Buatwasiat II: Khutbah Jumaat
From: admin buatwasiat <admin@buatwasiat.com>
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Sat, April 9, 2011 10:44:33 AM
Subject: Re: salam
salam hormat tuan pengurus ebacaan
saya ingin menghantar artical tentang wasiat, boleh tuan mauskkan dalam web ebacaan untuk menjadi bahaan bacaan semua
sila rujuk attachment
pertolongan tuan sangat kami hargai
rgds
Admin buatwasiat.com
Salamun alaikum!
Harus diingat di laman web ini tidak ada iklan, sekali gus jadikan ia bukan tempat berniaga. Kiriman pertama sengaja diterbitkan kerana berharapkan wasiat yang diusahakan itu berciri Quranik, atau sebahagian besar daripadanya.
Kiriman kali ini pula jelas menunjukkan usaha itu tidak seperti yang diharapkan. Maaf atas kata-kata tersebut. Dan kami akan tunjuk di mana letak perselisihan dengan apa yang diharapkan, iaitu di tempat kami menyelitkan komen sejurus selepas beberapa kenyataan yang dipilih, daripada attachment bertajuk Khutbah Jumaat, di bawah:
TUNTUTAN BERWASIAT
Khutbah Jumaat - 24 OGOS 2007-Majlis Agama Islam Selangor, Malaysia
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita sama-sama bertakwa kepada allah s.w.t, dengan melaksanakan segala perintah dan suruhannya serta tinggalkan segala maksiat dan larangannya. Mudah-mudahan kita tergolong dari kalangan orang-orang yang beroleh limpahan dan rahmat allah s.w.t dan berjaya dalam kehidupan di dunia dan juga diakhirat.
Sidang jumaat yang dikasihi sekalian,
Islam amat ambil berat tentang persoalan harta dalam kehidupan manusia. Harta dianggap sebagai suatu amanah yang mesti diuruskan dengan baik dan sempurna berdasarkan peraturan dan hukum allah s.w.t.
Perlu diingat, bahawa ada seorang pun dari kalangan kita apabila tinggalkan alam dunia yang fana ini menuju kealam barzak, akan membawa bersama seluruh harta yang mereka himpun semasa hidup didunia. Segala harta yang jadi milik dan kebanggaan dirinya, akhirnya ditinggalkan untuk dibahagi-bahagikan kepada ahli warisnya.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Pengurusan harta sebagai bekalan kehidupan diakhirat mesti diurus dan dirancang semasa hidupnya lagi. Sebagaimana yang pernah berlaku pada zaman rasulullah s.a.w, Baginda telah mengarahkan sahabat yang ingin pergi. Berperang agar wasiatkan hartanya kepada orang lain. Ia bertujuan agar segala harta dan tanggungjawab yang akan ditinggalkan , sekiranya dia syahid di medan peperangan, dapat diurus dengan baik dan sempurna.
Sesungguhnya islam telah menyusun,mengatur sistem dan kaedah terbaik bagi umatnya mengurus harta pusaka. antaranya adalah melalui kaedah wakaf, sedekah, hibah, faraid dan wasiat.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Wasiat menurut bahasa bermaksud sambung atau pesanan. Dari segi syarak pula bermaksud ikrar seseorang yang dibuat semasa hidupnya keatas hartanya atau manafaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau apa-apa yang dibenarkan oleh syarak dan terlaksana selepas kematiannya, dengan niat mendapatkan keredhaan Allah s.w.t.
buat berwasiat pada asalnya adalah wajib berdasarkan kepada firman allah s.w.t:
"Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika ia ada tinggalkan harta, hendaklah ia buat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik menurut peraturan agama, sebagai suatu kewajipan atas orang-orang bertakwa".
(Al-Baqarah ayat 180)
Komen kami bermula atas kenyataan, pada asalnya wajib. Tentu maksudnya, sekarang tidak lagi wajib! Izinkan kami bertanya, begitukah cara ayat Allah diterima? Atau itukah tujuan Allah bila Dia turunkan ayat-Nya, supaya manusia terima hari ini dan buang esok? Seperti manusia buang makanan yang sudah busuk?
Di samping kenyataan itu, ternampak juga kecacatan lain iaitu pada terjemahan ayat Allah di atas, apabila dibandingkan dengan yang seharusnya berbunyi, "Dituliskan bagi kamu, apabila seseorang antara kamu didatangi kematian, dan dia tinggalkan kebaikan (harta), supaya buat wasiat memihak kepada ibu bapanya, dan sanak saudara dengan baik - suatu kewajipan kepada orang-orang bertakwa."
Menarik perhatian kepada frasa menurut peraturan agama yang tidak disebut dalam teks asal, seperti diturunkan Allah kepada Rasul. Ia tidak lain hanya tambahan usaha tangan sesetengah hamba-Nya, yang mungkin memikirkan terdapat kelemahan pada ciptaan Allah atau kelemahan pada Perintah Allah. Dia, Tuhan, ada kelemahan? Di samping soalan itu mungkin tidak keterlaluan bertanya, menurut peraturan agama siapa? Mungkin jawapannya dapat diketahui kemudian.
..
Balik kepada kandungan khutbah yang seterusnya menyebut mengenai kebanyakan ulamak,
Menurut kebanyakkan ulamak, hukum wajib berwasiat dalam ayat tersebut telah dimansuhkan apabila turunnya ayat yang menjelaskan tentang pembahagian harta pusaka kepada warisnya.
Melalui hadis rasulullah s.a.w baginda berdasarkan:
"Allah telah beri bahagian setiap orang yang berhak, maka tiada wasiat untuk warisnya".
(Riwayat At-Tarmizi)
Maka kebanyakan ulamak ajar bahawa ayat hukum berwasiat telah dimansuhkan! Komen seterusnya hanya menyentuh bahagian ini pada kenyataan di atas. Bahagian lain akan disentuh selepas itu.
Mula dengan pertanyaan, siapa yang telah mengumpul ayat-ayat al-Qur'an seperti yang sedia ada. Adakah manusia atau Tuhan? Jawapan daripada al-Qur'an berbunyi "Atas Kamilah untuk mengumpulkannya" (75:17). Andaikata ayat Allah itu diterima sebagai benar, beranikah kita mengatakan, dalam pengumpulannya, Allah telah buat kesilapan dengan masukkan ayat yang tidak boleh dipakai suatu hari nanti? Harus diingat bahawa Dia, Tuhan, Yang Mengetahui, Yang Bijaksana.
Ayat kedua dalam komen kali ini berbunyi "Kami turunkan kepada kamu al-Kitab, penjelasan bagi segala sesuatu, dan petunjuk" (16:89). Setelah memahaminya, melihat pula kepada kandungan ayat wasiat tadi. Sekiranya ayat itu dimansuhkan maka tidak ada penjelasan mengenai buat wasiat berpihak kepada ibu bapa dan sanak saudara. Adakah itu yang dihendaki para ulama? Apakah pula sebabnya?
Ayat ketiga harus diambil lebih berat lagi dalam konteks ini, yang menetapkan bahawa kata-kata-Nya sudah sempurna dan tiada seorang pun boleh tukar kata-kata-Nya, apatah lagi untuk memadamkannya pula! Ia berbunyi,
"Telah sempurna kata-kata Pemelihara kamu dalam kebenaran dan keadilan; tiada yang boleh tukar kata-kata-Nya; Dia Yang Mendengar, Yang Mengetahui." (6:115)
Terdapat satu lagi ayat yang membawa mesej tentang penukaran kata-kata-Nya berbunyi,
"Bacalah apa diwahyukan kepada kamu daripada Kitab Pemelihara kamu; tiada yang dapat tukar kata-kata-Nya." (18:27)
Sebenarnya ada dua ayat lagi, iaitu "Kata-Kata Allah tidak dapat ditukar" (6:34) dan "Tidak ada pertukaran bagi kata-kata Allah" (10:64). Setelah empat kali disebut, mahukah tukar ayat-ayat-Nya? Tiada yang menukarnya kecuali orang yang ingkar kepada Allah. Dan keingkaran itu seterusnya jadi hukum agama pulak!
Lalu menyebut lagi kenyataan sudah dibincang iaitu "buat berwasiat pada asalnya adalah wajib" (dan kemudian tidak wajib). Kalau ada orang berkata, itu bukan menukar kata-kata-Nya, maka kami syak terdapat kecacatan yang ketara pada beliau.
Justeru ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Qur'an tidak boleh ditukar apatah lagi untuk memansuh atau membatalkannya. Bagi sesiapa yang percaya kepada kebanyakan ulama yang mengatakan ayat wasiat itu telah dimansuh harus diingatkan tentang tiga ayat di bawah:
"Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami, untuk membatalkannya, mereka menjadi penghuni-penghuni Jahim (api neraka)." (22:51)
"Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - bagi mereka, azab kemurkaan yang pedih." (34:5)
"Dan orang-orang yang berusaha terhadap ayat-ayat Kami untuk membatalkannya - mereka itu dihadapkan ke dalam azab." (34:38)
Mereka kekal di dalamnya. Percayalah!
Ayat wasiat dimansuh kerana menurut khutbah tadi "turunnya ayat yang menjelaskan tentang pembahagian harta pusaka kepada warisnya." Untuk beri komen kepada kenyataan itu pertama diturunkan ayat bersabit:
4:11. Allah wasiatkan kamu mengenai anak-anak kamu; bagi lelaki serupa dengan bahagian dua perempuan, dan jika mereka perempuan-perempuan yang lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada apa dia tinggalkan, tetapi jika dia (perempuan) seorang, maka baginya separuh; dan kepada ibu bapanya, kepada setiap seorang daripada keduanya, satu per enam daripada apa dia tinggalkan, jika dia ada anak; tetapi jika dia tidak ada anak, dan waris-warisnya ialah ibu bapanya, maka satu per tiga bagi ibunya, atau jika dia ada saudara-saudara lelaki, maka bagi ibunya satu per enam, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang.....
Dapat dilihat, wasiat tidak dimansuhkan Allah tatkala menyebut pembahagian harta kepada waris tertentu, anak-anak dan ibu bapa. Itu bertentangan dengan ajaran agama ulama. Ayat yang mengekori juga sama:
4:12. Dan bagi kamu (suami), separuh daripada apa yang isteri-isteri kamu tinggalkan, jika mereka tidak ada anak; tetapi jika mereka ada anak, maka bagi kamu, daripada apa yang mereka tinggalkan, satu per empat, sesudah sebarang wasiat yang mereka wasiatkan, atau sebarang hutang. Dan bagi mereka (isteri), satu per empat daripada apa kamu tinggalkan jika kamu tidak ada anak; tetapi jika kamu ada anak, maka bagi mereka, daripada apa kamu tinggalkan, satu per lapan, sesudah sebarang wasiat yang kamu wasiatkan, atau sebarang hutang. Jika seorang lelaki atau seorang perempuan tidak mempunyai waris yang terus (ibu bapa dan anak), tetapi ada saudara lelaki atau saudara perempuan, maka bagi tiap-tiap seorang daripada keduanya, satu per enam; tetapi jika mereka lebih ramai daripada itu, maka mereka bersekutu dalam satu per tiga, sesudah sebarang wasiat yang dia wasiatkan, atau sebarang hutang yang mudaratkan....
Juga dapat dilihat dengan jelas bahawa Allah tidak memansuhkan wasiat apabila menyebut waris-waris lain - suami, isteri, saudara lelaki dan saudara perempuan.
Wasiat disebut pada kedua-dua ayat di atas adalah wasiat wajib yang disuruh buat oleh Allah, berpihak kepada kepada ibu bapa dan sanak saudara. Sementara cara pembahagian harta di situ adalah wasiat daripada Allah, yang dilaksana selepas wasiat wajib, atau dilaksana sekiranya si mati tidak buat sebarang wasiat.
..
Balik kepada kandungan khutbah ....
Namun baginda menggalakkan umatnya supaya buat wasiat melalui sabdanya:
"Tidak patut bagi seseorang muslim yang ingin berwasiat tidur selama dua malam, selagi ia tidak menulis wasiatnya disisinya".
(Muttafaqun Alaihi)
Apa kena dengan Rasul mereka, tadi kata tidak boleh buat, sekarang kata kena buat pulak! Tadi ikut cakap Tarmizi, sekarang ikut cakap Muttafaqun! Kenapa tak ikut cakap Allah? Dia bukan Tuhankah? Atau Tarmizi dan Muttafaqun diangkat jadi tuhan yang lebih besar daripada Allah?
Tidak, itu bukan Rasul orang-orang yang berpegang pada al-Qur'an. Rasul mereka tidak keluarkan sesuatu yang berselisih kerana baginda ikut hanya al-Qur'an. Firman-Nya,
"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)
..
Bunyi khutbah seterusnya...
Sidang jumaat yang berbahagia,
Wasiat hanya boleh dilaksanakan kepada selain daripada mereka yang layak mendapatkan bahagian harta mengikut hukum faraid. Wasiat dan hutang si mati hendaklah dijelaskan dahulu sebelum harta si mati dibahagikan mengikut faraid.
Wasiat hanya kepada selain daripada mereka dalam hukum faraid? Bermaksud selain ibu bapa, anak-anak, suami, isteri, saudara lelaki dan saudara perempuan? Tidakkah hukum ini mengingkari perintah Allah? Tidakkah kelihatan bahawa mereka yang bukan waris didahulukan sebelum waris?
..
Dan begini pula bunyi khutbah yang mengekori,
Itu pun jika warisnya mengetahui perkara tersebut daripada si mati sebelum ia meninggal dunia. Ini dijelaskan didalam firman allah s.w.t:
"Dan bagi kamu seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak, tetapi jika mereka ada mempunyai anak maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan,sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan sesudah dibayarkan hutangnya".
(An-Nisa' ayat 12)
Sebenarnya kami tidak begitu faham dengan apa yang dikatakan itu. Sementara ayat yang disebut ialah 4:12 yang telah kami turunkan sebelum ini. Kami tinggalkan di situ dan terus kepada sambungan kandungan Khutbah Jumaat:
Menurut ulamak feqah, wasiat hanya boleh dilaksanakan tidak lebih 1/3 daripada harta si mati. Manakala hutang pula hendaklah dilunaskan sepenuhnya oleh warisnya jika harta peninggalan si mati tidak mencukupi.
Sekarang ulamak feqah pula dijadikan tuhan. Allah tidak menyebut tentang bahagian 1/3 dalam suruhan buat wasiat. Tidak juga Nabi. Baginda tidak beri sebarang ajaran agama selain daripada yang terkandung di dalam al-Qur'an. Sila lihat ayat-ayat berikut:
69:43. Satu penurunan (al-Qur'an) daripada Pemelihara semua alam.
69:44. Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan,
69:45. Tentu Kami ambilnya dengan tangan kanan,
69:46. Kemudian pasti Kami potong urat jantungnya,
69:47. Dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia.
69:48. Sesungguhnya ia adalah Peringatan bagi orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan).
69:49. Tetapi Kami tahu bahawa antara kamu ada yang dustakan.
69:50. Sesungguhnya ia adalah satu penyesalan bagi orang-orang tidak percaya,
69:51. Dan sesungguhnya ia adalah yang benar yang diyakini.
69:52. Maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung.
Maka apa sahaja yang dikatakan sabda baginda yang tidak ikut ayat-ayat Allah adalah tiada lain hanya ada-adakan dusta terhadap Allah. Kerana Islam adalah agama-Nya. orang-orang yang mengada-adakan itu adalah yang tidak percayai ayat-ayat-Nya, dan mereka adalah pendusta. Firman-Nya,
"Mereka hanya ada-adakan dusta, yang tidak percayai ayat-ayat Allah, dan mereka itu, merekalah pendusta-pendusta." (16:105)
Hanya sampai di sini sahaja komen kami terhadap Tuntutan Berwasiat. Bacalah kandungannya hingga ke akhir.
Sidang jumaat yang berbahagia,
Sesungguhnya amalan berwasiat terhadap harta mempunyai banyak faedah dan kebaikan jika dilakukan oleh umat islam semasa hidupnya.
Antara faedah tersebut ialah;
Pertama
Dapat menjamin pembayaran hutang, pelaksanaan tanggungjawab dan amanah.
Perlu diingat, bahawa sebahagian manusia apabila tiba ajal kematiannya, ia membawa bersama hutang-hutangnya bertemu allah s.w.t. Hutang-hutang tersebut antaranya ialah kewajipan zakat, kewajipan fidiah kerana tinggalkan berpuasa, kewajipan haji, kaffarah puasa dan hutang sesama manusia.
Persoalannya sidang jumaat yang dirahmati allah sekalian, siapakah yang akan memastikan hutang-hutang tersebut dilunaskan apabila kita mati kelak sekiranya kita tidak pernah beritahu atau berwasiat kepada orang lain untuk melaksanakannya?.
Ingatlah, rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (yakni dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya, sehinggalah hutang itu dilunaskan (dibayar) "
Kedua
Mengelakkan berlakunya perbuatan harta dan pergaduhan dikalangan ahli warisnya.
Orang yang berharta,kadangkala tinggalkan harta dalam bentuk aset yang pelbagai seperti
tanah,bangunan,kenderaan,barang-barang,wang tunai,wang simpanan,saham,pelaburan dan sebagainya. Melalui kaedah wasiat aset yang banyak ini boleh diwasiatkan untuk kebajikan dan yang selebihnya pula akan diurus mengikut hukum faraid.Ini dapat menjamin harta yang ditinggalkan akan berkekalan pahalanya mengalir kepadanya apabila ia mati kelak.
Hal ini dikuatkan lagi oleh rasulullah s.a.w dengan sabda:
"Apabila mati seseorang anak adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: Iaitu sedekah yang berterusan pahalanya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakan untuknya".
(Riwayat Al-Bahari Wamuslim)
Sidang jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita menginsafi bersama,betapa pentingnya untuk kita menguruskan harta kita semasa hidup didunia ini.Janganlah kita sangka,apabila kita mati kelak,pandai-pandailah ahli waris kita menguruskan pembahagian harta yang ditinggalkan. Jangan kita sangka, apabila kita mati kelak, semua tanggungjawab kita kepada harta yang ditinggalkan akan terlepas dari kewajpan kita, sedangkan hakikat sebenarnya, terlalu banyak kaitan dan kewajipan yang masih tertanggung diatas bahu kita, sedangkan hakikatnya kita telah berada disuatu alam lain yang sangat berharap kepada bantuan khususnya melalui pahala wasiat dan sedekah harta yang pernah kita miliki.
Sidang jumaat yang dikasihi sekalian,
Demi menyahut seruan berwasiat ini, majlis agama islam selangor telah melancarkan perkhidmatan "Pengurusan wasiat orang islam" bagi membantu dan memudahkan umat islam dinegeri selangor untuk berwasiat terhadap hartanya. Oleh itu, marilah sama-sama kita manfaatkan perkhidmatan ini,supaya kita bertemu dengan allah s.w.t dalam keadaan selesai segala hutang-piutang kita dengannya dan dengan manusia. Kita bertemu Allah dalam keadaan ahli keluarga kita tenang dan sejahtera menerima harta pusaka yang kita tinggalkan tanpa berlaku penipuan dan penindasan.
"Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah jadi ujian dan disisi allah jualah pahala yang besar".
(At_Taghaabun ayat 15)
Ya-Allah,engkaulah tuhan yang maha berkuasa,kami bersyukur kehadratmu yang telah kurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha ke-arah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor,sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami,murahkanlah rezeki kami,kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanafaat,suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke-jalan yang engkau redhai,lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besra,kemarau panjang,wabak penyakit,persengketaan,kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian ,negeri kami akan sentiasa betambah makmur dan berkat.
Untuk maklumat lanjut sila layari http://buatwasiat.com
Terima kasih. Maaf jika tersinggung!
Allah disanjung!
Boleh rujuk:
Wasiat dan Pembahagian Harta Pusaka -Sidi Achmad
11.4.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman