Menikahi Bekas Mentua

 

 

 

From: sipekan
Date: 2009/10/19
Subject: HARAM menikahi bekas mentua?
To:
ebacaan114@gmail.com


Salam,

Semalam saya terbaca ruangan agama di Berita Minggu di halaman 33.

 

Ada seorang yg bernama SA dari Kelantan bertanyakan kepada Ustaz yg mengendalikan ruangan tersebut ttg hukum menikahi bekas mentua.

Soalannya berbunyi begini,

 

"Seorang lelaki menikahi seorang wanita tetapi selang beberapa bulan, bertindak menceraikan wanita itu. Dalam tempoh perkahwinan yg singkat itu, lelaki berkenaan belum pernah adakan hubungan seks dengan isterinya. Apakah lelaki ini dibolehkan menikahi bekas ibu mertuanya iaitu ibu bekas isterinya itu?"

 

Jawapan yg diberikan oleh Ustaz berkenaan pula berbunyi,

 

"HARAM seorang lelaki menikahi bekas ibu mentuanya, sama ada dia sudah berjimak dgn anak wanita itu ataupun belum." Sambil beri ayat 4:23 sebagai rujukan dan juga rujukan dalam Sahih Tafsir Ibn Kathir. Dalam versi internet hanya diberikan jawapan ringkas shj.

 

Ayat 4:23 berbunyi,

 

"Diharamkan kepada kamu adalah ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan anak-anak perempuan saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu kamu yang susukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri perempuan kamu yang dalam jagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu - dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu, dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu; Allah Pengampun, Pengasih."

 

Saya ingin bertanya pandangan sdr mengenai ayat tersebut iaitu "..., dan ibu-ibu isteri kamu, ...". Adakah maksudnya dilarang berkahwin dgn ibu isteri kita ketika kita masih beristerikan anak mereka shj (ini adalah sesuatu yg dapat difahami) ataupun dilarang juga selepas kita menceraikan isteri kita tersebut ?

 

 

Link ruangan agama
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Agama/20091018001545/Article/index_html

 

TK.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Sekali lagi sahabat muncul dengan kiriman yang bermanfaat, setelah kian lama buat demikian, dan atas ketidakjemuan sahabat buat demikian kami rasa amat bersyukur.

Pertama ingin dinyatakan di sini iaitu setelah merenung ayat bersabit kami terasa sesuatu yang mungkin akan mengelirukan pembaca lalu kami baiki kandungannya, dengan membuang dua perkataan, seperti dijelaskan di halaman Pembetulan. Kami mohon maaf atas pembetulan tersebut yang tidak begitu ketara atau memesongkan.

Kembali kepada kes seorang lelaki yang tidak berhubungan kelamin dengan isteri, menceraikannya kemudian, dan selepas itu ingin kahwini ibu bekas isterinya pula. Untuk menyelesaikan persoalan sama ada dia boleh kahwininya atau tidak sebuah ayat al-Qur'an dan kitab Sahih Tafsir Ibn Kathir telah dirujuk oleh ustaz surat khabar berkenaan, yang selanjutnya menetapkan perkahwinan tersebut sebagai haram.

Rujukan bagi kami pula ialah hanya ayat berkenaan, yang kini dikemaskini, dan diturunkan di bawah dengan kandungannya diceraikan kepada beberapa bahagian atas sebab tertentu, seperti berikut:

"Diharamkan kepada kamu adalah

 

ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu, dan ibu-ibu saudara kamu sebelah bapa dan sebelah ibu kamu, dan anak-anak perempuan saudara lelaki kamu dan saudara perempuan kamu,

(diharamkan atas sebab darah)

 

dan ibu-ibu kamu yang menyusukan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu yang sesusuan,

(diharamkan atas sebab susu)

 

dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak perempuan yang dalam penjagaan kamu daripada isteri-isteri kamu yang kamu telah masuk - tetapi jika kamu belum masuki mereka, maka tidak salah ke atas kamu -
(diharamkan atas pertalian melalui perkahwinan anak, kecuali jika belum dimasuki)

 

dan isteri anak-anak kamu yang daripada pinggang kamu,
(atas pertalian melalui perkahwinan anak, seperti di atas)

 

dan kamu himpun dua perempuan adik-beradik, kecuali apa yang telah lalu;
(atas pertalian darah persaudaraan dengan isteri)

 

Allah Pengampun, Pengasih." (4:23)
(ayat menyusul, 4:24, menambah golongan perempuan-perempuan yang bersuami ke dalam kategori orang-orang yang diharamkan berkahwin dengan mereka)

Jika bahagian-bahagian yang dibuat itu diterima, maka lelaki tadi boleh kahwini bekas mentua asal saja dia belum masuk isterinya. Tambahan pula, kalau anak perempuan isteri tersebut, yang sedarah dengannya, boleh dikahwini, mengapa tidak ibunya pula!

 

Daripada itu, dapat disimpulkan juga iaitu sekiranya isteri sudah dimasuk maka anak dan ibunya jadi haram, buat selama-lamanya, bagi lelaki yang telah memperisterikannya.

 

Demikianlah hanya pendapat kami yang berbeza dengan ustaz tersebut. Betulkan ia apabila didapati sesat.

 

Terima kasih.

 

Salam.

 

 

21 Oktober 2009

 

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman