Bersaudara
From: janggutputih
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, April 20, 2011 10:09 PM
Subject: Fw: Bersaudara.
Salam Tuan yang dihormati.
Saya selalu melayari laman web Tuan untuk membaca emel2 dan artikel2 terbaru, walaupun sudah lama tidak menulis. Kekeringan idea, tak tahu nak tulis apa...Terbaca kiriman emel dari En. Jamal En. Jamal mengenai tudung; terasa lucu juga bila dia digelar Jamal Musang...(emel address dia pun boleh tahan, sexydaddyz@yahoo.com - part mana yang sexy agaknya tu ?)
Harap En. Jamal tidak kecil hati. Mari kita sama-sama mengkaji al-Qur'an, perbezaan pendapat kita simpan, jika kita yakin itu yang benar, kita ikut, moga kita diletakkan di Taman, dan dendam dibuang dan jadi seperti bersaudara.
~15:45. Tetapi orang-orang yang bertaqwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.
~15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan sejahtera, aman!"
~15:47. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.Semua pendapat dihormati, apatah lagi jika ia bersandarkan al-Qur'an, dihormati dan dipatuhi.
Terima kasih...Salam.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Dapat disaksikan iaitu kekeringan idea telah dapat dihilangkan dengan kemunculan bapa sexy yang juga merupakan musang berjanggut (alamak, ditambah janggut pulak!) - tapi bukan berwarna putih. Sebenarnya sexy yang dipakai adalah antara sebab-sebab mengapa kami menyelitkan musang pada nama yang tidak sepertinya itu. Sesungguhnya, kami tidak gemar beri gelaran kepada sesiapa, dan tidak juga ajar anak cucu untuk buat demikian. Akan tetapi, kerana ia melibatkan agama, dan Allah sendiri telah buat beberapa persamaan ke atas orang-orang tertentu, maka kami terikut-ikut, dengan harapan dapat menimbulkan kesedaran.
Sebutan mengenai bersaudara menarik perhatian kami kali ini. Allah telah menyebut beberapa kali di dalam al-Qur'an mengenai saudara seperti itu. Antara ayat-ayat-Nya ialah:
2:220. Dunia dan akhirat. Mereka tanya kamu mengenai anak yatim. Katakanlah, "Untuk membetulkan urusan mereka adalah baik, dan jika kamu bercampur dengan mereka, maka mereka itu adalah saudara-saudara kamu...."
3:103. Dan berpegangteguhlah kamu pada tali Allah, semuanya, dan jangan kamu berpecah belah, dan ingatlah akan rahmat Allah ke atas kamu ketika kamu bermusuh-musuhan, lalu Dia satukan hati-hati kamu, supaya dengan rahmat-Nya kamu jadi bersaudara. Kamu di pinggir lubang Api, dan Dia selamatkan kamu daripadanya. Begitulah Allah jelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu dapat petunjuk.
9:10. Mereka tidak endahkan pertalian, dan tidak juga perjanjian terhadap orang mukmin; mereka itu, merekalah orang-orang yang mencabul.
9:11. Namun demikian, jika mereka bertaubat, dan lakukan solat, dan beri zakat, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama; dan Kami jelaskan ayat-ayat bagi kaum yang tahu.
~15:45. Tetapi orang-orang yang bertaqwa, di dalam taman-taman dan mata-mata air.
~15:46. "Masuklah ke dalamnya, dengan sejahtera, aman!"
~15:47. Kami cabut perasaan dendam yang ada di dalam dada mereka; seperti bersaudara, mereka berada di atas sofa-sofa berhadapan muka.
33:4. ... dan tidak juga Dia buatkan anak-anak angkat kamu sebenarnya anak-anak kamu. Itu ucapan kamu sendiri, dengan mulut kamu; tetapi Allah mengatakan yang benar, dan Dia beri petunjuk pada jalan.
33:5. Serulah (panggil) mereka mengikut bapa-bapa mereka; itu lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak tahu siapa bapa-bapa mereka, maka mereka adalah saudara-saudara kamu dalam agama, dan peliharaan. Tidak salah ke atas kamu jika kamu buat kesilapan-kesilapan itu, melainkan apa yang di dalam hati-hati kamu rancangkan. Allah Pengampun, Pengasih.
49:9. Jika dua golongan orang-orang mukmin berperang, betulkanlah antara mereka; kemudian, jika satu daripada mereka angkuh terhadap yang lain, perangilah yang angkuh, sehingga mereka kembali kepada perintah Allah. Jika ia kembali maka betulkanlah antara mereka dengan adil, dan berlakuadillah. Sesungguhnya Allah suka orang-orang yang adil.
49:10. Sesungguhnya orang-orang mukmin bersaudara; maka betulkanlah antara dua saudara kamu, dan takutilah Allah supaya kamu dikasihani.
49:12. Wahai orang-orang yang percaya, jauhilah kebanyakan sangkaan; sebahagian sangkaan adalah dosa. Dan jangan mengintip, dan jangan juga mengumpat satu sama lain; adakah salah seorang antara kamu suka makan daging saudaranya yang sudah mati? Kamu membencinya! Dan kamu takutilah Allah; sesungguhnya Allah Menerima Taubat, Pengasih.
59:10. Dan bagi orang-orang yang datang sesudah mereka, mereka berkata, “Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami, dan saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam keimanan, dan janganlah Engkau letak di dalam hati kami sebarang perasaan dendam terhadap orang-orang yang percaya. Wahai Pemelihara kami, sesungguhnya Engkau Lembut, Pengasih.”
Ayat-ayat sudah jelas dengan tersendiri. Tidak perlu dihuraikan lagi, tetapi cuma buat kesimpulan ringkas bahawa orang-orang mukmin adalah bersaudara, berpegang pada tali Allah. Anak-anak yatim adalah juga bersaudara, di samping anak-anak angkat dan orang-orang mencabul yang bertaubat, bersolat dan berzakat.
Selanjutnya didapati iaitu ayat-ayat Allah, atau mukjizat, adalah bersaudara antara satu sama lain, menurut ayat-ayat berbunyi,
43:46. Dan Kami utus Musa dengan ayat-ayat Kami kepada Firaun dan pembesar-pembesarnya, dan dia berkata, "Sesungguhnya aku adalah Rasul Pemelihara semua alam."
43:47. Tetapi apabila dia datang kepada mereka dengan ayat-ayat Kami, tiba-tiba mereka mengetawakannya.
43:48. Dan tiada satu ayat yang Kami lihatkan kepada mereka melainkan ia yang lebih besar daripada saudaranya; dan Kami ambil mereka dengan azab supaya mereka kembali.
Sekian, terima kasih, saudara.
Allah disanjung!
22.4.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman