Daftar Surah
Halaman Utama   Perpustakaan   Terkini   Artikel   Kalimat Pilihan   Keratan Akhbar
Sudut Pelajar   Soalan Lazim   Hiasan   Penemuan   E-Mail
English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman

 

Pembetulan
Bacaan
untuk Peringatan

Download Bacaan.pdf dan .docx (WINRAR)


Mohon maaf atas segala kesilapan. Ia tidak disengajakan.

Ayat-ayat Bacaan setelah dibetul dengan huruf/perkataan berwarna merah seperti di bawah:


Tarikh Pembetulan:

16 Feb 2014

40:67. Dia yang cipta kamu daripada tanah, kemudian daripada setitis mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian Dia keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian supaya kamu sampai dewasa, supaya kemudian kamu jadi tua, dan antara kamu ada yang mati sebelum itu, dan supaya kamu sampai tempoh yang dinyatakan, supaya kamu faham.

1 Okt 2012

4:103. Apabila kamu sudah laksanakan solat, ingatlah akan Allah, berdiri, dan duduk, dan di atas lambungan kamu. Kemudian, apabila kamu tenteram, lakukan solat; sesungguhnya waktu solat adalah dikitabkan (ditentukan) bagi orang-orang mukmin.
(Sila padam frasa "satu waktu yang". Terima kasih.)
 

12 Mac 2011

7:38. Berkata, "Masuklah kamu kepada umat-umat yang telah berlalu sebelum kamu, daripada jin dan manusia, ke dalam Api." Setiap kali sesuatu umat masuk, ia laknatkan saudaranya sehingga, apabila mereka semua sudah berkumpul di dalamnya, yang terakhir daripada mereka berkata kepada yang pertama, "Wahai Pemelihara kami, mereka inilah yang sesatkan kami, maka berikan mereka azab dua kali ganda daripada Api." Berkata, "Bagi masing-masing dua kali ganda, tetapi kamu tidak tahu."
("sister-nation")

----------

Untuk Edisi Kedua sahaja:

14:38. Wahai Pemelihara kami, Engkau mengetahui apa yang kami sembunyikan, dan apa yang kami siarkan; daripada Allah tiada sesuatu yang tersembunyi di bumi, dan tiada juga di langit.
(Frasa tersebut telah terpadam semasa buat penyemakan. Harap dimaafkan.)

----------


3 Okt 2011:

9:51. Katakanlah, "Tiada yang akan menimpa kami melainkan apa yang Allah telah tuliskan bagi kami; Dia Pelindung kami, dan kepada Allah hendaklah orang-orang yang mukmin tawakal (mempercayakan)."
(Entah macam mana perkataan itu terpadam dalam edisi ke-2 ini kami tidak tahu! Harap maaf.)

25:54. Dan Dia yang ciptakan daripada air, manusia, dan membuatnya sekeluarga melalui darah dan perkahwinan; Pemelihara kamu Berkuasa.
(Terima kasih kepada saudara emi_samad.)


25 Sept 2011:

5:3. Diharamkan kepada kamu ialah bangkai, dan darah, dan daging babi, dan apa-apa yang disucikan kepada selain daripada Allah, dan yang dicekik, dan yang dipukul, dan binatang yang jatuh lalu mati, dan binatang yang ditanduk, dan apa yang dimakan binatang buas, kecuali kamu korbankannya dengan patut, dan apa yang dikorbankan untuk berhala, dan membahagi dengan ramalan anak-anak panah; itu ialah kefasiqan. Pada hari ini orang-orang tidak percaya berputus asa daripada agama kamu; maka jangan takut pada mereka, tetapi takutilah Aku. Pada hari ini, Aku sempurnakan agama kamu untuk kamu, dan Aku cukupkan rahmat-Ku ke atas kamu, dan Aku puas hati Islam sebagai agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa, dalam kekosongan, dan tidak condong untuk maksud buat dosa, maka sesungguhnya Allah Pengampun, Pengasih.

60:1: Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil musuh-Ku dan musuh kamu untuk wali (sahabat), dengan menyampaikan kasih sayang kepada mereka, sesungguhnya mereka tidak percaya kepada yang benar yang datang kepada kamu, dengan mengusir Rasul dan kamu kerana kamu percayai Allah, Pemelihara kamu. Jika kamu keluar untuk berjuang di jalan-Ku dan inginkan kepuasan hati-Ku, dengan merahsiakan kasih sayang kepada mereka, dan Aku sangat-sangat tahu apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu siarkan; dan sesiapa antara kamu yang buat demikian itu, dia sesat daripada jalan yang betul.

68:12. Penghalang kebaikan, pencabul yang berdosa,


30 Ogos 2011:

38:32. Dia berkata, "Sesungguhnya aku cintai kecintaan pada benda-benda yang baik lebih daripada mengingati Pemeliharaku sehingga matahari tersembunyi di belakang hijab (tabir).
(perkataan matahari dipadam kerana tidak wujud di dalam ayat - terima kasih kepada ruflwest)


27 Ogos 2011:

2:85. Kemudian kamu ini, kamu bunuh diri-diri (sesama) sendiri dan usir segolongan kamu daripada tempat-tempat tinggal mereka, dengan bantu-membantu terhadap mereka dalam dosa dan permusuhan, dan jika mereka datang kepada kamu sebagai tawanan, kamu tebus mereka, walaupun pengusiran mereka telah diharamkan. Adakah kamu percayai sebahagian al-Kitab, dan kamu tidak percaya kepada sebahagian yang lain? Maka apakah balasan ke atas orang-orang daripada kamu yang buat demikian itu, melainkan kerendahan dalam kehidupan dunia, dan pada Hari Kiamat, dikembalikan kepada azab yang paling keras, dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat.


1 Ogos 2011:

2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.
(Tambah "j" untuk menjadi kebajikan)


21 Mei 2011:

18:88. Tetapi orang yang percaya dan buat kerja-kerja baik , maka baginya balasan paling baik, dan kami akan kata kepadanya daripada perintah kami, yang mudah."

18:110. Katakanlah, "Aku hanya seorang manusia yang serupa dengan kamu; diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu. Maka hendaklah dia yang harapkan pertemuan dengan Pemeliharanya buat amalan (kerja-kerja) kebaikan, dan dia tidak sekutukan dalam penyembahan kepada Pemeliharanya dengan sesiapa pun."

25:70. Kecuali orang yang bertaubat, dan percaya, dan buat amalan (kerja-kerja) yang baik; bagi mereka itu, Allah akan tukar kejahatan-kejahatan mereka dengan yang baik, dan Allah Pengampun, Pengasih.