Orang Baik

 

 

 

Nabi dan Rasul adalah dalam golongan manusia yang dipanggil solihin atau salih atau baik. Namun, ahli golongan tersebut tidak terhad kepada mereka sahaja, malah siapa sahaja termasuk golongan paling rendah di kalangan manusia, seperti bertaraf hamba, boleh jadi ahli, asal saja dia, lelaki atau perempuan, beramal menurut panduan Kitab al-Qur'an. Kitab tersebut banyak menyebut mengenai orang yang salih, dan ayat pertamanya berbunyi,

 

"Maka siapakah yang mengundur diri daripada anutan Ibrahim kecuali dia yang membodohkan dirinya sendiri? Sesungguhnya Kami telah memilihnya di dunia ini, dan di akhirat, dia termasuk orang-orang yang salih (baik)." (2:130)

 

Nabi Ibrahim dikatakan seorang yang salih, beranutan dengan anutan menurut namanya. Justeru dapat difahamkan bahawa orang yang salih berfahaman dan beramal menurut anutan Nabi Ibrahim. Maka sifat orang salih yang pertama dapat diringkaskan seperti berikut:

 

 

Anutan Ibrahim turut jadi anutan Nabi Muhammad yang membawa Kitab al-Qur'an. Kerana Kitab itu jelas dan terperinci ia selanjutnya beri penjelasan mengenai sifat-sifat atau amalan-amalan orang salih. Mereka telah dikumpul dan disenaraikan dengan ringkas, menurut urutan ayat-ayat, seperti di bawah:

 

Sedikit penjelasan mengenai maksud perjanjian Allah. Ia boleh bermaksud sesuatu perintah Allah seperti disebut ayat berbunyi, "Dan bahawa kamu tidak mendekati harta anak yatim, kecuali dengan cara yang lebih baik, sehingga dia dewasa. Dan tepatilah sukatan dan timbangan dengan adil. Kami tidak bebankan sesuatu jiwa melainkan menurut kesanggupannya. Dan apabila kamu berkata, berlakuadillah, walaupun ia kepada sanak saudara yang dekat. Dan tepatilah perjanjian Allah. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu ingat." (6:152)

Catatan ringkas mengenai sifat atau amalan yang dilakukan oleh orang-orang baik disambung di bawah ini:

 

 

Senarai amalan orang baik diakhiri dengan suatu yang khas bagi kaum perempuan, iaitu:

 

Selanjutnya daripada al-Qur'an, disebut mengenai orang baik yang buat kerja-kerja baik ('amilu solihan) yang memuaskan hati Allah. Nabi Sulaiman telah memohon untuk menjadi orang salih yang buat demikian. Doanya berbunyi,

 

"Wahai Pemeliharaku, sediakanlah aku supaya aku berterima kasih atas rahmat Engkau, yang dengannya Engkau rahmati aku, dan bapaku, dan ibuku; dan supaya aku buat kerja-kerja baik yang sangat memuaskan hati Engkau, dan masukkanlah aku, dengan pengasihan Engkau, di kalangan hamba-hamba Engkau yang salih." (27:19)

 

Lalu al-Qur'an diimbas untuk menggali keluar amalan-amalan yang disebut mampu memuaskan hati-Nya. Senarai mereka diringkaskan juga, dan diturunkan di bawah ini:

 

 

Jalan-jalan yang dinyatakan itu adalah jalan-jalan kesejahteraan yang ditunjuki Allah bagi orang-orang yang ikut kepuasan hati-Nya, di samping beri petunjuk kepada jalan lurus. Demikianlah difahamkan daripada Kitab al-Qur'an, melalui firman-Nya,

"Wahai ahli Kitab, sungguh telah datang kepada kamu Rasul Kami, menjelaskan kepada kamu banyak perkara yang kamu sembunyikan daripada Kitab, dan banyak yang dimaafkan. Telah datang kepada kamu daripada Allah satu cahaya, dan sebuah Kitab yang jelas. Allah beri petunjuk kepada siapa ikut kepuasan hati-Nya pada jalan-jalan kesejahteraan, dan keluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya dengan izin-Nya; dan Dia beri petunjuk kepada mereka pada jalan lurus." (5:15-16)

 

 

Kembali kepada perbincangan mengenai orang salih atau orang baik. Mereka dirahmati Allah, bersama para Nabi, orang-orang yang benar, dan para syahid (saksi) yang turut dirahmati Allah. Tergolong dalam golongan mereka ialah hamba-hamba perempuan dan segolongan jin yang salih. Ayat-ayat berikut menjelaskan:

 

"Sesiapa taati Allah dan Rasul, mereka adalah bersama-sama orang-orang yang Allah rahmati, daripada Nabi-Nabi, dan orang-orang yang benar, dan para saksi (syahid), dan orang-orang salih; merekalah teman-teman yang baik!" (4:69),

 

"Kahwinlah orang-orang yang tidak berkahwin di kalangan kamu, dan hamba-hamba lelaki kamu, dan hamba-hamba perempuan yang salih; jika mereka fakir, Allah akan beri kecukupan kepada mereka daripada pemberian-Nya; Allah Merangkumi, Mengetahui." (24:32) dan,

 

"Dan sebahagian daripada kami (jin) adalah yang salih, dan sebahagian daripada kami tidak demikian; jalan-jalan (tarekat) kami berlainan." (72:11)

 

Darjat orang salih jadi idaman. Ia dipohon kepada Allah supaya dapat disatukan dengan mereka di akhirat. Termasuk mereka yang memohon ialah Nabi Yusuf dan Nabi Ibrahim. Doa mereka berbunyi,

 

"Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku (Yusuf) untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih." (12:101) dan,

 

"Wahai Pemeliharaku, berilah aku (Ibrahim) putusan, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih," (26:83)

 

Terdapat juga doa untuk mendapatkan anak yang salih, tetapi ada juga manusia setelah mendapatnya mengadakan sekutu bagi Allah pula, mungkin dengan menunjukkan kepada sesuatu yang bukan Allah yang kurniakannya. Ayat-ayat yang beritahu berbunyi,

 

"Wahai Pemeliharaku, berilah aku yang termasuk orang-orang salih." (37:100) dan,

 

"Dia yang cipta kamu daripada jiwa yang satu, dan membuatkan daripadanya isterinya supaya dia berehat padanya. Kemudian, apabila dia menutupinya, dia (perempuan) membawa beban yang ringan, dan dia melalui dengannya. Apabila ia menjadi berat, mereka menyeru kepada Allah, Pemelihara mereka, 'Jika Engkau beri kami anak yang salih, sungguh kami jadi daripada orang-orang berterima kasih.'

Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa Dia telah beri mereka. Tingginya Allah daripada apa yang mereka sekutukan!" (7:189-190)

 

Masih dengan doa. Adalah difahamkan para malaikat yang membawa Arasy dan yang di sekelilingnya berdoa untuk orang-orang salih, bapa-bapa, isteri-isteri, dan keturunan mereka yang salih - berdoa semoga mereka dilindungi daripada azab Jahim, dilindungi daripada kejahatan-kejahatan, dan dimasukkan ke Taman Adn pada Hari Kiamat. Doa tersebut berbunyi,

 

"Mereka yang membawa Arasy, dan mereka di sekelilingnya, menyanjung dengan memuji Pemelihara mereka, dan percayai-Nya, dan mereka minta ampun untuk orang-orang yang percaya, 'Wahai Pemelihara kami, Engkau merangkumi segala sesuatu dalam pengasihan dan pengetahuan; maka ampunkanlah orang-orang yang bertaubat, dan ikut jalan Engkau, dan lindungilah mereka daripada azab Jahim.
Wahai Pemelihara kami, dan masukkanlah mereka ke Taman Adn yang Engkau janjikan mereka dan orang-orang salih daripada bapa-bapa mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka; sesungguhnya Engkaulah Yang Perkasa, Yang Bijaksana.
Dan lindungilah mereka daripada kejahatan-kejahatan; sesiapa Engkau lindung daripada kejahatan-kejahatan pada hari itu, kepadanya Engkau mengasihaninya; dan itulah kemenangan yang besar." (40:7-9)

 

Maka, siapa sahaja yang beramal menurut yang ditetapkan Kitab, lelaki atau perempuan, mampu jadi orang salih atau orang baik. Suatu yang jadikan orang baik begitu istimewa ialah dapat perlindungan Allah yang membolehkan dia jadi sejahtera di dunia dan sejahtera di akhirat. Disudahi di sini dengan firman berkaitan berbunyi,

 

"Waliku (Pelindungku) ialah Allah yang turunkan Kitab, dan Dia ambil ke dalam perlindungan-Nya orang-orang yang salih." (7:196)

 

Allah disanjung!

 


Penulis Bacaan
25 Mei 2011

 

Artikel / English Articles

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim  
Sudut Pelajar

Tulis kepada Pengurus Laman