Akal Mencabar Anutan Sangkaan

 


From: lanlen09
To: Pengurus Laman <ebacaan@yahoo.com>
Cc: alraj
Sent: Wed, July 21, 2010 10:18:32 PM
Subject: Akal Mencabar Anutan Sangkaan

 

Salamun alaikum

 

Semoga tuan dan keluarga serta sahabat sealiran dalam Rahmat Allah. Terpanggilnya saya untuk menulis kerana lillahi robbil’alamin dan ada orang yang tidak senang dengan artikel yang saya kongsikan dengan laman web ini.

 

Kedangkalan manusia berfikir jelas letak dirinya sentiasa berada dalam keraguan dan ketidakyakinan dengan persangkaan mereka sendiri. Anutan-anutan pada setiap persangkaan begini menutup kewarasan manusia berfikir. Terutama jika manusia itu mahu mencari kebenaran dalam beragama.

 

10:36. Dan kebanyakan mereka hanya ikut sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap yang benar. Sesungguhnya Allah tahu apa mereka buat.

 

53:28. Mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya; mereka ikut hanya sangkaan, dan sangkaan tidaklah berguna sedikit pun terhadap kebenaran.

 

Kerana itu seseorang perlu perlu berani mencabar kebiasaan amalan dan pemikiran kebanyakan orang untuk mencari kebenaran.

 

6:116. Jika kamu taati kebanyakan orang di bumi, mereka akan sesatkan kamu daripada jalan Allah; mereka ikut hanya sangkaan, semata-mata dugaan.

 

Hanya Ar-Rahman yang tahu siapa yang sesat dan siapa yang dapat petunjuk, bukannya kebanyakan orang di luar sana menentukannya.

 

6:117. Sesungguhnya Pemelihara kamu, Dia sangat-sangat tahu siapa yang sesat daripada jalan-Nya; Dia sangat-sangat tahu orang yang dapat petunjuk yang benar.

 

Kebenaran dalam beragama hanya datang dari Ar-Rahman dengan sumber-Nya yang hak, tiada lain yang hak, melainkan yang hak dari-Nya.

 

Kita yang bersangka menurut agama-Nya tidak berani mencari kebenaran di luar dari KOTAK ANUTAN SANGKAAN kita yang selama ini dimomok-momok dengan pelbagai ajaran-ajaran habr. 9:31. Mereka ambil habr (ulama agama) mereka, dan rahib-rahib mereka, sebagai pemelihara-pemelihara selain daripada Allah,....

 

Amalan beragama kita hanyalah menduga-duga dari sumber-sumber yang tiada kesahihan jaminan dan pemeliharaannya. Kerana tiada jaminan dan pemeliharaannya, maka kita tidak sudah-sudah mabuk dengan amalan dan sangkaan kita. (Sila rujuk artikel Kemabukan dalam Ibadah)

 

Kita yang menduga-duga ini pula menunding jari pada orang lain yang kuat kepercayaannya sebagai mabuk dan sesat! Siapa yang mabuk dan sesat sebenarnya? Orang yang menurut sumber Ar-Rahman atau orang yang menurut dan bertekun dengan sumber bukan dari Ar-Rahman?

 

Apatah lagi amalan-amalan ibadah Agama Sangkaan ini banyak diceduk dari ajaran Injil. Tidakkah terfikir pendokong-pendokong Agama Sangkaan ini, pengaruh Injil telah dan sedang menyusup dalam Agama mereka?

 

Bila diteliti secara mudahnya (tak perlu masuk Universiti nak kaji) perkembangan Hadis dan Injil ini, ada kebenarannya pengaruh Kristian telah menyusup masuk dalam Agama Sangkaan ini, kerana Kitab Injil mendahului kewujudannya dari Kitab-kitab Hadis.

 

Dan kemungkinan paderi-paderi Kristian yang memeluk Islam pada masa itu bertujuan menyelewengkan Agama Sebenar dengan menyelit beberapa amalan Kristian di dalamnya, maka terbitlah hadis-hadis yang dicanangkan dari mulut Rasulullah dengan menggunakan nama-nama besar seperti Bukhari, Muslim dan entah siapa-siapa lagi. Sebenaranya inilah kehendak Yahudi dan Kristian yang diceritakan Ar-Rahman.

 

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

 

Sebenarnya pendokong-pendokong Agama Sangkaan inilah pengamal, penyebar, pelindung dan pendakyah agama Kristian kerana mereka bertekun padanya dan amat marah jika ada orang yang mencabar ketekunan mereka.

 

Jadi untuk kita tidak terus-terusan kemabukan dalam sangkaan, marilah kita mencabar pemikiran kita dan mulalah berfikir di luar dari KOTAK ANUTAN SANGKAAN kita untuk mencari kebenaran kerana kebenaran itu tidak terdapat dalam KOTAK tersebut, tetapi ia berada di luar sana dengan sumber yang hak dari-Nya.

 

Kita cabar sangkaan ajaran-ajaran anutan nenek moyang kita yang mengatakan “Kita tidak boleh hanya menggunakan akal logik dalam urusan Agama”.

 

Ar-Rahman kurniakan kita anugerah akal adalah untuk urusan agama-Nya dan melarang kita menurut sesuatu tanpa pengetahuan tentangnya.

 

17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

 

Maaf sekiranya tulisan ini agak emotional....sekadar ingin membuka minda bagi sesiapa yang sudi mencabar pemikirannya untuk mencari kebenaran demi lillahi robbil’alamin.

 

Allah disanjung!
 

Salamun alaikum,

Diharap apa yang dilontar itu dapat menembusi kotak-kotak yang tidak diisi cahaya Allah, iaitu satu penurunan daripada-Nya lebih 1400 tahun lalu. Terima kasih.

Allah disanjung!


23 Julai 2010


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman