitu kenyataan yang mengekori:
pemakanan
didalm al quran ada ayat menyatakn apa yg haram dimkn bg yahudi dan islam..tetapi injil bagaimana pula? dan apa yg saya lihat mereka satu kaum yg lakukan segala2nya didunia..bahasa@apa saja ttg mereka diakui diseluruh dunia..adakalanya agak keterlaluan..
Jawapan kami:
Kerana sudah dipisahkan daripada petunjuk Allah, maka si musang tidak tahu bahawa Injil itu juga diturunkan kepada Bani Israil/Yahudi, dan tidak tahu juga bahawa Allah telah beri Nabi Isa Taurat dan Injil. Ingat, jangan pandai mencerca orang lain sedang memakan tahi ayam itu sedap bagi anda!
Dalam perbuatannya merayau-rayau membabi buta (kerana otak sudah dikotori) MII terjumpa hadis yang dia berminat lalu kami ditanya,
adakah mmg wujud hadis ini?pendebatan saya dgn as sunah..ustaz itu menyatakan mahar bg nabi adam kpd hawa adalah 3 kali selawat atas rasullulah..apabila ditanya rasullullah yg mana kerana beliau manusia pertama malah telah dijodohkan disyurga..dia kata itulah yg diwahyukan kdp nabi kita..
Jawapan kami:
Hanya orang yang otaknya dibaja dengan kotoran berkenaan
akan mengingati dan membawa hadis itu ke sana ke mari untuk bertanya
mengenainya, sama ada benar atau tidak. Bagi orang-orang yang dibaja petunjuk Allah,
mereka tidak akan buat
demikian. Kalau mereka menyebutnya jua maka ia adalah hanya untuk hiburan
sahaja. Mereka tidak akan bertanya, itu benar atau tidak. Banyak lagi benda lain yang masuk akal yang boleh ditanya. Dan ia
tidak termasuk yang berikut:
solat zohor ada pula yg menyatakan itu waktu solat yg tidak solat..kerana tengahari api neraka bergolak..bila saya kata sebab tu al quran kata bukan waktu solat..dia marah pula..dia kata bukan sebab bukan waktu solat..kerana cuaca itu menyebabkan manusia lakukan pekara lain dan mengabaikan solat..dan wuduk waktu itu menyegarkan minda@ tenaga utk meneruskan pekerjaan..saya kata apa sahaja seperti wuduk@ mandi dlll juga menyegarkan minda.. dia begitu yakin mangatakan saya bodoh..
Jawapan kami:
Bodoh? Mungkin jugak! Kerana mengatakan dan
percayai bahawa waktu zohor adalah masa api neraka bergolak! Siapakah yang
beri input bahawa api neraka sudah ada sekarang ini? Hanya orang yang b----
sahaja akan percayainya. Seterusnya ia menulis,
maaf saya tahu tindakan saya berisiko bg diri saya dan tuan (mungkin) saya nak jujur nie...sila jgn marah... ;x
saya telah mempromosikan laman tuan di FB..saya rs tidak adil kerana tuan dibanned sebelum saya dpt menilai sendiri menggunakan akal yg allah kurniakan..
Jawapan kami:
Anda mengguna akal? Apa yang dapat dilihat hanyalah otak yang diberi Allah itu telah diguna untuk tidak tahu atau tidak memahami seperti yang sudah dinyatakan tadi. Kerana itu risikonya hanya satu, iaitu jadi penghuni Jahanam (neraka) yang kekal.
"Kami ciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat. Mereka itu, merekalah orang-orang yang lalai." (7:179)
Bukankah binatang musang lebih jauh sesat daripada binatang ternak? Tentang mempromosikan laman e-bacaan ini pula, ia juga telah disebut oleh jammal musang dahulu. Daripada situlah kami beri penghormatan dengan gelaran musang - musang berbulu ayam.
Akhir sekali, dia menulis:
mungkin saya terpaksa berhenti lakukanya.. banyak sgt yg membantah... menakutkan dgn segala macam ugutan... semoga berjaya dan benar ;)
Jawapan kami:
Si musang tidak cerdik kerana otaknya kecil, tidak sebesar otak anjing. Pun begitu, walaupun lebih besar otaknya daripada otak musang Allah terangkannya seperti berikut:
"Dan sekiranya Kami hendak, tentu Kami naikkan dia dengannya (ayat-ayat Allah), tetapi dia kekal (cenderung) kepada bumi, dan ikut keinginannya. Maka persamaannya seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan." (7:176)
Dan ingatlah, Tuhan tidak memerlukan orang yang otaknya berlumuran kotoran - lebih buruk daripada otak anjing atau binatang ternak - untuk berjuang dan menegakkan jalan-Nya.
Allah disanjung!
15.6.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman