Bicara Rahsia

 


From: sinar teguh
Date: 2010/4/23
Subject: Mohon penjelasan mengenai ayat 58:12-13
To:
ebacaan114@gmail.com


Salam Tuan Pengurus Laman,

Selama menyusuri ayat2 Allah saya merasa keliru sedikit dengan ayat 58:12-13 ttg apakah yang dimaksudkan dengan bicara rahsia dengan Rasul, dan apakah kaitannya dengan sedekah dan bagaimana kaitannya dengan dengan masa sekarang?

58:12. Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia dengan Rasul, maka sebelum bicara rahsia kamu, dahulukanlah dengan satu sedekah; itu lebih baik bagi kamu, dan lebih bersih. Namun begitu, jika kamu tidak dapatkan, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

 

58:13. Adakah kamu takut, sebelum bicara rahsia kamu, untuk mendahulukan sedekah? Jika kamu tidak kerjakan, dan Allah terima taubat kamu, maka lakukan solat, dan berikan zakat, dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah sedar apa kamu buat.


Harap dapat penjelasan.

Sinarteguh


Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami untuk menarik perhatian kepada satu tajuk yang menarik dan belum dibincang lagi di sini.

Terus kepada tajuk. Tujuan adakan bicara rahsia yang disokong Allah dapat difahamkan daripada dua ayat berikut:
 

"Tidak ada kebaikan dalam kebanyakan bicara rahsia mereka, melainkan bagi orang yang suruh beri sedekah, atau apa yang baik, atau membetulkan antara manusia. Sesiapa yang buat demikian itu dengan inginkan kepuasan hati Allah, sungguh Kami akan memberinya upah yang besar." (4:114)

 

"Wahai orang-orang yang percaya, apabila kamu berbicara rahsia, maka janganlah berbicara rahsia dalam dosa dan permusuhan, dan dalam mengingkari Rasul, tetapi berbicararahsialah dalam ketaatan dan takwa, dan takutilah Allah, yang kepada-Nya kamu akan dikumpulkan." (58:9)

 

Dengan ringkas tujuan berbicara secara rahsia adalah:

 

 

<Berikut adalah tambahan/pembetulan dibuat pada 14 Julai 2011:>

 

bicara rahsia adalah rahsia. Tertutup. Orang luar tidak patut tahu tentang pemberian yang bakal diberi, tentang rancangan untuk membetulkan antara manusia, dan tentang ketaatan dan takwa. Dan permintaan supaya bersedekah sebelum bicara tersebut tidak dianjur oleh Allah. Tambahan lagi, jika ia satu perjumpaan di mana orang luar dijemput atau turut hadir maka ia tidak jadi rahsia lagi.

 

Tentang bicara rahsia dengan RASUL pula, ia kelihatan agak berbeza, kerana Allah menyuruh supaya didahulukan pemberian sedekah sebelum sesi dimulakan. Sedekah tersebut adalah bukan untuk baginda, kerana baginda tidak termasuk dalam senarai orang-orang yang harus disedekahkan. (Sila rujuk Zakat sebenar, Sedekah & Nafkah. Terima kasih.) Pun begitu, terdapat kelonggaran dalam pemberian itu menurut ayat-ayat yang telah disebut saudara sinar teguh tadi.

 

Bicara rahsia dengan Rasul adalah juga untuk memberi sedekah atau apa yang baik, membetulkan antara manusia dan untuk ketaatan dan takwa. Sekali lagi diingatkan bahawa bicara itu adalah rahsia - hanya antara Rasul dengan orang-orang yang percaya yang ingin berbicara rahsia dengannya.

 

Tentang kaitan dengan hari ini, ayat-ayat bicara rahsia yang pertama kami sebut, 4:114 dan 58:9, tentu boleh dipakai yang baiknya (iaitu tujuan sebenar berbicara rahsia), dan bagi dengan Rasul pula, ia memerlukan sedikit pertimbangan kerana para Rasul adalah utusan pilihan-Nya, dan sudah jelas dikatakan dirahmati-Nya.

 

Andaikata terdapat orang-orang datang untuk berbicara rahsia (dengan tujuan sedia maklum), sedang mereka mengetahuinya ayat berkenaan, dan mengetahui bahawa kita bukan Rasul, serta dengan rela hati memberi sedekah, maka kami berpendapat supaya menerima sedekah mereka (kerana mereka ingin mematuhi ayat-ayat itu walaupun tidak sepenuhnya) dan jika kita tidak berkemampuan sampaikan sedekahnya kepada orang-orang bersabit, maka sesudah bicara, beri balik pemberian kepada mereka untuk mereka sampaikan sendiri.

 

Dengan itu juga kami bermaksud sedekah tidak diminta daripada mereka. Mereka tidak didesak untuk memberinya. Mereka beri kerana sudah faham mesej ayat-ayat 58:12-13.

 

.... hanya pendapat kami.

 

<Tambahan/pembetulan berhenti di sini. Terima kasih.>

 

 

Sekian penjelasan kami atas perkara yang ditanya.

 

Allah disanjung!

 

24 April 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman