Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 5
From: UNCLE SEEKERS
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Wed, October 6, 2010 9:12:19 PM
Subject: Re: Fw: "Pengkianat Rasul Allah daripada anak cucu Rasul Allah Hari Ini vs Ahlul Quran"
Salamun alaikum pengurus laman dan para sahabat yang ana hormati,
Pada hari Sabtu bersamaan 2hb Oktober 2010 sekitar 1.30 pagi ketika ana bersama Team PSI yang dianggotai oleh Adeek, Mona, Tuty dan Lawrence sedang buat kajian paranormal di Penjara Pudu seperti yang diminta oleh History Channel disel 111 dan beberapa lokasi lain buktikan samada terdapat aktiviti paranormal yang dikatakan ‘keras’ oleh banduan dan para warden satu ketika dahulu (akan disiarkan pada bulan Disember 2010 nanti – kalau tak silap ana, hanya 10% saja bangunan penjara pudu yang dirobohkan beberapa bulan yang lalu) tetiba ana teringat akan artikel Tuan Syed Hasnan (kena hormat sikit kat dia…).
Beb, ana ada 5 soalan untuk anta jawab.
1. Adakah anta yakin dijamin masuk syurga? sebab ayat dibawah kata DIA beri kepada sesiapa dia hendaki. Kalau Bruce Lee, Elvis Presley, Michael Jackson mohon ampunan mungkin mereka juga masuk syurgakan? Kan.. .kan… kan…
Berlumba-lumbalah kepada ampunan daripada Pemelihara kamu, dan sebuah Taman (Jannah) yang luasnya luas langit dan bumi, disediakan untuk orang-orang yang percaya kepada Allah dan Rasul-Rasul-Nya. Itu pemberian Allah; Dia berikannya kepada sesiapa Dia hendaki; dan Allah mempunyai pemberian yang besar. (57:21)
2. Adakah anta rasa mulia sangat? Tolonglah beb, jangan cakap lebat sangat..Kentut ada bau perfumeka? Podah!
Wahai manusia, Kami cipta kamu lelaki dan perempuan, dan buat kamu berbangsa-bangsa, dan bersuku-suku, supaya kamu mengenali satu sama lain. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Menyedari. (49:13)
3. Abu Lahab tu atok kita dan isterinya juga nenek kita jugakkan? Agak-agaklah beb!
Binasalah tangan-tangan Abu Lahab, dan binasalah dia! Hartanya tidak berguna kepadanya, dan tidak juga apa yang dia usahakan, Dia akan dipanggang di api yang menyala-nyala, Dan isterinya, pembawa kayu api, Pada lehernya seutas tali rami palma. (111:1-5)
amalan taksub keterlaluan terhadap keturunan.
4. Atau adakah kerana anta yakin sangat dengan ayat ini. Beb, cub a baca betul-betul. Ayat ini bukan ditujukan pada kitalah beb. Sendiri baca sendiri fahamlah
Wahai isteri-isteri Nabi, kamu tidaklah seperti perempuan-perempuan lain. Jika kamu bertakwa, maka janganlah hina dalam ucapan kamu, supaya orang yang di dalam hatinya ada penyakit berkeinginan; tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. Hendaklah kamu tetap di dalam rumah-rumah kamu; dan jangan menunjuk-nunjukkan perhiasan kamu seperti dilakukan orang-orang jahiliah dahulu. Dan lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Wahai ahli Rumah, Allah hanya hendak hilangkan kotoran daripada kamu, dan untuk bersihkan kamu, sebersih-bersihnya. (33:33)
5. Ana mohon anta renung sekejap…berapa ramai syed atau syarifah dalam dunia ini yang sentiasa buat pelbagai kezaliman terhadap sesama keluarga dan sesama Islam. Adakah ini dinamakan mulia?
Sebelum ana menutup tirai ini, ana nak komen sikit perangai anta yang tidak ‘gentelmen’ sebab ana tak kenal siapa anta sebenarnya. Anta boleh tau latar belakang ana di http://uncleseekers.blogspot.com dan dibawah ini ana sertakan susur jalur ana. (bukan membangga diri tapi nak minta anta bukti pada ana pula kalau benar anta keturunan nabi yang anta selalu bangga-banggakan)
Uncleseekers aka Abdullah bin Hussien bin Alwee bin Abdullah bin Abu Bakar bin Abdullah bin Talib bin Hussien bin Umar bin Abdurrahman bin Aqil bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin Abdullah bin Abdurrahman Assaqaf bin Muhammad Maula Dawilah bin Ali bin Alawi bin Al-Faqih Al-Muqaddam Muhammad bin Ali bin Muhammad Shahib Mirbath bin Ali Khali' Qasam bin Alwi bin Muhammad bin Alwi bin Ubaidullah bin Ahmad Al-Muhajir bin Isa Arrumi bin Muhammad Annaqib bin Ali Al-Uraydhi bin Ja'far Assadiq bin Muhammad Al-Baqir bin Ali Zain Al-Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Thalib, (suami kepada Fatimah Azzahra) binti Rasullullah S.A.W.
Allah diSanjung!
Salamun
alaikum,
Terima kasih sahabat. Tahniah atas penghormatan yang diberi History Channel. Saudara seorang luar biasa kerana suka cari "hantu". Berhati-hatilah kerana kerja itu bersabit dengan syaitan, bukan kerana takut kepadanya tetapi kerana ia mungkin bijak dalam urusannya.
Balik kepada SH, yang tulisannya dapat dibaca di sini dan sini. Kami tidak tahu sama ada ayat-ayat al-Qur'an yang diperingatkan kepadanya akan menimbulkan sebarang kesan terhadap dirinya. Kami harap dia tidak jadi seperti yang disamakan Allah di dalam ayat berbunyi,
"...seperti persamaan seekor anjing: jika kamu menghalaunya, ia menjulurkan lidahnya, atau jika kamu membiarkannya, ia menjulurkan lidahnya juga. Itu persamaan kaum yang dustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah ceritanya supaya mereka fikirkan." (7:176)
Pun begitu, usaha untuk mengingatkan dia dan mereka yang sesifat dengannya tidak harus diberhentikan. Lagi banyak ayat Allah ditemukan kepada mereka maka lagi "sakitlah" mereka, yang mungkin berakhir dengan mereka tunduk patuh kepada-Nya, dengan izin Allah.
Allah disanjung!
7 Okt 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman