Kalimat mati di dalam al-Qur'an (2)
Kalimat-kalimat
lain yang diterjemah kepada mati atau yang berkaitan dengannya, di dalam
Bacaan, adalah Tawaffa, Halaka,
Taradda dan Qutila. Ayat-ayat diturunkan bersama mereka di
bawah:
Tawaffa:
2:234. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, mereka akan tunggu sendiri selama empat bulan dan sepuluh hari. Apabila mereka sampai tempoh mereka, maka tiadalah kesalahan ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik. Allah sedar apa kamu buat.
2:240. Dan orang-orang antara kamu yang mati dan tinggalkan isteri-isteri, hendaklah mereka buat wasiat untuk isteri-isteri mereka, peruntukan untuk setahun tanpa mengeluarkannya; tetapi jika mereka keluar, maka tidak salah ke atas kamu mengenai apa mereka buat pada diri-diri mereka sendiri dengan baik; Allah Perkasa, Bijaksana.
3:55. Apabila Allah berkata, "Wahai Isa, Aku akan matikan kamu, dan naikkan kamu kepada-Ku, dan Aku bersihkan kamu daripada orang-orang tidak percaya. Aku akan buatkan orang-orang yang ikut kamu di atas orang-orang tidak percaya hingga Hari Kiamat. Kemudian kepada-Ku kamu akan kembali, dan Aku akan hakimkan antara kamu mengenai apa yang padanya kamu selisihkan.
3:193. Wahai Pemelihara kami, kami dengar seorang pemanggil yang memanggil kami kepada keimanan, 'Percayalah kamu kepada Pemelihara kamu.' Dan kami percaya. Wahai Pemelihara kami, ampunkanlah kami atas kesalahan-kesalahan kami, dan lepaskanlah kami daripada kejahatan-kejahatan kami, dan matikanlah kami berserta orang-orang yang taat.
4:15. Dan perempuan-perempuan kamu yang lakukan kesumbangan, panggillah empat antara kamu untuk menyaksikan terhadap mereka; dan jika mereka saksikan, tahanlah mereka di dalam rumah-rumah mereka sehingga kematian matikan mereka, atau Allah adakan bagi mereka satu jalan.
4:97. Dan orang-orang yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka, mereka (malaikat) berkata, "Bagaimanakah kamu?" Mereka berkata, "Kami adalah orang-orang yang dihina di bumi." Mereka berkata, "Bukankah bumi Allah itu luas untuk kamu hijrah di dalamnya?" Maka mereka itu, tempat menginap mereka ialah Jahanam - satu kepulangan yang buruk!
5:117. Aku hanya kata kepada mereka apa yang Engkau perintahkan aku dengannya: 'Sembahlah Allah, Pemelihara aku dan Pemelihara kamu.' Dan aku seorang saksi ke atas mereka selama aku di kalangan mereka; tetapi setelah Engkau matikan aku, Engkau Sendiri adalah penjaga ke atas mereka; Engkau saksi atas segala sesuatu.
6:60. Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa kamu buat.
6:61. Dia Yang Menakluki hamba-hamba-Nya. Dia utus pencatat-pencatat kepada kamu sehingga, apabila salah seorang antara kamu didatangi kematian, Rasul-Rasul Kami matikannya, dan mereka tidak lalai.
7:37. Siapakah lebih zalim daripada orang yang ada-adakan dusta terhadap Allah, atau dustakan ayat-ayat-Nya? Mereka itu, bahagian mereka daripada Kitab akan sampai kepada mereka sehingga, apabila Rasul-Rasul Kami datang kepada mereka untuk matikan mereka, mereka berkata, "Di manakah apa yang kamu seru selain daripada Allah?" Mereka berkata, "Mereka sudah sesat (hilang) daripada kami", dan mereka saksikan terhadap diri-diri mereka sendiri bahawa mereka adalah orang-orang tidak percaya.
7:126. Dan kamu mendendami kami hanya kerana kami percaya kepada ayat-ayat Pemelihara kami apabila mereka datang kepada kami. Wahai Pemelihara kami, tuangkanlah kepada kami kesabaran dan matikanlah kami dalam kemusliman."
8:50. Jika kamu dapat lihat ketika para malaikat mematikan orang-orang tidak percaya, dengan memukul muka-muka mereka, dan belakang mereka, "Rasalah azab yang membakar,
10:46. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, kepada Kami mereka kembali; kemudian Allah saksi atas apa mereka buat.
10:104. Katakanlah, "Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan terhadap agamaku, maka aku tidak sembah orang-orang yang kamu sembah selain daripada Allah, tetapi aku sembah Allah yang akan mematikan kamu, dan aku diperintah supaya menjadi antara orang-orang mukmin.
12:101. Wahai Pemeliharaku, Engkau telah beri aku untuk memerintah, dan Engkau telah ajar aku interpretasi hadis (mimpi). Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan satukanlah aku dengan orang-orang yang salih."
13:40. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka bagi kamu hanyalah untuk sampaikan, dan bagi Kami menghitungkan.
16:28. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka menzalimi diri-diri mereka sendiri." Kemudian mereka lemparkan ketundukan, "Kami tidak buat jahat." "Tidak, tetapi sesungguhnya Allah tahu apa kamu buat,
16:32. Yang malaikat-malaikat matikan sedang mereka berkeadaan baik, dengan berkata, "Salamun alaikum! Masuklah ke Taman kerana apa kamu buat."
16:70. Allah cipta kamu; kemudian Dia matikan kamu; dan antara kamu ada yang dikembalikan kepada umur yang paling hina, bahawa setelah tahu sesuatu, mereka tidak tahu apa-apa; sesungguhnya Allah Mengetahui, Berkuasa.
22:5. Wahai manusia, jika kamu dalam keraguan mengenai Kebangkitan, maka sesungguhnya Kami telah cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada dadih darah, kemudian daripada seketul daging, berbentuk dan tidak berbentuk, supaya Kami jelaskan kepada kamu. Dan Kami tetapkan di dalam rahim-rahim apa yang Kami hendaki hingga satu tempoh yang dinyatakan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu sampai dewasa; dan antara kamu mati, dan antara kamu dikembalikan kepada umur yang paling hina hingga mereka, setelah tahu sesuatu, tidak tahu apa-apa. Dan kamu lihat bumi kehitaman, kemudian apabila Kami turunkan air kepadanya, ia bergetar dan gelembung, dan tumbuhkan tiap-tiap jenis yang menggirangkan.
32:11. Katakanlah, "Malaikat maut yang diamanahkan untuk kamu akan mematikan kamu, kemudian kepada Pemelihara kamu, kamu dikembalikan.
33:23. Antara orang-orang mukmin terdapat lelaki-lelaki yang benar terhadap perjanjian mereka dengan Allah; antara mereka telah menunaikan sumpah mereka dengan kematian, dan antara mereka masih menunggu, dan mereka tidak menukarkan dengan sesuatu pertukaran,
39:42. Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang memikirkan.
40:67. Dia yang cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu sebagai bayi, supaya kemudian kamu jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.
40:77. Maka sabarlah kamu; sesungguhnya janji Allah benar. Sama ada Kami lihatkan kepada kamu sebahagian daripada apa yang Kami janjikan mereka, atau Kami matikan kamu, maka kepada Kami, mereka akan dikembalikan.
47:27. Maka bagimanakah ia, apabila malaikat-malaikat mematikan mereka, memukul muka mereka dan belakang mereka?
Halaka:
(Lazimnya perkataan ini
bermaksud binasa, tetapi diterjemah kepada mati dan hilang
juga kerana menurut konteks ayat.)
4:176. Mereka minta satu keputusan kepada kamu. Katakanlah, "Allah putuskan kepada kamu mengenai waris yang tidak langsung (selain ibu bapa dan anak). Jika seorang lelaki mati tanpa seorang anak, tetapi dia mempunyai saudara perempuan, dia terima separuh daripada apa dia tinggalkan, dan dia (lelaki) adalah warisnya jika dia (perempuan) tidak mempunyai anak. Jika ada dua saudara perempuan, mereka terima dua per tiga daripada apa dia (lelaki) tinggalkan. Dan jika ada beberapa saudara, lelaki dan perempuan, yang lelaki terima serupa dengan bahagian dua perempuan. Allah jelaskan kepada kamu supaya kamu tidak sesat; Allah tahu segala sesuatu."
8:42. Ketika kamu di pinggir lembah yang dekat, dan mereka di pinggir lembah yang jauh, dan rombongan besar yang berkuda di bawah kamu; dan sekiranya kamu adakan janji temu bersama, tentu kamu berselisih dalam janji temu itu; tetapi supaya Allah memutuskan satu urusan yang telah dibuat, bahawa sesiapa yang binasa akan binasa dengan satu bukti yang jelas, dan dengan satu bukti yang jelas, hiduplah orang yang hidup; dan sesungguhnya Allah Mendengar, Mengetahui.
28:88. Dan jangan seru tuhan yang lain berserta Allah; tidak ada tuhan melainkan Dia. Segala benda akan binasa, kecuali Wajah-Nya. Bagi-Nya Putusan, dan kepada-Nya kamu akan dikembalikan.
40:34. Yusof telah datang kepada kamu dahulu dengan bukti-bukti yang jelas, namun begitu, kamu berterusan dalam keraguan mengenai apa yang dia datangkan kepada kamu, sehingga, apabila dia sudah mati, kamu berkata, 'Allah tidak akan bangkitkan seorang Rasul selepas dia.' Begitulah Allah sesatkan orang yang membazir (berlebihan), dan yang ragu-ragu."
69:29. Kuasaku hilang daripadaku.”
Taradda:
(fallen to death)
5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.
Qutila:
(Terbit dari
qatala yang banyak makna seperti membunuh dan
sebagainya. Di sini hanya yang diterjemahkan kepada kematian sahaja
diturunkan di bawah ini.)
74:19. Kematian mengambilnya, bagaimanakah dia menetapkan!
74:20. Lagi, kematian mengambilnya, bagaimanakah dia
menetapkan!
Kalimat
Pilihan
Terkini Artikel
Perpustakaan
Bacaan E-Mail
Hiasan Keratan
Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
English
Articles
Tulis kepada Pengurus Laman