Aku akan matikan kamu (Isa)

 


From: fazren roslan <fazren.adri@gmail.com>
Date: 2010/3/29
Subject: SILA SEMAK PERKARA DIBAWAH.BOLE AKIBAT KAN KEKELIRUAN
To:
ebacaan114@gmail.com



Wasalam Sedara,
Kenyataan sedara dalam artikel di laman sedara amat lah salah tentang nabi isa.

"Tidak seperti kepercayaan sesetengah orang iaitu Nabi Isa tidak wafat semasa disalib tetapi diangkat naik ke langit. Sebenarnya, Nabi Isa telah wafat di bumi, namun bukan disalib. Baginda telah wafat selepas peristiwa penyaliban ke atasnya di sebuah tempat lain yang tidak diceritakan di dalam al-Qur'an. Besar kemungkinan baginda telah melarikan diri dari tempat baginda dijatuhkan hukum.

Bukti yang menunjukkan baginda telah wafat di bumi terdapat pada ayat-ayat berikut:

"Apabila Allah berkata, 'Wahai Isa, Aku akan matikan kamu, dan naikkan kamu kepada-Ku, dan Aku bersihkan kamu daripada orang-orang tidak percaya .....'" (3:55)

"Dan aku (Isa) seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu." (5:117)"

Allah tidak berkata aku akan matikan kamu,kenyataan sedara bole buat orang tertanta tanya...sila kasi dahulu seblum buat kenyataan...sila baca terjemahan bwah.

3:55

"[55]
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan jadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (beri keputusan) tentang apa yang kamu selisihkan"."

Harap perkara ini tidak akan menyelewengkan sesetengah pihak. Harap maklum

Fazren


Salamun alaikum,

Terima kasih. Sikap keras dan tegas yang ditunjukkan dalam hal kebenaran, seperti disarankan Allah, adalah dialu-alukan. Tahniah atas keikhlasan anda, Fazren.

Kebenaran dimaksudkan di situ ialah terjemahan kepada satu kalimat Allah yang terkandung di dalam ayat-ayat 3:55 dan 5:117. Kalimat tersebut berbunyi tawaffa yang kami terjemah kepada matikan. Sementara frasa yang mengandunginya, mutawaffiika, kami terjemah kepada akan matikan kamu (3:55) pula.

Itu dikatakannya salah, dan yang betul lagi tidak menyelewengkan menurut fahamannya ialah terjemahan daripada seseorang yang jadi rujukan, berbunyi akan mengambilmu dengan sempurna.

Oleh kerana perbandingan telah dibuat maka ia dilanjutkan lagi dengan beberapa terjemahan lain atas frasa yang sama. Mereka adalah seperti berikut:

akan mewafatkan kamu (Lafzhiyah)

mewafatkan engkau (Prof. Dr. H. Mahmud Yunus)

matikanmu (M. Said)

akan matikanmu (H. Zainuddin Hamidy & Fachruddin Hs.)

Justeru didapati terjemahan kami, boleh dikatakan, tidak terasing daripada terjemahan beberapa penterjemah lain yang kami anggap jujur.

Terdapat 26 ayat al-Qur'an mengandungi kalimat tawaffa. Pada kesemuanya kalimat tersebut kami terjemah kepada mati atau terbitannya menurut konteks ayat. Antaranya adalah:

"Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat." (2:234)

"Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai." (6:61)

"Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman." (7:126)

 

"Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar," (8:50)

"Katakanlah, 'Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan.'" (32:11)

Kemudian, bandingkan terjemahan di atas dengan terjemahan tokoh yang jadi rujukan itu, dan lihat sama ada beliau masih menggunakan terjemahan mengambilmu dengan sempurna seperti diguna pada ayat 3:55 tadi bagi kalimat tawaffa.

Atau, demi mencari kebenaran, bandingkanlah dengan semua ayat mengandungi kalimat tersebut yang senarainya dapat dibaca di sini.

Kami syak, tokoh tersebut tahu bahawa makna bagi kalimat itu ialah mati, kerana kefasihannya dalam bahasa Arab, tetapi sengaja diubah untuk membenarkan sesuatu fahaman yang tidak mempunyai sebarang dalil daripada al-Qur'an. Seolah mengata atau ajar sesuatu peristiwa besar yang Allah mahupun Rasul-Nya tidak tahu.

Kalau ingin percaya kepada peristiwa itu, maka percayalah, tetapi jangan pula mencemari ayat Allah sambil mengetahuinya, untuk mengiakannya supaya orang lain pula percaya. Itu berat di sisi Allah. Firman-Nya,

"Dan antara mereka, ada segolongan yang putarbalikkan lidah mereka dengan al-Kitab supaya kamu sangka ia daripada sebahagian al-Kitab, sedang ia bukan daripada al-Kitab; dan mereka berkata, 'Ia daripada Allah', tetapi ia bukan daripada Allah, dan mereka berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahuinya." (3:78)

Terima kasih. Harap tidak tersinggung!

Salam.


1 April 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman