Insya Allah adalah bukan ajaran Allah
From: muhammadaizuddin
Date: 2010/5/11
Subject: Re: Salamun alaikum
To: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
Salam..
sebelum ini saya mengamalkan ucapan insya'Allah berlandaskan hadis rekaan manusia..dan sekarang kadang2 sy ragu2 dengan ucapan itu, adakah ucapan ini terdapat di dalam Al-Quran? mungkin saya tidak cukup membaca Al-Quran.. minta sahabat bantu sy..
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Perkara yang ditanya belum lagi jadi tajuk disenaraikan di laman web ini, walaupun sudah agak lama disedar oleh sesetengah orang al-Qur'an di sini.
Situasi yang memerlukan ungkapan seperti tersebut dapat difahamkan daripada ayat berikut:
18:23. Dan janganlah berkata terhadap sesuatu, "Aku akan buat itu esok",
18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah hendak";
Frasa "Jika Allah hendak" jika ingin disebut dalam bahasa Arab ajaran Tuhan berbunyi, "Inyasyaa Allaahu", yang nyata berbeza dengan sebutan lazim diguna hari ini iaitu "Insya Allah".
Justeru itu, ungkapan Insya Allah dalam janji untuk buat sesuatu adalah bukan ajaran Allah, walaupun mengguna nama-Nya, atau bukan sebutan yang betul untuk diguna dalam agama-Nya.
Ayat 18:24 tidak berhenti di situ. Ia selanjutnya menjelaskan bahawa apabila perkara yang dijanjikan itu terlupa untuk dilaksana, maka orang yang terlibat harus mengingati Allah serta ucap sesuatu ayat seperti diajar di bawah ini:
18:24. Tetapi hanya, "Jika Allah hendak"; dan ingatlah akan Pemelihara kamu apabila kamu lupa, dan katakan, "Mudah-mudahan Pemeliharaku beri petunjuk kepadaku pada sesuatu yang lebih dekat dengan yang lurus daripada yang ini."
Demikianlah ajaran Allah mengenai sesuatu yang dijanji untuk dibuat, dan tindakan sewajarnya apabila ia lupa dilakukan.
Terima kasih.
Allah disanjung!
13 Mei 2010
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman