Janggut: Nota Santai, Hadis & Bible
From: janggutputih
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Friday, April 22, 2011 10:41 PM
Subject: Janggut - Nota santai.
Salamun 'alaikum.Janggut adalah satu anugerah Tuhan yang istimewa kepada lelaki. Tiada perempuan yang berjanggut, kalau ada itu mungkin janggut palsu, ataupun perempuan jadi-jadian.
Teringat suatu ketika dahulu, Pak Memanda PM yang memegang rekod duduk di singgahsana paling lama, keluarkan isu janggut di mesyuarat kabinetnya, yang rakaman perbualan itu terbocor dan jadi perbualan hangat dikalangan yang berjanggut dan juga yang tak berjanggut. Katanya; ' Dulu orang tak cukuq janggut pasai dulu takdak Gillette'.
Kalau kita fikir, ada betul juga kata Pak Memanda PM.
Kalau kita lihat patung-patung purba di Mesir mahupun di Tanah Arab, dan manuskrip-manuskrip lama yang bergambar dan juga lukisan-lukisan orang-orang terdahulu - maka kita dapat saksikan orang dulu-dulu memang suka membela janggut !
Baru-baru ini di akhbar HMetro, ada seorang maknyah yang ditangkap adakan persembahan nyanyian di negeri Kelantan. Nama glemernya Kajol. Dengan penampilan seperti perempuan sejati, muka yang licin tanpa janggut, Kajol berjaya menawan hati pendengar-pendengar di majlis itu. Kajol telah ditangkap dan dinasihatkan untuk berubah, tapi dia enggan.(sepatutnya takpayah suruh dia berubah, suruh jer dia bela janggut)
Pada pendapat saya janggut menyerlahkan identiti lelaki; bayangkan jika orang-orang bodoh yang melanggan maknyah, tengah-tengah nak ehem-ehem, alih-alih tengok ada janggut, hilang nafsu dan selera(mungkinlah).
Saya sudahkan nota santai ini dengan serangkap pantun;
Kambing gurun dan biri-biri,
Memakan rumput sambil mengembek,
Ada janggut barulah steady,
Nampak gagah tak nampak lembik.
Salam. :)
Salamun
alaikum,
Sungguh lucu cerita janggut di situ! Mungkin ada pihak yang tidak menyukainya kerana janggut jadi seakan suci dan wajib dalam agama. Ajaran tersebut tersebar di alam cyber dengan kata-kata berbunyi, "hadith-hadith sahih dari Nabi s.a.w yang menunjukkan wajibnya memelihara janggut dan jambang kemudian mewajibkan orang-orang lelaki beriman supaya memotong atau menipiskan misai mereka serta pengharaman dari mencukur atau memotong janggut mereka". Kenyataan dikukuhkan dengan berbilang Hadis. Dua daripadanya diturunkan di bawah:
"Abdullah bin Umar berkata : Bersabda Rasulullah s.a.w : Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu". H/R al Bukhari, Muslim dan al Baihaqi.
"Dari Abi Imamah : Bersabda Rasulullah s.a.w : Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan (jangan meniru) Ahl al-Kitab". Hadith sahih, H/R Ahmad dan at Tabrani.
Kononnya Nabi melarang meniru kaum lain yang mencukur janggut. Kaum yang dimaksudkan disebut di dalam Bible. Sila lihat apa Bible kata mengenai mereka dan janggut (kami petik daripada ALKITAB, iaitu Bible Melayu/Indonesia):
"Janganlah kamu mencukur tepi rambut kepalamu berkeliling dan janganlah engkau merusakkan tepi janggutmu" Imamat (Leviticus) 19:27
Maka Bible menyarankan bahawa janggut tidak di-trim tetapi dibiar panjang, sama kata Hadis yang menyuruh memotong atau menipiskan misai tapi janggut dibiarkan sahaja tanpa dipotong atau dinipiskan.
Selanjutnya daripada Bible didapati orang-orang Yahudi (ahli Kitab) tidak akan tampil ke muka tanpa janggut mereka. Ayat berkenaan berbunyi,
"Hal ini diberitahukan kepada Daud, lalu disuruhnya orang menemui mereka, sebab orang-orang itu sangat dipermalukan. Raja berkata, "Tinggallah di Yerikho sampai janggutmu itu tumbuh, kemudian datanglah kembali." 2 Samuel 10:5
Dan akhir disebut di sini ialah mengeni Ezra (atau Uzair di dalam al-Qur'an - 9:30), ulama Yahudi teragung, juga menyimpan janggut selain memakai jubah:
"Ketika aku mendengar perkataan itu, maka aku mengoyakkan pakaianku dan jubahku dan aku mencabut rambut di kepalaku dan janggutku dan duduklah aku tertegun." Ezra 9:3
Demikianlah adalah antara ayat-ayat mengandungi janggut di dalam Bible. Apa pula kata al-Qur'an? Adakah kedudukan janggut serupa dengan Hadis atau Bible? Yang jelas, ia disebut hanya sekali, tidak sebanyak kali seperti pada dua kitab petunjuk agama tersebut. Satu-satunya ayat yang mengandungi perkataan janggut bermaksud:
"Berkata (Harun), 'Wahai anak ibuku, jangan ambil aku dengan janggut, atau kepalaku! Aku takut kamu akan berkata, "Kamu telah pecahkan Bani Israil, dan kamu tidak endahkan ucapanku."' (20:94)
Itu adalah kata Nabi Harun kepada saudaranya Nabi Musa. Peristiwa berlaku setelah Musa kembali kepada kaumnya dan dapati mereka menyembah patung Anak Lembu. Harun telah dipertanggungjawab menjaga kaum semasa Musa pergi menemui Tuhan, dan beliau didapati gagal menyekat kaum daripada penyembahan tersebut.
Janggut adalah pakaian kaum lelaki pada masa itu, tiada kena mengena dengan ajaran Islam Nabi Musa, dan difahamkan daripada budaya Yahudi, iaitu sekirannya janggut dipegang oleh orang lain ia jadi suatu penghinaan bagi tuan punya janggut (mungkin isteri dan perempuan lain dikecualikan).
Telah pun ada orang berkata janggut merupakan sunah Rasul pada zaman dahulu kerana disebut di dalam Bible dan wajib diikuti. Harus diingat, sebutan pertama mengenai janggut adalah di buku Imamat iaitu buku ketiga Bible, ditulis oleh Ezra (dikatakan amat mahir dalam kitab Taurat) tetapi hidup kira-kira 700 tahun selepas Nabi Musa, jauh lebih lama daripada Imam Bukhari selepas Nabi Muhammad (lebih 200 tahun sahaja). Maka kesahihannya sebagai satu perintah agama amat diragukan. Apatah lagi apabila ia disangka hanya sebagai sunah Rasul. Tambahan pula ajaran agama yang diterima Musa adalah serupa dengan Muhammad, menurut firman Tuhan berbunyi,
"Dia syariatkan bagi kamu sebagai agama apa Dia wasiatkan Nuh dengannya, dan apa yang Kami wahyukan kamu (Muhammad), dan apa yang Kami wasiatkan Ibrahim dengannya, dan Musa, dan Isa" (42:13).
Oleh kerana tidak terdapat suruhan menyimpan janggut dalam agama yang diwahyu kepada Nabi Muhammad maka seperti itu juga dengan agama dibawa Nabi Musa. Namun begitu, terdapat pula suruhan mencukur dan memotong pendek dalam lakukan sesuatu peribadatan di dalam al-Qur'an. Peribatan yang dimaksudkan ialah Haji, dan bahagian yang disuruh cukur atau dipendekkan adalah bukan janggut tetapi kepala dan rambut. Ayat-ayat berikut jelaskannya:
"Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalang, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan cukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban..." (2:196)
"Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: 'Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut.' Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat." (48:27)
Justeru, janggut tidak termasuk langsung dalam sesuatu yang wajib dilakukan ke atasnya dalam agama Allah. Maka janganlah ada orang yang mengatakan bahawa menyimpannya adalah wajib, kecuali orang yang ikut agama Yahudi atau yang ikut Bible.
Allah disanjung!
(Tajuk janggut sudah pun dibincang dan dapat dibaca di sini.)
24.4.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman