Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat & Ugutan

 


From: drbaharom ishak <drbaharom@gmail.com>
Date: 2010/5/26
Subject: Topik Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat
To:
ebacaan114@gmail.com


 

Salam
Dalam rukun Iman kita wajib beriman dengan 4 kitab, bukannya 1 kitab

Walau apapun alasan, tuan tidak prihatin dengan rukun Iman yang 6.
--
Terima Kasih.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut hari lebaran yang mulia tahun 2010


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis untuk membetulkan kami. Usaha tuan dialu-alukan.

Kami tidak nafi tentang beriman atau percaya kepada 4 Kitab. Tidak ada bukti yang kami telah buat demikian.

Apabila apa yang ditulis itu jadi seruan - Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat - maka seruannya menyuruh manusia ikut 4 Kitab supaya umat jadi satu, justeru seruan agak berbunyi seperti berikut,

"Jom! Mari kita ikut 4 Kitab supaya umat jadi satu!"

Tapi kami tidak boleh buat begitu. Kerana tidak tahu di mana nak cari Kitab yang lagi 3 tu untuk diikuti? Dan Rasul Allah pun, walaupun percaya kepada 4 Kitab, baginda hanya ikut satu sahaja, seperti diperintah Allah:


"Katakanlah, 'Aku tidak kata kepada kamu, "Aku mempunyai perbendaharaan Allah". Aku tidak tahu yang ghaib, dan aku tidak kata kepada kamu, "Aku seorang malaikat"; aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku." Katakanlah, 'Adakah orang yang buta dengan orang yang melihat sama? Tidakkah kamu fikirkan?'" (6:50)

 

"Ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; tidak ada tuhan melainkan Dia, dan berpalinglah kamu daripada orang-orang yang sekutukan." (6:106)

 

"Ini ialah sebuah Kitab (al-Qur'an) yang Kami turunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani." (6:155)

 

"Ikutlah apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu, dan jangan ikut wali-wali (sahabat-sahabat) selain daripada Dia; sedikit sekali kamu mengingati." (7:3)

 

"Dan apabila kamu tidak datangkan kepada mereka satu ayat, mereka berkata, 'Mengapakah kamu tidak pilih sendiri?' Katakanlah, 'Aku hanya ikut apa yang diwahyukan kepadaku daripada Pemeliharaku; inilah bukti yang nyata daripada Pemelihara kamu, dan petunjuk, dan pengasihan, bagi kaum yang percayai.'" (7:203)

 

"Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, orang-orang yang tidak mengharapkan untuk bertemu dengan Kami berkata, 'Datangkanlah al-Qur'an selain yang ini, atau tukarkanlah ia.' Katakanlah, 'Tidak patut bagiku untuk menukarkannya dengan kemahuan diriku sendiri. Aku tidak ikut apa-apa, melainkan apa yang diwahyukan kepadaku. Sesungguhnya aku takut, jika aku ingkari Pemeliharaku, akan azab hari yang besar.'" (10:15)

 

"Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim." (10:109)

 

"Wahai Nabi, takutilah Allah, dan jangan taati orang-orang tidak percaya, dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Mengetahui, Bijaksana.

Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu daripada Pemelihara kamu; sesungguhnya Allah sedar apa kamu buat." (33:1-2)

 

Bukti daripada Allah menyuruh ikut Kitab yang satu (al-Qur'an) sudah mencukupi. Dengan buat demikian kami percaya umat mampu jadi satu - tidak berpecah, tidak bertelingkah, tidak mengata fahaman orang Islam lain bercanggah, dan tidak mengugut.

 

Selanjutnya beliau mengatakan "tuan tidak prihatin dengan rukun Iman yang 6." Dakwaannya betul, kerana kami hanya percaya kepada 5 yang disuruh Allah, berbunyi seperti berikut:

 

"Wahai orang-orang yang percaya, percayalah kamu kepada Allah, dan Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan kepada Rasul-Nya, dan Kitab yang Dia turunkan sebelumnya. Sesiapa yang tidak percaya kepada Allah, dan malaikat-malaikat-Nya, dan Kitab-Kitab-Nya, dan Rasul-Rasul-Nya, dan Hari Akhir, sesungguhnya dia sesat dalam kesesatan yang jauh." (4:136)

 

Kami telah menjawab e-mel beliau secara peribadi setelah dibuka dan difahami. Jawapan kami ringkas, tercatat di bawah ini:

 

From: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>
To: drbaharom ishak <
drbaharom@gmail.com
>
Date: Wed, May 26, 2010 at 4:29 PM
Subject: Re: Topik Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat


Salam,

TK. Tidak nafi beriman 4 kitab.

Mari kita ikut 4 kitab hari ini supaya umat jadi satu!

TK.

 

Beliau menjawab dengan pantas, sambil jadikan dirinya kerdil pula, dengan misalan melontar ugutan, seperti berikut:


From: drbaharom ishak <drbaharom@gmail.com>
Date: 2010/5/26
Subject: Re: Topik Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com
>


salam. nak tanya tuan.
tuan nie bermazhab apa.
saya bermahzab syafie.

sebab bila saya teliti tulisan tuan, terlalu banyak bercanggah dengan fahaman saya.

untuk penjelasan lanjut saya akan ajukan laman web tuan ke jabatan agama islam

dan ke majlis fatwa kebangsaan untuk penelitian & pemantauan.

 

Jika pihak tuan benar saya akan jadikan laman web tuan sebagai rujukan peribadi saya.

 

Terima kasih.

 

Lalu kami menjawab dengan ringkas juga, seperti jawapan pertama:

 

From: Pengurus Laman <ebacaan114@gmail.com>

To: drbaharom ishak <drbaharom@gmail.com>

Date: Wed, May 26, 2010 at 5:07 PM

Subject: Re: Topik Satu Tuhan Empat Kitab Satu Umat

 

salam,

 

mazhab? Allah, Tuhan anda, tidak suruh bermazhab.

atau Dia bukan Tuhan anda?

 

Beliau tidak menjawab sehingga waktu kami habis menulis di sini. Minta maaf jika tersinggung.

 

Kami rasa tidak perlu memanjangkan lagi tulisan di sini kerana kami berpendapat beliau bukan seorang yang membaca (dengan memahami) Kitab al-Qur'an yang diturunkan Allah untuk menjadi petunjuknya. Mungkin juga beliau tidak berniat untuk percayainya jua. Dan bukan juga seorang yang telah betul-betul membaca karangan-karangan di laman web ini.

 

Terima kasih.

Salam.

 

27 Mei 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman