Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat & Ugutan (2)

 


From: janggutputih
Date: 2010/5/27
Subject: Kitab.
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>


Salamun'alaikum.

Terpanggil saya untuk menulis perihal beriman kepada kitab setelah membaca penulisan Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat & Ugutan yang ditulis oleh drbaharom ishak.

 

Saya juga terkadang tertanya-tanya kepada diri saya, mengapa Tuhan menyuruh kita beriman kepada Kitab-kitab yang diturunkan kepada Nabi-nabi sebelumnya, tetapi pada masa yang sama beritahu kita mengenai pemesongan yang telah dilakukan kepada Kitab-kitab itu oleh tangan-tangan manusia yang jahat !.

 

Memang benar terdapat persamaan perintah di dalam Kitab-kitab itu dengan al-Qur'an; sebagai contoh pengharaman memakan khinzir; tetapi ada juga yang tidak masuk akal malah seperti menghina para Nabi seperti cerita kisah sumbang mahram Nabi Lut dengan anak-anak perempuannya (Old Testament-Genesis).

 

Diturunkan kitab al-Qur'an adalah untuk mengesahkan Kitab-kitab sebelumnya dan MENGAWALNYA bukan memansuhkannya (pendapat Tuan diperlukan disini);

 

5:48. Dan Kami turunkan kepada kamu Kitab dengan yang benar, mengesahkan Kitab sebelumnya, dan mengawalnya. Maka hakimkan antara mereka menurut apa yang Allah turunkan, dan jangan ikut keinginan mereka untuk abaikan yang benar yang datang kepada kamu. Bagi setiap kamu, Kami tentukan satu peraturan, dan satu jalan yang terbuka. Sekiranya Allah hendaki, tentu Dia buat kamu satu umat; tetapi supaya Dia uji kamu dalam apa Dia beri kamu. Maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan; kepada Allah kamu kembali, kesemuanya; dan Dia beritahu kamu apa yang padanya kamu selisihkan.

 

Ini pendapat saya pula; kita diperintah untuk beriman kepada Kitab-kitab sebelumnya supaya kita percaya kepada para Nabi dan Rasul sebelumnya dan tidak mengangkat mereka dan lebihkan mereka diantara satu sama lain. Tidak seperti Ahli Kitab sebelumnya dan sekarang yang tidak percayai Nabi Muhammad sebagai salah seorang Nabi dan Rasul, lalu menolak al-Qur'an sepenuhnya.

 

Diharap jika pendapat saya salah, dapat diperbetulkan dan diperbaiki apa yang ditulis oleh saya.

 

Tiada tuhan selain Allah.
Segala puji bagi Allah pemelihara seluruh alam.

 

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas pendapat sahabat yang mencerahkan lagi perbincangan yang lalu, dengan beri sebab atas perintah percaya kepada Kitab-Kitab sebelum al-Qur'an. Sebab yang diberi diterima dengan baik sekali, dan rasa bersyukur bahawa sahabat sudi berkongsi dengan kami dan para pembaca lain. Kami percaya mereka juga rasa seperti kami rasakan. Alhamdulillah.

Selanjutnya, dengan kepercayaan tersebut, dapat difahamkan tentang orang-orang yang Allah gelar dengan nama Ahli Kitab. Hubungan dengan mereka jadi lebih mesra apabila makanan mereka dihalalkan untuk dimakan, dan perempuan mereka dihalalkan untuk dijadikan isteri, atau pasangan hidup.

Kami juga berpendapat bahawa ayat 5:48 yang diajukan itu padan pada tempatnya. Sesungguhnya al-Qur'an diturunkan juga untuk mengawal Kitab-Kitab sebelumnya, atau jadi umpama QC (kawalan mutu) ke atas mereka. Dalam pengawalan tersebut, pada hemat kami seterusnya, ia juga memansuhkan beberapa ayat, seperti pengharaman ke atas memakan haiwan berkuku dan lemak lembu dan kambing (6:146), dan bersatu dengan isteri pada malam puasa (2:187).

Demikianlah hanya pendapat kami. Sekali lagi terima kasih kepada sahabat yang telah melengkapkan perbincangan lalu, dan tahniah atas buah fikiran yang bernas.

Terima kasih.

Allah disanjung!


28 Mei 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman