Buta huruf dijadikan bukti

 

From: Ida Syuhada
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Tue, July 13, 2010 11:41:08 AM
Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis


Salam tuan,

saya tdk sangkal ataupun mendukung pendapat tuan mengenai artikel Nabi pandai membaca, menulis, tapi yg ingin saya tanya adalah bagaimana tuan menyikapi dan menjawab tuduhan para musuh islam yg menuduh Nabi Muhammad meniru dan menulis sendiri kitab suci al quran (jika kita kaitkan dgn pendapat dlm artilel ini), maaf saya yang daif, mohon tunjuk ajar dari tuan.


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana meluangkan masa untuk menulis kepada kami. Kandungan emel agak mengelirukan, seperti kenyataan "saya tdk sangkal ataupun mendukung" yang pada hemat kami, bermaksud ragu-ragu, terhadap ayat-ayat Allah yang menjelaskan bahawa Nabi pandai membaca dan menulis.

Atas keraguan itu terbit pertanyaan, bagaimana pula kami menjawab tuduhan musuh bahawa Nabi Muhammad telah meniru dan menulis sendiri Kitab al-Qur'an?

Sebenarnya kami tidak tahu apa yang dihendakinya sebab kami sangka ayat-ayat Allah yang diketengahkan di dalam artikel tersebut sudah pun beri jawapan. Lalu kami menjawab kepadanya dengan ringkas berbunyi, "Tuhan sendiri telah menjawabnya di dalam al-Qur'an!"

Jawapan diberi dengan harapan IS akan menyelak halaman-halaman "kitab suci" untuk mencari dan membaca sendiri ayat-ayat berkaitan, atau sekurang-kurangnya mengintai konteks ayat yang dibayangkannya, macam di bawah:
 

25:4. Orang-orang tidak percaya berkata, "Ini tidak lain kecuali fitnah yang dia ada-adakan, dan kaum yang lain membantunya." Maka mereka mendatangkan kezaliman dan dusta.

 

25:5. Mereka berkata, "Dongeng orang-orang dahulu kala, yang dia tulis, yang diimlakkan kepadanya pada waktu awal pagi dan petang."

 

25:6. Katakanlah, "Yang turunkannya, yang tahu rahsia di langit dan bumi; sesungguhnya Dialah Pengampun, Pengasih."

 

Daripada ayat-ayat di atas, dapat ditanya soalan, misalan, adakah sebarang kitab pada masa itu yang menjelaskan tentang langit dan bumi serupa dijelaskan Allah di dalam al-Qur'an? Jika tidak ada (dan tentu tidak ada) maka tuduhan tersebut berniat umpama disuratkan ayat berbunyi,

 

"Orang-orang tidak percaya berkata, 'Jangan dengarkan al-Qur'an ini, dan cakaplah yang sia-sia mengenainya supaya kamu dapat kalahkan.'" (41:26)

 

Apa yang diharapkan tidak berlaku. Sebaliknya IS membalas dengan menampilkan sebuah cerita pula, yang tertera di bawah:
 

From: Ida Syuhada
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Sent: Tue, July 13, 2010 3:23:04 PM
Subject: Re: Nabi pandai membaca, menulis


Salam kembali,

Allah swt menjawab melalui ayat2 yang tuan paparkan?. Kita juga tahu akan cerita bahawa mereka orang2 kafir telah menuduh Nabi Muhamad saw hanya mereka-reka akan ayat alquran yang diturunkan kepadanya. Tetapi Allah swt berjaya sangkal tuduhan mereka kerana Nabi Muhammad saw sememangnya tidak pandai membaca dan menulis. Maaf saya yang daif.


Jawapan IS buat kami akhirnya sedari bahawa yang ingin dilemparnya dari mula ialah CERITA manusia mengenai Nabi Muhammad buta huruf. Dengan itu beliau turut percaya, Nabi yang disangka buta huruf jadi bukti kukuh dalam isu sama ada al-Qur'an itu datang daripada Allah. Buta huruf dijadikan bukti untuk mencelikkan minda!

Sayugia diingatkan Allah tidak mengatakan Nabi buta huruf, dan Dia tidak sangkal tuduhan sedia maklum dengan mengatakan Nabi buta huruf. Yang berkata demikian hanya manusia, yang tidak tinggal bersama baginda.

Tidakkah manusia itu (yang berkata Nabi buta huruf) sedari iaitu orang-orang di sekeliling Muhammad yang celik huruf serta membaca ayat-ayat Allah yang diberi kepada mereka, tidak akan menerimanya sebagai Nabi atau Rasul kerana tercatat beberapa kali di dalam al-Qur'an bahawa orang yang diutus Allah kepada mereka pandai membaca. Buktinya di bawah:
 

"Katakanlah, 'Marilah, aku akan bacakan apa yang Pemelihara kamu haramkan kamu: bahawa kamu tidak sekutukan sesuatu dengan-Nya, dan buat baik kepada ibu bapa, dan tidak membunuh anak-anak kamu kerana kemiskinan; Kami beri rezeki kepada kamu, dan kepada mereka; dan bahawa kamu tidak dekati sebarang kesumbangan, yang nampak atau yang tersembunyi, dan bahawa kamu tidak membunuh jiwa yang Allah haramkan, kecuali dengan patut. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu faham.'" (6:151)

"Katakanlah, 'Sekiranya Allah hendak, tentu aku tidak bacakannya kepada kamu, dan tidak juga Dia beritahunya kepada kamu; aku telah tinggal bersama kamu sepanjang masa sebelumnya - tidakkah kamu faham?'" (10:16)

"Demikianlah Kami utus kamu kepada satu umat yang sebelumnya beberapa umat telah berlalu untuk bacakan mereka apa yang Kami wahyukan kamu;" (13:30)

"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak," (17:106)


Justeru, manusia yang berkata dan percaya Nabi buta huruf adalah bukan pengikut-pengikut baginda yang sebenar. Dengan itu juga, maka palsulah dakwaan bahawa Allah jadikan Nabi buta huruf untuk buktikan al-Qur'an datang daripada-Nya.

Bukti selanjutnya atas kedatangan al-Qur'an daripada Allah, bukan tangan Muhammad, dapat dilihat pada ayat-ayat berikut:
 

"Dan jika kamu dalam keraguan mengenai apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, maka datangkanlah sebuah surah yang serupa dengan ia, dan serulah (panggil) saksi-saksi kamu, selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar." (2:23)
(orang-orang yang menuduh tidak akan mampu menulis sebuah surah seperti Allah)

"Al-Qur'an ini tidak mungkin diada-adakan oleh selain daripada Allah, tetapi ia adalah satu pengesahan bagi apa yang sebelumnya, dan satu penjelasan Kitab, yang di dalamnya tiada keraguan, daripada Pemelihara semua alam." (10:37)
(ayat ini boleh dikaitkan dengan yang menyusul)

"Tidak sebelum ini kamu baca sebarang Kitab, atau menulisnya dengan tangan kanan kamu; jika demikian, tentulah orang-orang yang ikut yang palsu menjadi ragu-ragu." (29:48)

"Atau mereka berkata, 'Dia mengada-adakannya.' Katakanlah, 'Datangkanlah sebuah surah yang serupa dengannya, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar.'" (10:38)

 

"Atau mereka berkata, 'Dia mengada-adakannya'? Katakanlah, 'Datangkanlah sepuluh surah yang serupa dengannya, yang diada-adakan itu, dan serulah (panggil) sesiapa yang kamu boleh, selain daripada Allah, jika kamu berkata benar.'" (11:13)
(kali ini disuruh tulis sepuluh surah pulak, jika boleh!)

 

Tidak ketinggalan ialah Kod 19 yang dipercayai sesetengah pihak, turut jadi bukti bahawa al-Qur'an itu datang daripada Allah. Dan penemuan-penemuan pada zaman moden yang telah disuratkan di dalam al-Qur'an lebih 1000 tahun lalu. Tentu ada lagi bukti-bukti lain.

 

Bukti yang ingin ditunjukkan harus berasas, bukan sekadar sebuah cerita yang direka lalu jadi dongeng.

 


Allah disanjung!

 

22 Julai 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman