Bunuh Cicak dengan Lembing

 


From: UNCLE SEEKERS
Date: 2010/2/18
Subject: Bunuh Cicak... Siapa Yang Kejam Sebenarnya?
To: Pengurus Laman <
ebacaan114@gmail.com>

 

Bunuh Cicak... Siapa Yang Kejam Sebenarnya?

 

 

Salamun alaikum pengurus  laman yang saya segani,

 

Memandangkan bangsa kita ketika ini suka memperbesarkan isu yang remeh temeh dan malas berfikir  apatah lagi mengkaji (bukan semualah) , disini saya ambil kesempatan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat dengan sahabat-sahabat sekelian tentang isu yang tidak kurang juga remeh temehnya. 

 

 

Cicak

 

35 tahun yang lalu, saya selalu dimomokkan dengan bunuh cicak dapat pahala!  

Senjata yang paling popular untuk membunuh cicak ketika itu adalah getah! Antara getah yang paling power pula sekali dipanggil ‘gundu’. Acara pembunuhan cicak beramai-ramai pula selalu diadakan pada khamis malam jumaat.

 

Lain pula zaman sekarang, pistol peluru plastik pelbagai warna digunakan. Mungkin 20 tahun lagi pistol laser…

Saya tejumpa beberapa kenyataan tentang perkara ini.

 

1.      Riwayat dari Ummu Syarik:

"Sesungguhnya nabi  s.a.w menyuruhnya membunuh cicak"

2.      Riwayat dari Amir Bin Saad dari ayahnya:
"Sesungguhnya nabi s.a.w menyuruh membunuh cicak dan menamakannya sebagai Fuwaisiqah (penjahat kecil)"

3.      Riwayat dari Abi Hurairah dari nabi s.a.w:
"Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukulan dituliskan baginya 100 kebajikan,dan
membunuhnya dengan 2 kali pukulan dituliskan baginya kebajikan kurang dari yang pertama,dan membunuhnya dengan 3 pukulan, kebajikannya kurang dari yang kedua"

 

4.      Ibn Majah pula di dalam sunannya meriwayatkan:

“Daripada Sanibah Maulah al-Fakih ibn al-Mughairah yang menemui ‘Aisyah di dalam rumahnya, lalu beliau melihat di dalam rumah ‘Aisyah (isteri Nabi S.A.W.) ada lembing, lalu dia bertanya: Wahai Umm al-Mukminin apa yang anda lakukan dengan lembing ini?” jawab ‘Aisyah R.A.: “Kami gunakannya untuk membunuh cicak-cicak, kerana Nabi S.A.W. ceritakan kepada kami, Nabi Ibrahim ketika dicampakkan ke dalam api, tidak ada binatang yang melata di muka bumi semuanya berusaha untuk memadamkannya melainkan cicak, ia meniup (utk menyemarakkan api) ke atas Nabi Ibrahim, lalu Nabi S.A.W, menyuruh kami membunuhnya.” (HR Ibn Majah 3222, di dalam al-Zawaid dinyatakan: Isnad hadith ‘Aisyah ini sahih dan rijalnya thiqaat)

 

Kenyataan no 1 & 2

 

Terdapat 3,800 spesis cicak dalam dunia ini (http://eduscapes.com/nature/lizard/index2.htm) Cicak yang mana satu sunat dibunuh?.

 

Iguana dan Dhab (biawak pasir - Uromastyx aegyptius microlepis) spesis cicak. Sanggupkah pencinta haiwan membunuh Iguana? Yang paling mencuit hati saya adalah spesis cicak bernama Dhab digalakkan makan  kerana kononnya boleh menguatkan tenaga bathin.

 

Khalid AlWalid Jeneral tentera Islam yang juga dikenali "Saifullah" atau Pedang Tuhan yang sangat digeruni, disegani dan diigaui oleh musuh-musuh Islam satu ketika dahulu juga pernah makan spesis cicak ini dihadapan nabi! Adussss…

 

Daripada Ibnu Abbas r.a Berkata :Telah masukaku dan Khalid bin al-walid bersama Rasullullah s.a.w dalam rumah Maimunah isteri Baginda .Maka kami di hidangkan dengan daging dhab maka Rasullullah s.a.w menjamahnya.Maka didatangi oleh wanita di rumah maimunah dengan mengkhabarkan kepada Baginda saw dengan menunjukkan bahawa makanan itu adalah dhab lalu Baginda lepaskan tangannya,lalu Rasulullah saw di tanya adakah haram dhab? lalu Rasulullah berkata tidak akan terjadi di bumi kaumku perkara bermanfaat dimaafkan .berkata khalid maka aku memakannya dan Baginda melihatnya.

 

Ada pula segelintir pengumpul barangan mistik sanggup membeli cicak ekor bercabang dengan harga yang mahal yang kononnya boleh dibuat sebagai pelaris?

 

 

Kenyataan no 3

 

Bayangkan wajah seseorang yang cuba membunuh cicak dengan sekali pukulan semata-mata inginkan pahala 100 kebajikan.

 

Bayangkan pula wajahnya ketika  membunuh cicak tersebut pukulan kali kedua kerana gagal membunuhnya kali pertama. Pada ketika ini, saya rasa niatnya untuk mendapatkan pahala 50 kebajikan tersasar sedikit kerana ‘geram’ cicak tu tak mati  lagi!

 

Bayangkan lagi jika cicak itu tak mati-mati walaupun dah kena pukul 4 kali. (pukulan pada ekor cicak yang terputus tetapi masih bergerak pun nak kena kira juga pukulannya)

 

 

Kenyataan nombor 4

 

Macam manalah agaknya rupa muka cicak yang hembus  api yang sedang panas membara dan berapa jauhkah agaknya jarak untuk cicak tersebut menyemarakkan api. Mungkin cicak zaman dulu besar macam harimau kot! Agak-agaklah bro..

 

Kalau ada masa kita sambung perbincangan Islam digalakkan membunuh haiwan seperti ular, anjing, kalajengking, gagak, rajawali dan tikus. (Adalah lebih baik jikalau sahabat-sahabat dilaman ini yang ulaskan)

 

Siapa yang kejam sebenarnya?

 

 

Uncleseekers

 

PS: Pengurus laman, Kalau ada terkurang, tolonglah komen apa yang patut.


Salamun alaikum,

Terima kasih sahabat US. Pada mulanya kami beri tajuk di atas seperti yang US tulis, tapi selepas membaca tentang lembing, dan ketawa (nasib baik tak tertelan asap rokok yang kami hisap), maka kami tukar kepada Bunuh Cicak dengan Lembing pula! Harap maaf jika tidak berkenan dengannya. Kami juga merasakan ia benar-benar menunjukkan sifat kejam seperti yang ingin disampaikan oleh US.

 

Ketawa juga bila baca tentang cicak yang menghembus api.......!

 

Kami terhibur sekarang, setelah tadi rasa tertekan kerana keadaan komputer yang tidak menyenangkan, dan telah buat keputusan untuk menghantar kepada pembekal esok.

 

Masih senyum.... terima kasih.

 


19 Februari 2010

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman