Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon 2

 


From: terfikirmungkin
To: ebacaan@yahoo.com
Sent: Thu, June 3, 2010 10:29:45 AM
Subject: Ahlul Bait vs Ahlul Quran -Respon

 

Salamun..

Saya sekadar ingin berkongsi, namun kiranya saya silap maka perbetulkanlah. Kalimah Muhammad (mim, ha, mim, dal) bermaksud orang2 yang memuji. Mim = adalah kata ganti diri utk kumpulan, sama juga dengan muhajirin, yang mana kata asalnya ialah hijrah bermaksud berpindah, manakala muhajirin pula bermaksud orang yg berpindah. balik pada perkataan Muhammad tadi, asal perkataannya ialah ahmad, al-hamdu membawa maksud syukur/puji. Jadi perkataan muhammad itu bermaksud orang2 yang memuji.
 

1:2. Segala puji bagi Allah, Pemelihara semua alam.
 

balik pada perkataan selawat.Berdasarkan petikan dalam e-bacaan:

`Kalimat salawat pula dapat ditemu di dalam lima ayat al-Qur'an. Tiada satu pun kitab Tafsir tersebut mengekalkannya dalam bahasa Arab, tanpa diterjemah. Dua daripadanya diterjemah kepada do'a Rasulullah (9:99 dan 9:103), dan tiap-tiap satu kepada kebaikan dari Tuhan, sembahyang fardu, dan tempat-tempat sembahyang kaum Yahudi (2:157, 2:238, dan 22:40).`

 

Sekiranya kita hendak mengaitkan perkataan selawat tersebut sudah tentu kita ambil ayat 2:157:
 

2:157. Mereka itu, ke atas mereka adalah salawat (keberkatan), dan pengasihan daripada Pemelihara mereka, dan mereka itu, merekalah orang-orang yang dapat petunjuk yang benar.

 

Maka, sekiranya selawat itu tetap juga saudara Ahlul Bait tekankan sebagai satu yang wujud, meskipun dalam Quran tidak pula ada ayat AllahhumA sali ala syedina muhammad waal ahlihi syedina muhammad, maka makna selawat saudara juga sudah berlainan dgn yang sebetulnya: Allah beri keberkatan kepada orang2 yang memuji, dan ahli keluarga orang2 yang memuji..

 

Namun, walaubagaimana sekalipun saudara tekankan, sayang sekali, saya yang amat daif ini sekalipun, tidak pula penah melihat ayat AllahhumA sali ala syedina muhammad waal ahlihi syedina muhammad ini terdapat dalam mana2 versi quran meskipun keluaran JAKIM. Saudara benar sesuai dengan ayat yang ada dibawah ini:

 

3:24. Itu kerana mereka kata, "Api tidak akan sentuh kami kecuali untuk beberapa hari yang terhitung." Apa yang mereka ada-adakan menipu mereka dalam agama mereka.

 

4:50. Perhatikan bagaimana mereka ada-adakan dusta terhadap Allah; dan cukuplah itu sebagai dosa yang nyata.

 

6:21. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia yang dustakan ayat-ayat-Nya? Sesungguhnya tidak akan beruntung orang-orang zalim.

 

6:93. Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dia berkata, "Kepada aku ia diwahyukan"; padahal tiada yang diwahyukan kepadanya, atau orang yang berkata, "Aku akan turunkan yang serupa dengan apa yang Allah turunkan"? Jika kamu dapat lihat ketika orang-orang zalim dalam sengsara kematian, dan malaikat-malaikat menjulurkan tangan-tangan mereka, "Keluarkanlah jiwa kamu! Hari ini kamu dibalas dengan azab yang menghinakan kerana kamu kata yang tidak benar terhadap Allah, dan sombong terhadap ayat-ayat-Nya."

 

Cukuplah sedikit ayat peringatan buat saudara, kerana teramat sedih utk saya memaparkan semua.

 

Salamun.
 

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk beri input berguna bagi maksud perkataan muhammad dan kaitannya dengan salawat, iaitu amalan di luar ajaran al-Qur'an, yang diamal dengan taat, terutama orang-orang yang beriman pada apa dikatakan Ahlul Bait.

Kami syak mereka juga memahami dan percayai maksud perkataan tersebut seperti dijelaskan saudara pengirim. Lantas kelihatan dengan jelas bahawa ilmu mereka, yang di luar al-Qur'an, telah menjerat diri-diri bersama fahaman mereka sendiri. Apa yang berlaku memang amat menyedihkan.

Dikatakan di luar al-Qur'an kerana menurutnya perkataan tersebut berjenis nama khas, iaitu nama bagi Nabi terakhir, walaupun tergolong dalam kumpulan perkataan-perkataan seakar yang bermaksud puji. Nama tersebut tercatat empat kali di dalam al-Qur'an, dan tiada satu pun mampu diterjemah kepada orang2 yang memuji dengan munasabah.

Sebagai contoh diturunkan satu daripada ayat-ayat mengandungi nama Muhammad, iaitu ayat pertamanya (3:144), tetapi nama tersebut ditukar kepada maksud seperti dinyatakan, lalu berbunyi,
 

"Orang2 yang memuji tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan membalas orang-orang berterima kasih."
 

Setelah diganti terjemahan jadi kabur. Lantaran, walaupun perkataan muhammad, menurut nahu, boleh dimaksudkan demikian, namun ia bukan maksud yang dimaksudkan Allah. Maksud tersebut tidak Qur'anik. Pada tiga ayat lain juga sama, tidak masuk akal, jika Muhammad diterjemah begitu. (Untuk membaca semua ayat mengandungi nama Muhammad, sila klik di sini. Terima kasih.)

Tiada lagi yang ingin dikatakan di sini kecuali untuk sekali lagi mengucap Terima Kasih kepada pengirim kerana sanggup mendedahkan ajaran Islam yang tidak tulen, di luar ajaran Allah dan Rasul-Nya, tetapi diimani oleh segolongan ahli masyarakat.

Allah disanjung!


9 Jun 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman