Bulan bagai dahan palma tua (36:39)

 

From: Yaseen Ali
Date: 2010/2/10
Subject: Tanda Penghargaan
To:
ebacaan114@gmail.com

 

Tuan pengurus laman yang dikasihi, semoga sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dirahmati Allah.

Saya telah melayari laman ini lebih kurang tiga bulan dan dengan izinNya banyak manfaat saya perolehi di laman ini.

Terima kasih tuan atas kesudianya yang tak jemu-jemu mengarang berpandukan Al-Quran.

saya menulis disini kerana setelah membaca artikel 'sebagai petunjuk mengapa jadi bersyair',

saya ada baca ayat ini  begini.. 

"Dan Kami tidak mengajarnya syair (untuk berlagu), ia (bersyair itu) tidaklah patut baginya. Ia hanyalah satu Peringatan dan sebuah al-Quran yang jelas Q. 36:39

saya perolehi ayat tersebut dari Bacaan begini...

36:39. Dan bulan - Kami tetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan sehingga ia kembali seperti sebatang dahan palma yang tua.

saya harap tuan dapan menolong saya menjelaskan ayat tersebut. sekiranya saya tersalah tanya mohon harap maafkan saya.

sekian terima kasih.

Segala puji bagi Allah Pemelihara semua alam

-Yaseen Ali-


Salamun alaikum,

Terima kasih atas sokongan dan kesudian menulis kepada kami. Syabas kerana dapat mengesan kesilapan pada artikel Sebagai petunjuk mengapa jadi bersyair yang ditulis hampir lima tahun lalu. Kesilapan pada bilangan surah yang bukan 36:39 tetapi 36:69 telah kami betulkan.

Mengenai ayat 36:39 yang ditanya, kami menerimanya dengan baik, lalu pergi ke internet untuk mencari jawapan. Kami menjumpainya di sini:

http://images.google.com/images?q=phases+of+the+moon&rls=com.microsoft:en-us:IE-SearchBox&oe=UTF-8&sourceid=ie7&rlz=1I7GGLL_en&um=1&ie=UTF-8&ei=I3hyS_zMJI3o7AOclpzIDw&sa=X&oi=image_result_group&ct=title&resnum=4&ved=0CBsQsAQwAw

Di situ mungkin terdapat penjelasan maksud pengkalan-pengkalan bagi bulan, dan untuk maksud frasa "kembali seperti sebatang dahan palma yang tua" pula, kami turunkan gambar yang menunjukkan peringkat-peringkat bulan dengan bentuknya seperti dapat dilihat dalam tempoh satu bulan:


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kami berpendapat, bentuk bulan sabit pada awal dan akhir bulan, adalah bagai dahan atau pelepah pohon palma (contoh pohon kelapa) yang sudah tua, dan gugur. Bentuknya melengkung.

Dengan ayat itu juga dapat diketahui bulan (month) sama ada ia baru bermula atau sudah berada pada hari-hari penghujungnya. Yang baru bermula sabitnya di bahagian kanan bulan, sementara di hunjungnya di bahagian kiri.

Sekian, pendapat kami.

Terima kasih.
 

11 Februari 2010

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman