Porkloin Rib Halal

 


Salamun alaikum,

Selamat berjumpa lagi. Seperti dinyatakan dalam e-mel terakhir (19.2.10), komputer kami akan dihantar ke pembekal, dan telah pun dihantar sehari selepas itu. Kini selepas lebih lima minggu ia masih berada di sana, menunggu alat gantinya. Walaupun ada sebuah komputer spare di rumah, namun kami tidak begitu selesa menggunanya. Oleh itu inbox e-mel jarang dibuka, lalu kandungannya jarang dibaca atau tidak dibalas. Kami mohon maaf.

Apatah lagi dengan kerja-kerja kemaskini yang memerlukan kerja lebih, seperti mengisi fail-fail dan instal program ke dalam komputer tersebut. Keadaan diburukkan lagi dengan hal-hal lain yang menimpa.

Sementara itu, gesaan untuk buat kemaskini memang ada. Setelah jadi begitu kuat, dan tidak tahan lagi maka kami lakukan yang berat itu untuk sampaikan beberapa kiriman yang menarik. Kami mula dengan yang berikut:


From: Yaseen Ali
Date: 2010/2/19
Subject: tanda halal
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>


Salamun Alaikum,

Tuan pengurus laman yang dikasihi, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

saya menulis disini ingin dapat penjelasan mengenai perkara yg saya attach ini.

saya harap tuan sudi jelaskan perkara tersebut. maafkan saya jika tertanya yang bukan-bukan.Terima kasih

Segala Puji-Pujian Bagi Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Terima kasih. Maaf lewat menerbitkannya. Sebenarnya, kami tidak buat sebarang bacaan lanjut mengenai perkara di atas. Lalu tidak tahu cerita sebenar.

Dengan bersangka baik, kami menyatakan bahawa mungkin ia disediakan untuk orang-orang vegetarian yang tidak makan daging dan sebagainya tetapi ingin merasai daging tersebut. Jika benar, ia boleh dimakan oleh orang-orang yang baru memeluk agama Islam yang ketagih memakan daging babi yang pernah jadi makanan mereka.

Sebaliknya, jika ia daging babi sebenar, maka kami tidak begitu condong melihatnya sebagai penghinaan kepada umat Islam, sebab keutamaan kami ialah input yang tulen dalam pengetahuan agama. Dengan input demikian daripada ajaran Allah (dan membaca sebelum membeli sesuatu) kami percaya umat Islam tidak mudah dihina atau dikelirukan sebegitu rupa.

Pork adalah daging babi dalam bahasa Melayu. Babi dalam bahasa Arab pula ialah khinzir seperti disebut ayat-ayat 2:173 dan 5:3 yang mengharamkan memakannya. Namun begitu, terdapat pendapat yang berbeza di kalangan sesetengah ahli al-Qur'an, yang menyatakan bahawa khinzir itu bukan babi, tetapi benda lain yang kami tidak pasti. Lalu mereka memakannya. Kami tidak ingin bertelingkah dalam perkara tersebut sebab ia merupakan pilihan masing-masing. Kami amat percaya kepada freewill to choose atau kebebasan untuk memilih yang diberi Allah.

Salam.
 

29 Mac 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman