Baca Ayat dan ajar Kitab

 

From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, June 4, 2011 3:22 PM
Subject:


Salaamun alaikum,
Tuan Pengurus Laman
Semoga berbahgia di samping keluarga.

Setalah saya mengamati bahagian perpustakaan bertajuk "Baca dan Membacakan al-Qur'an" saya amat tertarik pada ayatNya yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah berbudi baik kepada orang-orang mukmin apabila Dia bangkitkan antara mereka seorang Rasul daripada mereka sendiri, untuk bacakan mereka ayat-ayat-Nya, dan sucikan mereka, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, sedang sebelum itu, mereka adalah dalam kesesatan yang nyata." (3:164)

Perhatian terus tertuju kepada frasa "Untuk membacakan mereka ayat-ayatNya, dan menyucikan mereka, dan mengajar mereka al-Kitab dan kebijaksanaan...

Ayat-ayat yang mempunyai frasa semakna dengan 3:164 adalah:

2:129. Wahai Pemelihara kami, bangkitkan di kalangan mereka seorang Rasul, seorang daripada mereka, yang akan bacakan mereka ayat-ayat Engkau, dan ajar mereka al-Kitab dan Kebijaksanaan, dan sucikan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana."

62:2. Dia yang bangkitkan pada kaum yang ummiy (orang Arab) seorang Rasul di kalangan mereka untuk bacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, dan sucikan mereka, dan ajar mereka Kitab dan Kebijaksanaan, walaupun sebelum itu mereka adalah dalam kesesatan yang nyata

Lantas saya ingin bertanya pendapat tuan, adakah membacakan ayat-ayatNya dan mengajar mereka al-Kitab itu dua perkara yang sama atau pun berbeza. Harap dapatlah tuan jelaskannya. Terima kasih.

Salaam.

Allah disanjung!


Salamun alaikum,

Terima kasih atas pertanyaan yang kelihatan terbit daripada kekeliruan di antara apa yang dibaca oleh Rasul dan apa yang diajarnya.

Firman-firman di atas menunjukkan Rasul membaca ayat-ayat Allah dan baginda ajar al-Kitab. Tiada lain yang disebut dibacanya kecuali ayat-ayat Allah, dan tiada lain yang disebut diajarnya kecuali al-Kitab (dan Kebijaksanaan yang tidak ditanya).

Mungkin tidak begitu cepat untuk menyimpulkan bahawa Rasul ajar al-Kitab dengan membacakan ayat-ayat-Nya! Pengajaran baginda tidak berpandukan keinginan sendiri, tetapi hanya ayat-ayat-Nya. Lalu pendekatan yang diguna oleh Rasul dalam ajar Kitab - atau petunjuk ke jalan lurus - adalah dengan membaca ayat-ayat-Nya sahaja.

Satu-satunya Kitab daripada Allah yang diturunkan kepada Rasul ialah al-Qur'an. Maka Rasul hanya membaca ayat-ayat al-Kitab atau al-Qur'an. Tidak ada kitab lain yang dibaca oleh baginda kerana yang selain daripadanya mengandungi perselisihan, menurut firman berbunyi,

"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)

Dengan amaran itu, mahukan Rasul sekadar renungkan sahaja kitab yang datang daripada selain Allah? Mahukah baginda membaca dan kemudian ajar pula kandungan kitab selain daripada al-Qur'an? Tidak mungkin, kerana baginda diperintah membaca al-Kitab yang satu-satunya diwahyukan kepadanya. Sila lihat bukti-bukti di bawah:

"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah, 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15)

"Bacalah apa diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya." (18:27)

"Dan untuk baca al-Qur'an. Maka sesiapa dapat petunjuk, hanyalah dapat petunjuk bagi dirinya sendiri; dan sesiapa yang sesat, katakanlah, 'Aku hanya seorang pemberi amaran.'" (27:92)

"Bacalah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada al-Kitab, dan lakukan solat;" (29:45)

"Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48) dan,

"Apa, adakah tidak mencukupi bagi mereka bahawa Kami turunkan kepada kamu al-Kitab yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah satu pengasihan, dan satu peringatan bagi kaum yang percayai." (29:51)

Maka tidak diragu-ragukan lagi bahawa ayat-ayat Allah yang dibaca Rasul dan al-Kitab yang diajarnya adalah satu yang sama.

Di situ juga dapat difahamkan iaitu sunnah Rasul (dengan meminjam istilah popular) dalam ajar manusia adalah ajar al-Qur'an dan membaca aya-ayatnya. Selain daripada yang disebut, apa yang dikatakan ajaran sunnah Rasul adalah bukan ajaran Rasul Allah yang sebenar. Orang-orang yang mengaku ikut sunnah Rasul tentu ajar atau diajar Kitab al-Qur'an sahaja, atau petunjuk, melalui ayat-ayatnya yang dibaca.

Terpanggil juga untuk beri sedikit penjelasan mengenai perbuatan membacakan. Amalan ini memang sentiasa dilakukan kepada orang lain. Akan tetapi, bagi mereka yang tinggal jauh, perbuatan tersebut hanya dapat dilakukan melalui media elektronik, seperti Youtube. Namun, paling senang untuk membacakan kepada mereka ialah melalui penulisan, di mana apa yang ingin dibacakan diterjemah kepada perkataan-perkataan yang ditulis. Dengan cara itu seseorang tidak perlu pergi ke hulu dan ke hilir untuk membacakan ayat-ayat Allah kepada manusia secara bersemuka.

Menyentuh pula mengenai kebijaksanaan atau hikmah dalam bahasa asal al-Qur'an. Selalu sahaja didapati ia disebut seiring dengan kalimat al-Kitab seperti pada tiga ayat dikemukakan oleh sahabat husmali di atas. Perkara tersebut sudah dibincang di sini iaitu dalam artikel "Surat kepada Rektor U.I.A". Pun begitu, ingin menjelaskan sedikit lagi dengan pertama turunkan ayat berbunyi,

"Sesungguhnya Kami beri Luqman kebijaksanaan; 'Berterimakasihlah kepada Allah. Sesiapa berterima kasih, dia berterima kasih hanya untuk dirinya sendiri, dan sesiapa yang tidak berterima kasih (kafir), maka sesungguhnya Allah Kaya, Terpuji.'" (31:12)

Kebijaksanaan yang diberi kepada Luqman adalah ayat Allah. Ayat seakan serupa dengannya telah disebut sebelum itu dan ia berbunyi,

"dia berkata, 'Ini adalah daripada pemberian Pemeliharaku untuk menguji aku, sama ada aku bersyukur (berterima kasih), atau aku tidak berterima kasih (kafir). Sesiapa berterima kasih hanya berterima kasih untuk dirinya sendiri, dan sesiapa tidak berterima kasih - sesungguhnya Pemeliharaku Kaya, Mulia.'" (27:40)

Oleh demikian, Hikmah atau Kebijaksanaan, ayat-ayat Allah, dan al-Kitab adalah satu, senyawa.

Allah disanjung!

6.6.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman