Sadaqollahul'azim, Lillahi Ta'ala dan Allah Ta'ala
 

 

 

From: lanlen09
To: ebacaan@yahoo.com
Cc: alraj
Sent: Sun, June 13, 2010 11:36:31 AM
Subject: Ungkapan Manusia Vs Ungkapan AQ


Salamun alaikum.

 

Semoga Tuan sekeluarga dan rakan2 dalam Pemeliharaan dan Rahmat Allah.

 

Tujuan saya menulis sekadar ingin bertanya berkenaan ungkapan-ungkapan yang biasa didengari di kalangan masyarakat Melayu kita. Sebagai contoh "Aku buat ni Lillahi Ta'ala".... Bagi saya bagus tujuannya buat sesuatu kerana Allah Ta'ala. Cuma saya tidak jumpa ungkapan tersebut di dalam Al Qur'an, mungkin ada, tetapi saya terlepas pandang.... Yang ada dan selalu diucapkan dalam solat, "Lillahi Robbil'alamin" seperti dalam ayat 6:162.

 

Begitu juga setiap kali kita habis membaca Al Qur'an, kita akan akhiri dengan ungkapan "Sadaqollahul'azim". Saya tidak ketemu ungkapan sedemikian di dalam Al Qur'an, mungkin sekali lagi saya terlepas pandang, kecuali ungkapan "Sadaqollahu" (Allah berkata benar) dalam ayat 3:95.

 

"Anyasya'allah" mungkin Tuan dapat menghurai dan menjelaskan perkara ini. Terima kasih.

Allah disanjung! 

 

Salamun alaikum,

Terima kasih kepada sahabat di atas kerana datangkan dua perkara untuk dinilai semula. Sesungguhnya ungkapan-ungkapan Lillahi Ta'ala dan Sadaqollahul'azim walaupun lazim disebut, dan sudah dipakai kian lama dalam masyarakat kita, mereka harus direnungkan lagi.

Seperti dikatakan sahabat, Sadaqollahul'azim adalah bukan sebutan terdapat di dalam al-Qur'an. Di dalamnya hanya menyebut Sadaqollahu. Justeru, kalimat 'azim adalah tambahan dibuat oleh pihak tertentu. Perlukah tulisan atau ajaran Allah ditambah lagi?

Beralih kepada ungkapan Lillahi Ta'ala pula. Pertama, diperhatikan kalimat lillaahi (bermaksud untuk Allah atau kerana Allah) yang terdapat di dalam al-Qur'an. Daripada ayat-ayatnya dapat difahamkan bahawa kalimat tersebut tidak dituruti kalimat ta'ala, tetapi hanya lillaahi. Ayat-ayat yang dimaksudkan, selain daripada diperingatkan tadi, berbunyi,
 

2:193. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama adalah untuk Allah (lillaahi); kemudian jika mereka berhenti, maka tidak ada permusuhan kecuali kepada orang-orang zalim.

 

3:52. Dan apabila Isa sedari ketidakpercayaan mereka, dia berkata, "Siapakah yang akan jadi penolong-penolongku untuk Allah (lillaahi)?" Berkatalah pengikut-pengikutnya yang setia, "Kami akan jadi penolong-penolong Allah; kami percaya kepada Allah, dan saksilah kamu akan kemusliman kami.

 

4:135. Wahai orang-orang yang percaya, jadilah kamu orang-orang yang tegakkan keadilan, saksi-saksi untuk Allah (lillaahi), walaupun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa kamu, dan sanak saudara, sama ada orang itu kaya atau miskin; Allah paling dekat dengan keduanya. Kemudian jangan ikut keinginan kamu supaya kamu tidak buat adil; kerana jika kamu putarbelitkan, atau kamu palingkan, maka sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat.

 

4:146. Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan membetulkan, dan berpegang teguh kepada Allah, dan menuluskan agama untuk Allah (lillaahi). Mereka itu adalah berserta orang-orang mukmin, dan Allah pasti akan beri orang-orang mukmin upah yang besar.

 

6:136. Mereka tentukan bagi Allah sebahagian daripada tanaman dan binatang ternak yang Dia cipta, dengan berkata, "Ini untuk Allah (lillaahi)" - demikian mereka dakwa - "dan ini untuk sekutu-sekutu kami." Maka apa yang untuk sekutu-sekutu mereka tidak sampai kepada Allah, dan apa yang untuk Allah sampai kepada sekutu-sekutu mereka. Adalah jahat apa yang mereka putuskan!

 

8:39. Perangilah mereka sehingga tidak ada lagi penganiayaan, dan agama semuanya untuk Allah (lillaahi); kemudian jika mereka berhenti, maka sesungguhnya Allah lihat apa mereka buat.

 

Hanya disebut lillahi bukan lillahi ta'ala - pendek, Quranik, dan paling betul.

 

Kedua, melihat kepada kalimat ta'ala pula. Ia adalah juga kalimat daripada Allah yang diajar di dalam al-Qur'an. Sehubungan itu, terdapat satu lagi ungkapan yang lazim disebut seolah suci, iaitu Allah Ta'ala. Malangnya juga, seperti lillahi ta'ala, ia tidak diajar Allah untuk dipakai. Yang ada di dalam al-Qur'an berbunyi Ta'aala -llaahu. Ayat-ayat mengandungi frasa tersebut adalah:

 

7:190. Tetapi apabila Dia beri mereka anak yang salih, mereka adakan bagi-Nya sekutu-sekutu, pada apa yang Dia telah beri mereka. Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan!

 

20:114. Maka, tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja yang benar! Dan janganlah bercepat-cepat dengan al-Qur'an, sebelum wahyunya disempurnakan kepada kamu, dan katakan, "Wahai Pemeliharaku, tambahkanlah aku dalam pengetahuan."

 

23:116. Maka tingginya Allah (ta'aala -llaahu), Raja, Yang Benar! Tidak ada tuhan melainkan Dia, Pemelihara Arasy yang mulia.

 

27:63. Atau, siapakah yang beri petunjuk kepada kamu dalam kegelapan darat dan laut, dan utus angin, membawa berita gembira di hadapan pengasihan-Nya? Adakah tuhan selain Allah? Tingginya Allah (ta'aala -llaahu) daripada apa yang mereka sekutukan.

 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kalimat Ta'ala di dalam al-Qur'an. Terima kasih.

 

Seterusnya, andaikata seseorang ingin menyatakant bahawa Allah itu (Maha) Tinggi maka sebutannya bukan Allah Ta'ala, tapii Allah 'Aliyyi. Ayat yang mengajarnya berbunyi,

 

40:12. Itu adalah kerana, apabila diseru kepada Allah satu-satunya, kamu tidak percaya; tetapi jika yang lain disekutukan dengan-Nya, maka kamu percayai. Putusan adalah bagi Allah Yang Tinggi (laahi -l'aliyyi), Yang Besar.

 

Justeru, ungkapan Sadaqollahul'azim, Lillahi Ta'ala dan Allah Ta'ala adalah tidak "sesuci" seperti difikirkan kerana bukan ajaran Allah.

 

Maaf jika tersinggung.

 

Allah disanjung!

 

14 Jun 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman