Sedikit buat Ida Syuhada

 

From: terfikirmungkin
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Thu, August 19, 2010 1:23:35 AM
Subject: Sedikit buat Ida Syuhada


Salamun alaikum,

Terlebih dahulu, syukur dan segala puji bg Allah yg pemurah dan pengasih, pengatur sekelian alam.

Saya terpanggil utk berkongsi sedikit pendapat berkenaan permasalahan yg dibawa oleh cik Ida Syuhada. Saya suka utk mengajak saudari utk sama2 mengkaji sejarah kehidupan Muhammad Rasulallah sebelum kita pergi jauh.


1- Muhammad Rasulallah merupakan anak pada seorang berbangsa Quraisy bernama Abdullah bin Abdul Muthalib. Meskipun kita tau tentang ini, tp adakalanya kita terlupa siapa sbnrnya Abdul Mutalib. Abdul Muthallib adalah seorang pembesar berbangsa Quraisy yg sangat berpengaruh, terhormat dan kaya raya (bangsa Quraisy sememangnya terkenal dgn kekayaan mereka menurut sejarah).

Manakala Muhammad bin Abdullah pula adalah cucu kesayangan beliau. Walaupun baginda tidak dijagai oleh Aminah, ibunya sehingga berumur 5 tahun, namun adakah baginda diabaikan? Adakah sanggup seorang datuk yg jadi pemuka terkenal zaman itu mengabaikan cucu kesayanganya, sehingga tidak diberi pelajaran lansung sehingga baginda berumur 5 tahun? Baiklah kalau kita kata tidak.

Namun setelah kewafatan Aminah, ibunya, baginda telah dipelihara sendiri oleh datuknya (seorang pemuka terkenal bangsa Quraisy yg sgt hebat ketika itu). Adakah Abdul Muthalib terus mengabaikan cucu kesayangannya dgn tidak beri sebarang pelajaran padanya? Namun, usia Abdul Muthalib tidak panjang, setelah 2 tahun menjaga baginda, Abdul Muthalib wafat, dan Rasulallah di jaga pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

Siapakah Abu Talib ini? Abu Talib adalah seorang peniaga yg terkenal, juga seorang yg disegani. Adakah baginda tidak juga dapat pelajaran dan dilayan seperti anak tiri oleh Abu Talib? Tidak, Abu Talib menjaga baginda dgn penuh kasih sayang, justeru, Abu Talib pastilah tidak mengabaikan tanggungjawab dalam beri pelajaran yg terbaik buat baginda.


2- Semasa baginda berumur 12 tahun, bapa saudara baginda Abu Talib telah bersama membawa baginda berdagang ke negeri Syam. Adakah Baginda ke Syam dgn otak yg kosong, tanpa tahu ilmu kira2, tanpa tahu membaca? Tidak. Jika demikian, maka dia tidak diberikan kepercayaan oleh Abu Talib lansung, utk menjalankan perniagaan bersama. Namun, perniagaan ini tidak lama, kerana Abu Talib bimbang baginda akan didekati oleh pendita nasrani dan yahudi, maka baginda ditugaskan utk menjalankan perusahaan Abu Talib iatu ternakan kambing dan kibasy.

Sekiranya baginda buta huruf, tidak pandai mengira, adakah kita mengira bahawa Abu Talib percaya utk beri tanggungjawab ini pada baginda? Tanggungjawab ini bukan kecil, baginda perlu mengetahui dan mengatur logistik ternakan, perubatan, lokasi, pemakanan dan sebagainya. Ia umpama seperti tugas seorang pengurus besar pada waktu sekarang, tambahan lagi, sudah pasti perusahan ternakan Abu talib bukan kecil anak, sehingga boleh didagangkan ke Syam.


3- Pada umur lebih kurang 15 tahun (perkataan lebih kurang adalah seperti dlm buku sejarah), Baginda telah bergiat aktif dalam satu peperangan yang dinamakan Harbul Fijar. Tugas utama baginda bukan menghunus pedang, tetapi menyelaras logistik ketenteraan, memastikan keperluan peperangan sentiasa cukup dr segi makanan, minuman, tempat tinggal dan senjata.

Adakah ini tugas yg diberikan pada seorang yg buta huruf, tidak tau membaca, menulis dan mengira? Tugas baginda ini tidak lain seperti seorang jeneral logistik utk peperangan tersebut. Sudah tentu memerlukan catatan rekod yg lengkap, serta memerlukan perancangan logistik yg teratur. Adakah baginda buta huruf?


4- Menjelang baginda berumur 25 tahun, Baginda telah menikahi Siti Khadijah, seorang hartawan yg terkenal di kota Mekah. Baginda diberikan tanggungjawab utk menjalankan perniagaan isteri baginda dan mengatur segalanya dengan baik sekali. Adakah seorang yg buta huruf mampu menjalankan perniagaan yg besar dgn begitu baik sekali? Sudah tentu tidak. Baginda pastilah seorang yg terpelajar, tahu tentang ilmu business management, benar kan?


5- Pada usia baginda 35 tahun, berlaku perselisihan dikalangan pemuka2 Mekah tentang siapa yg layak letak batu hajarul Aswad ke tempat yg sepatutnya. Baginda kemukakan pendapat beliau dgn menggunakan sehelai kain yg setiap hujungnya dipegang oleh setiap pembesar di Mekah ketika itu.

Dengan kebijaksanaan baginda maka pertelingkahan ini selesai dan dianugerahkan gelaran al-Amin. Gelaran ini adalah sama seperti anugerah pangkat tan sri, atau paling tidak pangkat dato' di zaman kita ini. Persoalannya, adakah seorang yg buta huruf layak menerima pangkat dan darjat seperti itu?


Rasanya cukuplah sedikit bukti sejarah yg tidak disokong ayat2 Allah utk membuka sedikit minda saudari tentang permasalahan ini kerana, kita sama2 telah melihat keterangan ayat2 Allah yg disampaikan oleh saudara Pengurus Laman yang cukup tepat dan jelas. Namun, penerimaan terhadap fakta ini tidaklah merupakan satu paksaan pada saudari kerana sebagai org yg masih belajar, saya pastilah tidak sempurna sesuai dengan firmanNya:

2:256. Tidak ada paksaan dalam agama. Yang benar telah jelas daripada yang salah. Maka sesiapa yang tidak percaya kepada Thagut, dan percayai Allah, dia berpegang pada pemegang yang paling kukuh, yang tidak akan putus; Allah Mendengar, Mengetahui.

 

Terima Kasih.

Salamun Alaikum..
 

Salamun alaikum,

Catatan sejarah yang diketahui umum, dan akal yang diberi Allah, telah diguna untuk buktikan Nabi Muhammad pandai membaca dan menulis. Demikianlah kandungan kiriman di atas yang kami terima dengan ucap terima kasih.

Kalau tidak silap (kerana pembacaan dilakukan kira-kira 30 tahun lalu) seorang penulis riwayat hidup Nabi Muhammad yang terkenal, mungkin Heikal namanya, telah menyatakan bahawa baginda semasa kanak-kanak telah dihantar oleh Abdul Muthalib, demi mendapatkan pendidikan baginya, kepada satu keluarga atau kaum yang mempunyai penguasaan bahasa Arab paling baik, atau standard, pada masa itu.

Sekiranya ingatan kami tepat, maka di situ terletak satu lagi bukti daripada catatan sejarah manusia untuk menafikan dakwaan Ida Syuhada yang menuruti ajaran sesetengah pihak. Bukan setakat itu sahaja, malah dengannya dapat difahamkan selanjutnya bahawa baginda adalah seorang yang pandai membaca dan menulis dalam bahasa atau loghat Arab yang paling baik - padan dengan bahasa Arab al-Qur'an yang diturunkan kepadanya untuk dibaca dan dipanjangkan kepada manusia lain!

Apapun, bukti daripada manusia itu boleh ditolak, dan menerima ajaran manusia lain yang tegas menyatakan baginda seorang buta huruf, tanpa sebarang bukti atau petunjuk daripada Allah.

Allah disanjung!

20 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman