Insya Allah dan Inyasyaa Allaah

 

 

From: ayyohpeen
Date: 2010/6/10
Subject: Ungkapan InsyaAllah bukan dari Al-Quran?
To:
ebacaan114@gmail.com
 

Salamun Alaikum,


Saya terpanggil untuk bentangkan ayat 18:69:

Qala satajidunee in shaa Allahusabiran wala aAAsee laka amran

18:69. Berkata, "Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, sabar; dan aku tidak akan tentang kamu dalam urusan."


Dan juga ayat 18:24:

Illa an yashaa Allahuwaothkur rabbaka itha naseeta waqul AAasaan yahdiyani rabbee li-aqraba min hatha rashadan

18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah hendak"; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakan, "Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini."


AnyasyaAllah dan InsyaAllah terdapat dalam AlQuran.  Apakah fungsi Insya dan Anyasa itu jika ada untuk di bincangkan?


Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih kepada sahabat ayyohpeen yang mendatangkan ayat mengenai Insya Allah.

Pun begitu, ungkapan tersebut tidak diguna dalam janji untuk melakukan sesuatu pada masa akan datang, seperti hari keesokan janji dibuat. Sila lihat Insya Allah adalah bukan ajaran Allah, dan di situ tidak disebut bahawa frasa tersebut tidak terdapat di dalam al-Qur'an.

Selain daripada ayat disebut di atas, ayat-ayat berikut juga mengandungi ungkapan Insya Allah:
 

2:70. Mereka berkata, "Serulah kepada Pemelihara kamu untuk kami, supaya Dia jelaskan kepada kami yang manakah ia; lembu serupa sahaja bagi kami, dan jika Allah hendaki, tentu kami akan dapat petunjuk."

 

6:111. Walaupun Kami turunkan malaikat-malaikat kepada mereka, dan orang-orang yang mati berkata-kata dengan mereka, sekiranya Kami kumpulkan kepada mereka segala sesuatu berhadapan muka, bukanlah mereka yang akan percayai, kecuali jika Allah hendaki; tetapi kebanyakan mereka bodoh.

 

12:99. Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia ambil kedua ibu bapanya kepadanya, dengan berkata, "Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah hendaki, dalam keadaan aman."

 

28:27. Berkata, "Aku hendak kahwinkan kamu dengan seorang daripada dua anak perempuanku ini, dengan kamu mengambil upah daripada aku selama lapan tahun. Jika kamu sempurnakan sepuluh, itu adalah daripada kamu; aku tidak hendak beratkan kamu. Kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang salih."

 

37:102. Dan apabila dia telah sampai umur untuk berusaha bersama dia, dia berkata, "Wahai anakku, aku lihat dalam tidurku bahawa aku mengorbankan kamu; renungkanlah; apakah pandangan kamu?" Berkata, "Wahai ayahku, buatlah apa yang kamu diperintah; kamu akan dapati aku, jika Allah hendaki, termasuk orang-orang yang sabar."

 

48:27. Sesungguhnya Allah jadikan benar visi Rasul-Nya, dengan benar: "Kamu akan masukMasjidil Haram, jika Allah hendaki, dengan aman, kepala kamu tercukur, rambut kamu dipotong pendek, tanpa rasa takut." Dia tahu apa yang kamu tidak tahu, dan buatkan sebelum itu, satu kemenangan yang dekat.


Begitu juga didapati bagi ungkapan
Inyasyaa Allaahu atau Inyasyaa Allaah. Selain ayat 18:24, terdapat beberapa lagi ayat yang mengandungi ungkapan tersebut. Antaranya ada yang disebut In dan ada juga An pada permulaannya. Dan ada juga disebut selain daripada yang dua itu, lalu perkataan jika tidak dikasarkan. Ayat-ayat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
 

13:31. Sekiranya sebuah Qur'an di mana gunung-gunung diperjalankan, atau bumi dibelah dengannya, atau orang-orang yang mati yang kepada mereka dapat berkata-kata - tidak, tetapi kepunyaan Allah urusan kesemuanya. Tidakkah orang-orang yang percaya tahu bahawa, jika Allah hendak, tentu Dia beri petunjuk kepada manusia kesemuanya? Dan orang-orang tidak percaya tidak berhenti-henti ditimpa dengan suatu yang mengetukkan kerana apa yang mereka kerjakan, atau ia turun dekat dengan tempat tinggal mereka, sehingga janji Allah datang; sesungguhnya Allah tidak mungkiri janji temu.

 

36:47. Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Nafkahkanlah daripada apa yang Allah rezekikan kamu", orang-orang tidak percaya berkata kepada orang-orang yang percaya, "Apa, adakah kami memberi makan kepada orang yang, jika Allah hendak, Dia memberinya makan? Kamu hanyalah dalam kesesatan yang nyata!"

 

42:24. Atau mereka berkata, "Dia ada-adakan dusta terhadap Allah"? Tetapi jika Allah hendak, Dia letak satu penutup pada hati kamu; dan Allah hapuskan yang palsu, dan benarkan yang benar dengan kata-kata-Nya; Dia tahu apa yang di dalam dada.

 

47:4. Apabila kamu bertemu orang-orang tidak percaya, pukullah leher mereka, kemudian apabila kamu telah bunuh beramai-ramai di kalangan mereka, kuatkanlah ikatan; kemudian bebaskan mereka, sama ada dengan budi baik atau tebusan, sehingga perang meletakkan bebannya. Demikianlah, dan jika Allah hendak, tentu Dia Sendiri akan tolong mereka; tetapi supaya Dia uji sebahagian kamu dengan sebahagian yang lain. Dan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah, Dia tidak akan sesatkan amalan-amalan mereka.

 

Terima kasih.

 

11 Jun 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman