... dari Senarai 5
Senarai 6:
#79:
From:
azli.zainudin
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, May 20, 2011
2:58 AM
Subject: suggestion
Salam...
Saya suka membaca artikel di site anda, tapi ada sedikit masalah berkenaan layout yang berwarna kuning, ia agak menyilaukan dan buat kurang selesa untuk membaca artikel lebih lama lagi..Buat makluman saudara saya baru saja habiskan lebih sejam membaca artikel2 di site saudara..
Terima kasih, sila terus kemaskini.
Salamun alaikum! Terima kasih. Tentang yang kuning tu ia diambil perhatian.
#80:
From:
hyss2010
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, May 20, 2011
2:47 AM
Subject: perjuangan belum
selesai.
Salam. Kepada pengerak, pendukung dan pencinta kebenaran. Semoga usaha anda semua berjaya. Kami mengalas dari belakang. Segala puji bagi ALLAH.
Salamun
alaikum! Terima kasih. Memang benar perjuangan belum selesai lagi.
#81:
From: faizzaini
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Sunday, July 3, 2011
5:07 AM
Subject: Bacaan untuk
Peringatan (hard copy)
Salaam saudara <dipadam>,
Dengan nama tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
Terima kasih atas pengetahuan yang
tidak ke kiri mahupun ke kanan. Saya hormati dan saya kagum usaha gigih
saudara dalam menyatukan umat sekalian alam. Tahniah sekali lagi. Moga tuhan
meredhai kehidupan saudara sekeluarga. Tentang hard copy 'bacaan untuk
peringatan' hard copy itu, bagaimana boleh saya dapatkanya?
Salamun alaikum,
Terima kasih. Frasa tidak ke kiri mahupun ke kanan menarik perhatian kami. Memang itu pendirian kami, dan sedari bahawa dengan buat demikian orang-orang berada di kiri dan orang-orang di sebelah kanan jadi tersinggung atau tidak senang hati. Mungkin tidak semua. Pun begitu, selalu juga kami menyatakan persetujuan dengan sesuatu pendapat. Apapun, segala yang kami curahkan di sini adalah hanya pendapat, yang tidak terlepas daripada kesilapan.
Allah disanjung!
#82:
From:
raufjaffar
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Monday, July 18, 2011
9:16 PM
Subject: Bagaimana untuk
menyertai tuan dalam mendalami al-quran
Salamun Alaika (ucapan salam sebenar yang baru saya tahu)
Saya amat teruja dengan artikel-artikel yang baru saya perolehi pada hari ini di laman web tuan. Sememangnya saya juga tertanya-tanya mengapa kita mempunyai mazhab dan kepercayaan yang pelbagai. Saya juga pernah terfikir kenapa tidak kita hanya mengkaji al-quran sahaja yang diturunkan untuk kita umat islam. Jawapannya telah saya perolehi pada hari ini 17 Sha'ban. Alhamdulillah.
Cuma saya perlukan nasihat tuan dalam mendalami al-quran. Saya berumur 47 tahun dan menetap di <dipadam>. Bekas seorang pegawai <dipadam> dan kini berniaga setelah ambil keputusan untuk bersara awal. Saya sebenarnya telah lama 'mencari'. Saya pun kini mempunyai beberapa kenalan yang sama-sama menuju ke arah ketuhanan (spritual) dalam proses membersihkan jiwa.
Tetapi di umur sebegini saya mengaku bahawa tidak langsung pandai berbahasa arab tetapi saya mampu membaca al-quran (setakat membaca). Makna bacaan saya dapatkan daripada buku terjemahan al-quran yang dibeli dan juga daripada Internet. Bagaimana saya dapat memperlajari al-quran tanpa pengetahuan berbahasa arab? Saya percaya tuan adalah seorang yang mahir dalam bahasa al-quran. Oleh itu boleh kah saya dapatkan terjemahan al-quran (penuh) daripada tuan untuk saya membaca dan bertanyakan apa-apa yang saya kurang faham kepada tuan. Pendek kata lebih kurang 'berguru' dengan tuan.
Saya harap tuan dapat pertimbangkan hasrat saya ini.
Terima kasih.
Salamun alaikum. Kita mengalu-alukan kedatangan seorang lagi saudara, dan berharap masa-masa beliau melawat di sini merupakan masa-masa yang amat bermanfaat bagi beliau. Allah disanjung!
#83:
From: demas_80
To:
"ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday,
August 5, 2011 9:57 AM
Subject:
Salamun alaikum,
Saya telah terjumpa tentang website ini sebelum bulan Ramadhan tahun ini dan terus mengamalkan ajaran seperti di dalam Al-Quran dan Alhamdulillah telah beri petunjuk kepada jalan yang lurus. Saya rasa tuntutan daripada Al-Quran ini adalah sangat mudah dan praktikal. Tidak seperti apa yang diajarkan oleh ustaz, ulama, dan sebagainya sebelum ini. Persoalan saya sekarang ini adalah dilema di dalam tentang tuntutan hari berkumpul, boleh terangkan dan huraikan sedikit tak?
Terima Kasih.
Salamun alaikum. Alhamdulillah. Semoga persoalan itu sudah dijawab setelah ditunjukkan tempat di mana ia telah dibincangkan.
#84:
From:
wartawanmerahputih
To: "ebacaan@yahoo.com"
<ebacaan@yahoo.com>
Sent: Friday, March 30, 2012
8:28 PM
Subject: Salam Kenal dari
Seberang
Salamun Alaikum
Setelah lama kami melanglang buana mencari kebenaran dan belajar mengkaji Qur'an akhirnya bertemu dengan saudara seiman di web ini. Semoga Allah senantiasa beri petunjuk kepada kita ke jalan yang benar dan diridoi-Nya. Insya Allah
Hormat kami
Almunawar
Salamun alaikum. Salam kenal saudara disambut dengan Salam dan Alhamdulillah. Kehadiran saudara di sini yang sangat dialu-alukan menambahkan lagi bilangan ahli keluarga e-bacaan. Semoga kita semua kekal berada di dalam apa yang kita berada sekarang, iaitu dalam mengkaji dan mepercayai ayat-ayat Tuhan kita, Pemelihara semua alam!
Allah disanjung!
#85:
From:
hikam1991
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, August
3, 2012 2:33 PM
Subject: Terima Kasih
Terima kasih atas perkongsian kisah Nabi Ibrahim. Saya minta maaf sebab tidak berapa pandai dalam buat ayat, sekali lagi terima kasih saya ucapkan kerana dapat terhibur dengan membaca kisah nabi pada bulan puasa ini.
Salamun
alaikum. Terima kasih. Kalau boleh buat cadangan, kami cadangkan saudara
baca juga (terjemahan) al-Qur'an kerana inilah bulan al-Qur'an diturunkan.
Tentu ada manfaatnya.
Allah disanjung!