Alat Sebatan

 

From: atirah_n
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Wed, August 18, 2010 8:38:10 PM
Subject: alat sebatan tuk penzina


salamun alaikum tuan pengurus laman..

semoga tuan berada dalam keadaan sehat sentiasa. saya ingin bertanyakan pendapat tuan tentang cara sebat dan alat yang sesuai digunakan untuk tujuan itu dan cara menjalankannya. atau adakah ianya bergantung kepada kerajaan untuk menentukan. baru2 ini saya ada terlihat satu video sebat yang dijalankan di iran dikhalayak ramai tetapi tidak pasti atas kesalahan apa. pesalah diikat dan disebat sehingga terkoyak kulitnya. itu yang menyebabkan saya  terlintas untuk bertanyakan tentang hal ini. harap dapat maklum balas daripada tuan. terima kasih..

Segala puji bagi Tuhan Pemelihara Alam


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Pertanyaan yang dikemukakan adalah baik, tapi malangnya kami tidak tahu dengan tepat cara sebat dan alat yang sesuai untuk melaksanakan hukuman sebat.

Kerana tidak ditetapkan, maka pada hemat kami, cara dan alat itu terpulang kepada orang-orang yang tahu tentang sebat, seperti terdapat di negara kita. Dan mereka tentu sekali telah berunding dengan para doktor tentang pelaksanaan hukuman itu, misalan had maksima kesakitan yang mampu ditanggung seseorang supaya tidak datangkan maut, atau datangkan mudarat pada fizikalnya sehingga anggota badan tidak dapat berfungsi untuk meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Hukuman ke atas penzina dilaksana tanpa kelembutan - "janganlah kelembutan terhadap mereka mengambil kamu, jika kamu percayai Allah dan Hari Akhir (24:2)" - tetapi hukum Allah bersifat kemanusiaan, di mana didapati dalam hukum bunuh, nyawa pesalah dipertimbangkan supaya dia dapat meneruskan kehidupan, seperti menyara hidup keluarganya. Firman Allah,

"Dalam pembalasan (qisas) ada kehidupan untuk kamu, wahai orang-orang empunya minda, supaya kamu bertakwa." (2:179)

Lazimnya manusia menyebat dengan rotan, di bahagian belakang badan atau di punggung. Pukulan daripada rotan mampu menerbitkan darah pada tempat yang dipukul, atau mengoyakkan kulit. Jika itu dianggap agak keterlaluan, mengapa tidak "disebat" dengan karan (elektrik) sahaja yang tidak menerbitkan darah tetapi datangkan darjat kesakitan yang sama. Pun begitu, cara ini bukan satu cadangan daripada kami, tetapi cuma apa yang terlintas di kepala sahaja, selepas menonton beberapa filem spy, heh heh heh!

(Sedikit lagi penjelasan mengenai perkara berbangkit dapat dibaca di halaman Sebat di depan khalayak ramai.)

Terima kasih. Selamat meneruskan puasa!

Allah disanjung!


19 Ogos 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman