Baru! Nabi tinggalkan 2 perkara?
From: husmali
To: ebacaan@yahoo.com
Date: Fri, October 8, 2010 7:40:32 PM
Subject: Baru! Nabi tinggalkan 2 perkara ?(3)
Yang dihormati
Tuan Pengurus Laman
Salaamun alaikum.
Selamat bertemu kembali dan semoga di dalam kesejahteraan hendaknya.
Maaf kerana menimbulkan semula perkara yang telah lama dibahaskan dan tidak pula jadi suatu keutamaan pihak tuan.Mengikut "hadis" pegangan kaum ASWJ, nabi Muhammad telah tinggalkan dua perkara, iaitu "Kitabullah dan sunnah rasulNya."
Saya telah membaca sebuah buku yang mengutarakan perselisihan atau kelemahan pegangan mereka ini. Rupa-rupanya, hadis yang mereka jadikan nas adalah sebuah hadis yang telah dikatakan cacat oleh ahlul hadis sendiri.
Sebagaimana yang dinyatakan di dalam buku itu, hadis mengenai sunnah di dalam Pidato Perpisahan Nabi sewaktu beliau lakukan haji yang terakhir mempunyai dua isnad, yakni dari jalan Jabir Bin Abdullah dan Malik Bin Anas yang saya salinkan di bawah.
Daripada laporan Jabir ada terdapat dua versi:
Pertama:
1a) Jabir Bin Abdullah melaporkanbahawa Rasullullah berpidato kepada rakyat dan berkata, "...dan aku telah tinggalkan kepadamu satu perkara; jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku, iaitu kitab Allah. Kamu akan ditanya tentangku. Jadi, apa akan kamu kata?" Mereka menjawab, "Kami akan memperaku bahawa kamu sebenarnya telah sampaikan dan menyempurnakan perutusan dan beri peringatan." (Riwayat Muslim)
(Tekanan ditambah)
1b) Jabir Bin Abdullah melaporkan bahawa Rasullullah telah berkata dalam Haj Akhir; "Dan aku telah tinggalkan di antara kamu satu perkara: jika kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku - kitab Allah dan apa yang kamu dapat daripadaku melalui soalan (Hadis). (Riwayat Muslim)
(Tekanan ditambah)
Kedua:
Malik Bin Anas melaporkan sebuah hadis cacat bahawa rasullullah berkata: "Aku meningggalkan kepadamu dua perkara; selagi kamu berpegang teguh kepadanya, kamu tidak akan sesat - kitab Allah dan sunnah rasulNya. (Muwatta)
(Tekanan ditambah)
Koleksi hadis di atas dikatakan telah dipetik daripada kitab Misykatul Masabih yang belum saya periksa.
Kepada ASWJ
Haruslah mereka yang masih berpegang teguh kepada hadis-hadis ASWJ kembalilah segera kepada Allah dan Quran semata setelah terbaca pendedahan ini. Yang penting adalah bersikap terbuka dan berlapang dada kepada semua keterangan dan ikut yang terbaik. Inilah ciri-ciri yang dikehendakki oleh Allah daripada hamba-hambaNya yang insaf (berkesesalan), yang dikatakan dapat hidayat pula dan mempunyai pemikiran.
39:17. Orang-orang yang menjauhi daripada menyembah Thagut, dan berkesesalan kepada Allah, bagi mereka berita gembira. Maka kamu berilah berita gembira kepada hamba-hamba-Ku,39:18. Yang mendengar ucapan, dan ikut yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah beri petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang empunya minda.
Hanya setakat menambah maklumat dan harap dimanfaat sebaik mungkin.
Allah Di Sanjung
Husmali
08.10.2010
Salamun alaikum,
Terima kasih, sahabat. Maklumat di atas tentu ada manfaat, setidak-tidaknya termaklumlah tentang pergelutan Hadis vs Hadis!
"Apa, tidakkah mereka renungkan al-Qur'an? Jika ia daripada selain Allah, tentu mereka dapati di dalamnya banyak perselisihan." (4:82)
Allah disanjung!
Sila baca juga:
Nabi tinggalkan 2
perkara
Nabi tinggalkan 2 perkara (2)
9 Okt 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman