Perjuangan belum selesai
From: oniesaifura
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Saturday, May 21, 2011 6:46 PM
Subject: Perjuangan belum selesai.(respon)
Salamun a'laikum,Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah dan para pencinta kebenaran.. Khususnya kaum Mariam.
49:15. Orang-orang mukmin ialah orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian tidak ragu-ragu, dan BERJUANG dengan harta mereka dan jiwa mereka di jalan Allah; mereka itu, merekalah orang-orang yang BENAR.
Suka sekali saya amati kenyataan dari Allah diatas.. Apabila diri setiap manusia mengklasifikasi kan diri sebagai MUKMIN, PEJUANG dan PENCINTA KEBENARAN. Tetapi diatas landasan apakah kita berpijak? Landasan Allah atau landasan manusia?
Persoalannya:
1- adakah kita termasuk di dalam golongan yang ragu2 terhadap Allah dan perintahnya (kitabnya)?
2- adakah kita termasuk di dalam golongan yg kikir terhadap harta yg Allah beri untuk diberi pula pd yg berhak? DAN dada yg dipenuhi perintahNya?
3- maksud DAN tidak sama dgn maksud ATAU. Sekiranya ada terdapat perkataan ATAU dibait2 ayat diatas, maka manusia dibenarkan memilih salah satu daripadanya untuk di laksanakan.
4- apabila kesemua DAN diatas dilaksanakan oleh HAMBA bergelar manusia, tidak terkecuali HAMBA wanita dimuka bumi Allah ini, Maka Tertegaklah agama Allah yg lurus tanpa kebengkokkan dan perselisihan pendapat.
5- barulah boleh setiap diri mengklasifikasikan diri sebagai orang-orang yg BENAR!
6- malu sekali kita ya? kiranya bait2 ayat diatas kita ambil sebahagian Dan tinggalkan sebahagian yg lain sesuka hati, Kemudian mengaku orang-orang yg benar..
>>papatah lama: tepuk dada tanya selera. (bila tanya selera, banyak yg dikuasai nafsu)
TUKAR KEPADA:
>>pepatah baru: tepuk telinga, mata, dada tanya akal. -kerana Allah pertanggungjawap kan pendengaran, penglihatan Dan hati pd manusia untuk percaya PETUNJUK, memandang, mendengar BUKTI dan MEMBEZA PETUNJUK dgn akal.
7- baru boleh selesai perjuangan!
Satu Tuhan, satu kitab, satu umat. Pasti bertemu Penciptamu!
Allah disanjung!
Salamun alaikum,
Terima kasih atas peringatan puan. Kami harap pembaca tidak terlepas pandang frasa Khususnya kaum Mariam - bukan kaum Hawa iaitu simpulan bahasa lama.
Izinkan kami turunkan sepatah dua kata pula, bukan untuk menambah, tetapi sekadar melahirkan apa yang terlintas di fikiran tatkala membaca mesej di atas.
Lawan bagi orang-orang yang BENAR di situ ialah orang-orang tidak percaya kepada Allah dan Rasul-Nya (Rasul yang ditugaskan hanya untuk sampaikan ayat-ayat Allah), yang ragu-ragu (terhadap ayat-ayat Allah), dan yang tidak berjuang di jalan Allah (untuk ayat-ayat-Nya) dengan harta dan jiwa mereka (mungkin juga kerana rasa berat untuk buat baik).
Sesungguhnya orang-orang yang berjuang untuk Allah, iaitu orang-orang yang diterangkan-Nya sebagai buat baik, akan diberi petunjuk pada jalan-jalan-Nya. Demikianlah menurut firman Allah berbunyi,
"orang-orang yang berjuang untuk Kami, sungguh, Kami akan beri petunjuk kepada mereka pada jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang-orang buat baik." (29:69)
Orang-orang di situ tentunya termasuk kaum Mariam. Apakah lagi yang dimahukan daripada-Nya selain diberi petunjuk sebagaimana disebut-sebut semasa membaca surah al-Fatihah yang diulang-ulang sebutannya setiap hari?
Diakhiri dengan suatu seruan daripada Allah berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, takutilah Allah, dan jadilah bersama orang-orang yang benar." (9:119)
Allah disanjung!
22.5.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman