Terdapat hanya empat
ayat yang menyebut nama Muhammad di
dalam
al-Qur’an, iaitu seperti yang disenaraikan di
bawah ini:
3:144. Muhammad tiadalah melainkan seorang Rasul; Rasul-Rasul telah berlalu sebelum dia. Apakah, jika dia mati atau dibunuh, kamu akan balik di atas tumit-tumit kamu? Jika seseorang balik di atas tumit-tumitnya, dia tidak akan mudaratkan Allah sedikit pun; dan Allah akan balas orang-orang berterima kasih.
33:40. Muhammad bukanlah bapa bagi seseorang daripada lelaki kamu, tetapi Rasul Allah, dan penutup Nabi-Nabi; Allah tahu segala sesuatu.
47:2. Tetapi orang-orang yang percaya, dan buat kerja-kerja baik , dan percaya kepada apa diturunkan kepada Muhammad, dan ia adalah yang benar daripada Pemelihara mereka, Dia akan lepaskan mereka daripada kejahatan-kejahatan mereka, dan membetulkan keadaan mereka.
48:29. Muhammad
adalah Rasul Allah, dan orang-orang yang
bersama dia, keras terhadap orang-orang tidak percaya, pengasih sesama
mereka. Kamu lihat mereka tunduk, sujud, mencari pemberian daripada Allah, dan
kepuasan hati. Tanda mereka adalah pada muka-muka (wajah) mereka, bekas sujud.
Itu persamaan mereka di dalam Taurat, dan persamaan mereka di dalam Injil -
seperti sebiji benih yang keluarkan tunasnya, dan menguatkannya, dan ia
membesar dengan tegap, dan tegak di atas ganggangnya, menakjubkan
penyemai-penyemai, supaya melaluinya Dia menimbulkan marah orang-orang tidak percaya. Allah janjikan orang-orang antara mereka, yang percaya dan
buat kerja-kerja baik , dengan ampunan dan upah yang besar.
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman