Rasuk & Penyembuhnya II

 

 

From: terfikirmungkin
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thu, August 19, 2010 3:17:21 PM
Subject: Merujuk kembali kiriman Hani Dew

 

 

Salamunalaikum

 

Segala puji bagi Allah, pengatur sekelian alam.

 


From: "Hani Dew"
To: <e_bacaan@yahoo.com>
Subject: Rasuk & Penyembuhnya
Date: Monday, June 11, 2007 4:00 PM

 


Kiriman di atas kembali dirujuk sambil mengaitkan dgn semakin galaknya TV3 mempromosikan bomoh2 penghalau syaitan dgn menggunakan ayat2 Allah.

 

Dewasa ini kita sering melihat di TV3 (x taulah saya kalau di TV lain pun ada memandangkan TV3 adalah program utama rumah kami) sama ada di wanita hari ini WHI, rancangan pagi, mahupun dalam al-Kulliyah, kehadiran bomoh2 penghalau syaitan dan saka. Makin menjadi2 sejak 3-4 bulan ini sehingga setiap minggu ada saja slot utk mereka.

 

Kegiatan ini, bagi saya adalah tidak sihat, memandangkan fokus umat Islam akan lebih jauh melongsor dr yg sepatutnya. Sehingga ada sesetengahnya mula menggunakan ayat2Nya sebagai dinding dr syaitan kononnya, tanpa mengetahui maknanya, malah merasakan ayat2 tersebut melebihi pula dari kekuasaan Allah.

 

Adakalanya, lakonan mereka seperti dibuat2. Kononnya mereka disampuk secara live depan kamera studio dan sang bomoh bertindak pantas utk mengubat.

 

Sy berharap tuan dapat menjelaskan isu ini agar pembaca dapat mengambil pelajaran.

 

Allah disanjung.

 

Salamunalaikum


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi. E-mel Hani Dew yang dimaksudkan dapat dibaca di sini.

Kami turut rasa kecewa dengan perkara ilmu hitam dan yang berkaitan dengannya diberi tumpuan di TV. Mungkin kerana penerbit-penerbitnya mendapati ramai orang di negara ini semakin giat dalam kepercayaan tersebut.

Program seumpama itu mampu menimbulkan ketakutan, lalu pelindung mula dicari. Lazimnya pelindung yang dicari adalah bukan Allah, tetapi manusia tertentu yang mahir dalam ilmu menjampi atau mentera. Mungkin ada juga yang jadikan benda-benda seperti batu, kayu, kertas yang bertulisan, dan sebagainya, sebagai pelindung. Perbuatan menjadikan mereka sebagai pelindung adalah serupa amalan sekutukan-Nya.

Walhal Allah telah turunkan ayat-ayat seperti berikut:
 

"Katakanlah, 'Aku berlindung pada Pemelihara manusia, Raja manusia, Tuhan manusia, Daripada kejahatan pembisik yang menyelinap, Yang membisikkan di dalam dada manusia, Daripada jin dan manusia.'" (114:1-6)

"Katakanlah, 'Aku berlindung pada Pemelihara yang membelahkan (pada waktu dinihari), Daripada kejahatan apa yang Dia cipta, Daripada kejahatan kegelapan apabila ia gelap, Daripada kejahatan orang (perempuan) yang meniup pada ikatan, Daripada kejahatan pendengki apabila dia dengki.'" (113:1-5)
 

Atau ayat khas memohon perlindungan daripada syaitan berbunyi,

 

"dan katakan, 'Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku.'" (23:97-98)

 

Ayat-ayat tersebut harus diyakini, dan disebut-sebut, dalam solat misalannya, untuk menjadi pelindung sebenar, bukan sekadar ditulis di kertas dengan tulisan cantik dan kemudian digantung di dinding.

 

Mungkin penerbit-penerbit berkenaan berniat baik, iaitu mendedahkan kepalsuan sesetengah pihak, tetapi bagi para penonton yang lemah, tayangan mereka akan menambahkan keyakinan dan berasa takut terhadap tahyul. Dua elemen ini akan menjadikan mereka mangsa kepada penyakit yang sukar diubati, kecuali dengan berjumpa pakar sakit jiwa, atau yang paling baik, yakin kepada Allah dan ayat-ayat-Nya menerusi pembacaan (dengan memahami) isi kandungan al-Qur'an.

 

Selamat meneruskan puasa.

Allah disanjung!



22 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman