Bersegera dalam Kebajikan

 

From: lanlen09
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, May 27, 2011 9:41 PM
Subject: Bersegera dalam Kebajikan


Salam.

Semoga <dipadam> dan keluarga serta Pencinta Kebenaran sentiasa berada dalam Pengasihan-Nya.

Saya sangat tertarik dengan artikel bertajuk “Orang Baik” kerana ia beri panduan dan ruang untuk kita jadi Orang Baik menurut Faham Allah.

Cuma di sini sedikit buah fikiran dari saya untuk berkongsi dapatan dengan ayat 3:113-114 yang telah pun disentuh dalam artikel tersebut.

-membaca ayat-ayat Allah pada tengah malam,
-bersujud,
-percayai Allah dan Hari Akhir,
-menyuruh yang baik dan melarang yang mungkar,
dan
-
bersegera dalam kebajikan:

"Tidaklah mereka semua sama; sebahagian daripada ahli Kitab adalah satu umat yang tegak, yang baca ayat-ayat Allah pada tengah malam, dan sujud. Mereka percayai Allah dan Hari Akhir, dan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan mereka bersegera dalam kebajikan; mereka itulah orang-orang salih." (3:113-114)

Saya percaya setiap ciri orang-orang salih dalam ayat tersebut ada penjelasannya untuk menjadikan ia lebih comprehensive. Maka di sini, saya hanya ingin menyentuh ciri bersegera dalam kebajikan dengan merujuk pada ayat 23:57-61. Sesungguhnya orang-orang yang ketakutan dalam takuti Pemelihara mereka, Dan orang-orang yang percayai ayat-ayat Pemelihara mereka, Dan orang-orang yang tidak sekutukan Pemelihara mereka, Dan orang-orang yang beri apa yang mereka beri, dan hati mereka gementar bahawa mereka akan kembali kepada Pemelihara mereka, Mereka itu bersegera dalam kebajikan dengan mendahuluinya.

Dari pelajaran ayat 23:57-61, ciri-ciri bersegera dalam kebajikan;

· Ketakutan dalam takuti Pemelihara mereka,

· Yang percayai ayat-ayat Pemelihara mereka,

· Yang tidak sekutukan Pemelihara mereka,

· Yang beri apa yang mereka beri,

· Hati mereka gementar bahawa mereka akan kemabali kepada Pemelihara mereka.

Dan saya percaya pada setiap ciri ini juga ada penjelasannya yang tersendiri, cuma tidak dihuraikan untuk kali ini. Mungkin di kesempatan yang lain dengan izin Allah jua.

Apa yang menarik dari ayat-ayat di atas, ialah ayat-ayat sebelumnya, iaitu 23:52-56. Sesungguhnya umat kamu ini umat yang satu, dan Aku Pemelihara kamu; maka takutilah Aku."Tetapi mereka berpecah dalam urusan mereka antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka. Maka tinggalkanlah mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu. Apa, adakah mereka menyangkakan bahawa Kami bantu mereka dengan harta dan anak-anak, Kami bersegera dalam kebajikan untuk mereka? Tidak, tetapi mereka tidak sedar.

Sebenarnya, Allah menempelak mereka yang berpecah dalam urusan antara mereka kepada golongan-golongan kepercayaan; tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada di sisi mereka. Allah perintah kita tinggalkanlah mereka dalam kekusutan mereka untuk satu waktu. Mereka ini bersangka Kami (Allah) bantu mereka dengan harta dan anak-anak, Kami bersegera dalam kebajikan untuk mereka? Tidak, tetapi mereka tidak sedar.

Allah tidak langsung bersegera dalam kebajikan untuk mereka, cuma mereka tidak sedar hakikat bergera dalam kebajikan sebenarnya. Selagi mereka tidak menepati ciri-ciri bersegera dalam kebajikan seperti dalam ayat-ayat 23:57-61, selagi itulah mereka hanya bersangka-sangka sahaja.

Sesungguhnya Kefahaman itu dari Allah. Dialah yang benar.

Sekian,terima kasih.

Allah Disanjung!


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi berkongsi pendapat dengan para pembaca. Tidak syak lagi ia akan jadi berguna bagi orang-orang yang ingin jadi orang-orang Baik. Syabas atas usaha sahabat!

Allah disanjung!

28.5.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman