Hidayat, Hadis dan Monyet: Penipu
From: oniesaifura
To: "ebacaan@yahoo.com" <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wed, March 30, 2011 4:03:32 PM
Subject: Hidayat,Hadith,monyet.
Salamun a'laikum kepada sahabat2 pengurus jalan Allah...Saya amat tertarik dgn kisah lucu yg di ajukan oleh saudara AF.. Sayang sekali Manusia yg Allah ciptakan dgn sempurna kejadian tetapi tidak pandai untuk menggunakan Pendengaran, Penglihatan Dan Hati yg Allah anugerahkan.. Jadilah Manusia tu sebagai Haiwan ternak, bahkan Lebih sesat dari itu. Bertubuhkan Manusia, berOrgan kan Haiwan.
Apa yg ingin sy kongsikan adalah 1 dialog sy bersama anak saya yg berusia 7thn.
Anak: "Umie, kita nanti kalau kt akhirat kita menghadap siapa?
Umie: menghadap Allah la syg..
Anak: habis tu kenapa ustzah ckp kita nabi Muhamad yg akan tlg jwpkan pertanyaan Allah untuk kita nanti?
Umie : kata Allah, setiap diri Akan menghadap Allah sendiri sorang2 seperti mula2 diciptakan dulu. Masing2 dgn amalan masing2 syg..
Anak: takut la nurul kalau tak kumpul kebaikan. Nanti x dpt nk jwp pertanyaan Allah.
Cuba kita renung ya? Bertapa besar nya impak buruk yg berlaku pd minda kanak2.. Sejak Kecil lg di dedahkan dgn perintah2 yg dtg dari selain dr Allah. Tanpa kawalan Dan tunjuk ajar dr ibu bapa. Jd lah Manusia Itu terikut2 agama nenek moyang mereka hingga dewasa.
Inilah yg berlaku pd bani melayu skrg.. Lebih takut pada Manusia dr penciptaNya. Dahsyat ya?
Tiada perubahan pada Sunnatullah.
Manusia kembali buta. Bukan buta mata tetapi buta hati didalam dada.
Alhamdulillahiraabila'lamin... Sampai kesaat ini al-Quran tetap ada penyambung tugas kerasulan. Bg yg hendak bertemu penciptaNya ikutlah 1 hala sahaja.. Jgn ikut jalan yg berhala2.
1 Tuhan, 1 Kitab, 1 umat! PASTI bertemu penciptamu!
Allah disanjung!
Salamun
alaikum,
Terima kasih atas kiriman yang menyebabkan kami rasa sebak. Tidak tahu mengapa. Didapati ayat-ayatnya sungguh Quranik, kanak-kanak yang diceritakan itu baru sahaja berusia 7 tahun (agak sama umur dengan cucu perempuan kami), dan guru yang mengajarnya pula adalah seorang penipu besar - besar kerana menipu tentang agama Allah.
Penipu seperti itu ada diceritakan Allah di
dalam al-Qur'an. Ia bermula dengan kemunculan Nabi yang ditugaskan
sebagai penyampai wahyu-Nya, lalu musuh baginda menentang dengan mengadakan wahyu lain bertujuan semata-mata untuk menipu
manusia daripada wahyu sebenar. Siapakah musuh itu? Untuk
mengenalinya dan cerita sebenar sila lihat ayat di bawah:
"Begitulah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi suatu musuh, syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu; dan sekiranya Pemelihara kamu hendak, tentu mereka tidak membuatnya. Maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan." (6:112)
Allah menyuruh supaya mereka ditinggalkan tetapi hari ini mereka menjadi orang-orang yang diamanahkan pula! Mereka disuruh supaya ditinggalkan kerana mengadakan sesuatu dalam agama, contoh, cerita tentang Nabi yang akan menjawab soalan-soalan Allah kepada umatnya pada Hari Kiamat, iaitu cerita kepada kanak-kanak yang masih mentah itu.
Kami syak cerita itu kononnya
diceritakan oleh Nabi sendiri, tetapi Allah tidak menyebutnya, mahupun
Nabi sendiri, yang ditugaskan hanya untuk sampaikan wahyu-Nya seperti
terdapat di dalam al-Qur'an. Tentu sekali Nabi bukan seorang penipu
kerana baginda tahu bahawa orang-orang yang menipu akan datang dengan
apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat. Firman Allah,
"Tiadalah bagi seorang Nabi untuk dia menipu, dan sesiapa menipu akan datang dengan apa yang ditipukannya pada Hari Kiamat; kemudian tiap-tiap jiwa akan dibayar sepenuhnya apa yang ia usahakan, dan mereka tidak dizalimi." (3:161)
Penipuan tadi, hasil daripada usaha
dalam mengadakan, merupakan suatu yang baru kami dengar, sementara
contoh yang sudah lama didengar ialah mengenai berada di neraka buat
sementara waktu sahaja. Penipuan ini dikesan setelah memahami ayat
berbunyi,
"Itu kerana mereka kata, 'Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung.' Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama mereka." (3:24)
Mereka ditipu dalam agama dengan
sesuatu yang diadakan (iaitu yang di luar al-Qur'an), dan mereka
menipu orang lain pula. Oleh kerana itu Allah berpesan,
"Wahai manusia, takutilah Pemelihara kamu, dan takutilah akan satu hari apabila tiada bapa akan bela anaknya, dan tiada juga anak bela bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah benar; maka jangan kehidupan dunia menipu kamu, dan jangan sekali-kali penipu dapat menipu kamu terhadap Allah." (31:33)
Tidak mungkin penipu agama dapat menipu anak cucu kita, atau diri kita sendiri, jika kita membaca dan memahami kandungan al-Qur'an yang telah diwahyukan Allah kepada Nabi kita semua.
Allah disanjung!
31.3.11
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman