Kesaksian

 

From: lanlen09
To: ebacaan@yahoo.com
Cc: alraj
Sent: Mon, June 14, 2010 3:03:12 PM
Subject: Kesaksian


Salamun alaikum.

Terima kasih atas respon ungkapan yang sangat menjelaskan.
Atas kesempatan yang terluang, dengan izin  Allah, saya ingin berkongsi sedikit dapatan dari pembacaan dan pemerhatian ayat-ayat Allah tentang Kesaksian.


Sejarah Penipuan Syaitan Sejak Adam Lagi :

Iblis/Syaitan membisikkan ucapan-ucapan yang indah dan menyakinkan untuk menipu dan memperdaya Adam dan isterinya. Iblis/Syaitan tidak menganjurkan Adam dan isterinya menentang Allah secara terang-terangan tetapi menggunakan kehalusan bicara dan psikologi untuk mengingkari perintah Allah. Adam dan Isterinya berada dalam dominasi Iblis/Syaitan tanpa disedar. Mereka berada di bawah kesedaran pemikiran dan kewarasan lantas menurut telunjuk Iblis/Syaitan. Dengan keadaan lainnya, Adam terkena sumpahan pukau Syaitan.

Walaupun Allah beri amaran tentang musuh Adam dan Isterinya, namun mereka termakan juga dengan sumpahan pukau Syaitan. Maka bermulalah permusuhan Iblis/Syaitan dengan  manusia dengan kecilikan sumpahan pukau Syaitan.

“Kemudian Kami berkata, "Wahai Adam, sesungguhnya ini musuh bagi kamu, dan isteri kamu. Maka janganlah ia keluarkan kamu berdua dari Taman supaya kamu jadi sengsara. Sesungguhnya bagi kamu, tidaklah kamu kelaparan di dalamnya, dan tidak juga kamu bertelanjang, Dan tidak juga kamu berasa dahaga di dalamnya, dan tidak juga kepanasan. Kemudian syaitan bisik kepadanya, dengan berkata, "Wahai Adam, bolehkah aku tunjukkan kepada kamu Pokok Yang Kekal, dan sebuah kerajaan yang tidak binasa?" Maka kedua mereka memakan daripadanya, dan bahagian-bahagian aib mereka jadi nyata bagi mereka, dan mereka mulai menjahit pada mereka daun-daun Taman. Dan Adam mengingkari Pemeliharanya, lalu bersalahlah dia.” (20:117-121)


Sebab Adam Dan Isteri Terpedaya, Tertipu Malah Terpukau Oleh Iblis/Syaitan :

“Dan Kami telah buat Perjanjian Dengan Adam sebelumnya, Tetapi Dia Lupa, dan Kami dapati padanya Tiada Tekad Yang Kuat.” (20:115)

1.    Lupa pada Perjanjian @ Perintah.
2.    Tiada Tekad @ Azam yang kuat.

Maka begitulah manusia pada hari ini, mengalami nasib yang sama seperti Adam dan Isteri, jika manusia lupa pada AQ yang mengandungi Perjanjian @ Perintah-Nya, dan tidak miliki Tekad yang kuat untuk melawan bisikan-bisikan (pukauan) Syaitan. Manusia diperdaya dengan sumpahan pukau Syaitan yang mengabui pertimbangan kewarasan untuk membelakangi AQ.


Kesaksian Jiwa Bani Adam :

“Dan apabila Pemelihara kamu mengambil daripada Bani Adam, daripada punggung mereka, keturunan mereka, dan jadikan mereka saksi-saksi ke atas jiwa mereka, "Bukankah Aku ini Pemelihara kamu?" Mereka berkata, "Ia, kami saksikan"; supaya kamu tidak kata pada Hari Kiamat, "Bagi kami, kami lalai mengenai yang ini. Atau, supaya kamu tidak kata, "Bapa-bapa kami adalah orang-orang yang sekutukan dari dahulu, dan kami keturunan sesudah mereka. Apa, adakah Engkau akan musnahkan kami kerana perbuatan orang-orang yang ikut yang palsu? Begitulah Kami jelaskan ayat-ayat; dan supaya mereka kembali.” (7:172-174)

Pelajaran ayat : Adanya Kesaksian Jiwa

1.    Agar Manusia sentiasa ingat dan tidak lalai tentang KeEsaan Allah (tidak lupa dan lalai tentang KeEsaan Allah sepeti Adam).
2.    Agar Manusia tidak menurut nenek moyang mereka yang sekutukan Allah (miliki tekad yang kuat, tidak seperti Adam).
3.    Agar Manusia kembali @ bertaubat kepada Allah (bertaubat seperti Adam – 20:122).

Demikianlah Allah ambil Kesaksian ke atas jiwa Bani Adam agar manusia tidak jadi lupa pada Perjanjian @ perintah-Nya dan miliki Tekad yang kuat untuk menentang bisikan-bisikan (Sumpahan Pukau Syaitan) serta kembali bertaubat kepada Allah.


Memperbahurui Kesaksian (6:19) :

Katakanlah, "Perkara apakah paling besar dalam kesaksian?" Katakanlah, "Allah adalah saksi antara aku dan kamu, dan al-Qur'an ini diwahyukan kepadaku supaya aku beri amaran kepada kamu dengannya, dan sesiapa ia sampai. Adakah kamu benar-benar saksikan bahawa ada tuhan-tuhan lain selain Allah?" Katakanlah, "Aku tidak saksikan." Katakanlah, "Dia hanyalah Tuhan Yang Satu, dan aku berlepas diri daripada apa kamu sekutukan."

Pelajaran ayat :

1.    Ada Kesaksian Besar antara manusia dan Allah.
2.    Kesaksian Besar ini tentang mengEsakan Allah dan Tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun.
3.    Kesaksian Besar ini perlu disampaikan kepada yang ingin mendengar dan sesiapa yang faham (sampai) mengenainya.
4.    Kesaksian Besar ini perlu dinyatakan (saksikan) dengan adanya persaksian antara manusia (Allah adalah saksi antara aku dan kamu)


Demikianlah pemerhatian dan kefahaman dengan izin Allah jua, mengenai Kesaksian Jiwa dan Pembaharuannya dalam konteks Kesaksian Besar. 

Allah disanjung!
 

Salamun alaikum,

Terima kasih atas kiriman buah fikiran yang diyakini jadi peringatan bagi para pembaca.

Alhamdulillah!
 

15 Jun 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman