Perempuan, Isteri, Ibu dan Hamba

 


From: oniesaifura
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Fri, April 8, 2011 3:37:20 PM
Subject: PEREMPUAN, ISTERI, IBU DAN (dot dot dot)!

 

Salamun a'laikum
 

Kepada sahabat2 pengurus jalan Allah, dan pelawat2 laman makanan rohani ini.. khusus nya pelawat2 wanita.

 

Terpanggil sy sekali lg untuk berkongsi pendapat dlm ruangan ini adalah kisah yg jarang2 kita (wanita) perhatikan.

 

 

PEREMPUAN, ISTERI, IBU DAN HAMBA yg Allah cipta di atas muka bumi ini.

 

Dewasa ini ramai jenis Manusia yg di kategorikan di atas tertindas gara2 hujah dr kitab tulisan tangan manusia yg mendakwa bahawa syurga dibawah telapak kaki suami.. Syurga ciptaan Allah utk manusia2 yg beriman diletakkan di tempat yg seburuk2 nya??(bwh tapak kaki).

 

Bayangkan!

 

Rentetan dari kerja2 tgn manusia jahim Itu buatkan ramai manusia yg dikategori diatas tidak dapat menjalankan tugas sebagai hamba. Walaupun berdepan dgn suami buta PETUNJUK!

 

Manusia Allah ciptakan berpasangan. Dari mula2 penciptaan Adam Dan Hawa dahulu, sejarah telah buktikan bahawa fungsi isteri membantu suami didalam melaksanakan perintah Allah gagal diketengahkan.

 

Berpandukan Perintah Allah terhadap Adam dan hawa.

 

Perhatikan perintah dibawah kedua2nya diperintah tinggal didlm syurga mereka boleh makan makanan yg baik2 didlm nya..

2:35. Dan Kami berkata, "Wahai Adam, tinggallah kamu dan isteri kamu di Taman (Jannah), dan makanlah daripadanya dengan senang di mana kamu hendak, tetapi jangan dekati pokok ini, supaya kamu tidak jadi orang-orang zalim."

 

Perhatikan perintah dibawah. Dua2 tegelincir dgn hasutan syaitan. Tiada nilai2 selamat menyelamati lalu keduanya hanyut dgn hasutan syaitan.

 

2:36. Kemudian syaitan gelincirkan mereka daripadanya, dan keluarkan mereka dari dalam apa mereka berada, dan Kami berkata, "Turunlah kamu, sebahagian kamu jadi musuh bagi sebahagian lain, dan di bumi sebuah tempat menginap bagi kamu, dan kesenangan untuk suatu waktu."

2:37. Lalu Adam terima kata-kata tertentu daripada Pemeliharanya, dan Dia terima taubatnya; sesungguhnya Dialah Yang Menerima Taubat, Yang Pengasih.

2:38. Kami berkata, "Turunlah kamu keluar darinya, kesemuanya. Jika datang kepada kamu petunjuk daripada-Ku, dan sesiapa ikut petunjuk-Ku, tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:39. Dan, orang-orang tidak percaya dan dustakan ayat-ayat Kami, mereka itulah penghuni-penghuni Api, di dalamnya mereka tinggal selama-lamanya."

 

Sampai kesaat ini masih juga terdapat sifat2 wanita seperti hawa yg gagal bantu suami nya bila berdepan dgn keingkaran dan hasutan syaitan. Ini yg pasti mengakibatkan kedua2 nya jadi penghuni neraka.. Tidak cukup pula, diheret anak2 bersama2 mereka. Amat menyedihkan pengakhiran hidup manusia.

 

Lupakah kita bahawa perintah Allah:

 

4:32. Dan jangan kamu mengingini apa yang Allah lebihkan pemberian kepada sebahagian kamu di atas sebahagian lain. Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa mereka usahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa mereka usahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu.

 

33:35. Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang rendah hati dan perempuan yang rendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingati Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingati - bagi mereka, Allah sediakan ampunan dan upah yang besar.

 

9:71. Dan orang-orang lelaki mukmin, dan orang-orang perempuan mukmin, adalah wali-wali (sahabat-sahabat) satu sama lain; mereka menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar; mereka melakukan solat, dan memberi zakat, dan mereka mentaati Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu, kepada mereka Allah mengasihani; sesungguhnya Allah Perkasa, Bijaksana.

 

Siapa yg mahu selamatkan suami kita untuk mendapatkan jalan yg terbaik disisi Allah Sekiranya tidak kita, Isteri-isteri lah sebaik2 penyokong. Samada sokongan yg diberi menjerumus ke jahim mahupun ke jannah.

 

30:21. Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah bahawa Dia ciptakan untuk kamu, daripada diri-diri kamu sendiri, isteri-isteri, supaya kamu berehat pada mereka, dan Dia adakan antara kamu, cinta dan pengasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.

 

Inilah impian setiap suami:

 

25:74. Yang berkata, "Wahai Pemelihara kami, berilah kami kegembiraan daripada isteri-isteri kami, dan keturunan kami, dan buatlah kami imam bagi orang-orang bertakwa."

 

Mahu menyenangkan hati suami yg enggan mengikut petunjuk sebenar memang terlalu payah, tetapi didalam kepayahan Itu terselit pengorbanan dan kemenangan. Menang dalam selamatkan sebuah keturunan.

 

4:59. Wahai orang-orang yang percaya, taatlah kepada Allah, dan taatlah kepada Rasul, dan orang-orang yang dalam urusan antara kamu. Jika kamu berbalah dalam sesuatu, kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir; itu lebih baik, dan kesudahan yang lebih baik.

 

Bangkitlah wahai para wanita dan isteri.. Tugas mu sebagai HAMBA dimuka bumi ini bukan semudah yg kau sangka.. Tugasmu bukan Hanya tertakluk pada penjagaan makan pakai keluargamu sahaja.. Selamatkan lah dirimu, keluargamu dari tipu daya syaitan musuh yg nyata. Agar kau dipertemukan disini Dan disana kelak.

 

2:48. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan syafaat (pengantaraan) tidak diterima daripadanya, dan tidak juga sebarang keimbangan diambil daripadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

 

2:123. Dan takutilah kamu akan satu hari apabila sesuatu jiwa tidak dapat bela jiwa yang lain sedikit pun, dan tidak diterima keimbangan daripadanya, dan tidak bermanfaat syafaat (pengantaraan) kepadanya, dan tidak juga mereka ditolong.

 

Disinilah tempat dan masanya (dunia) untuk kamu saling sayang menyayangi, bantu-membantu antara suami isteri anak2mu.. Disana (akhirat) bukan masanya!!

 

Satu Tuhan, satu kitab, satu umat.. Pasti bertemu Penciptamu!

 

Allah disanjung!


Salamun alaikum,

Sehubungan itu teringat suatu agama (ada di negara ini) dengan ajaran tentang kedudukan suami, yang diterangkan seperti tuhan, dan si isteri pula harus memperhamba atau mengabdikan diri kepada dia. Justeru, si suami mempunyai absolute power, dan kedudukan begini kelihatan seperti diamal dalam masyarakat bani Melayu di sini.

Bagi mereka yang baru melayari laman web ini, sila klik Perpustakaan di mana terdapat banyak tulisan mengenai wanita dan perkahwinan, seperti Wanita dalam Islam sebenar yang boleh dibaca, dan mungkin mampu menyelesaikan beberapa masalah yang sudah lama timbul.

Terima kasih.

Allah disanjung!

9.4.11

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman