Petikan Bible di dalam Khutbah

 

From: ulul_albab6236
Date: 2009/9/29
Subject: petikan bible di dalam khutbah
To:
Cc:
ebacaan114@gmail.com

 

nampakkan ATAU rahsiakan SEDEKAH

 

Salamun alaikum,

 

Bertemu lagi tuan dan sahabat-sahabat yang diredhai Allah. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsi pandangan hasil daripada sedikit kajian yang saya buat baru-baru ini. Sebelum ini saya pernah dijelaskan dan membaca berbagai artikel di internet (termasuklah laman web bacaan) yang buktikan tentang kebanyakan hadith sebenarnya adalah cedokan daripada Bible. Bagi saya  suatu kebenaran itu perlu dinilai dan dikaji secara lebih saintifik dan quranik. Maka tidaklah kita mengikut kebanyakkan orang yang malas berfikir dan jadi pak turut terhadap setiap pandangan tokoh (mufti, tuk guru dan ustaz) . Allah telah jelaskan seperti ayat dibawah:

 

17:36. Dan jangan ikut apa yang kamu tiada pengetahuan mengenainya; pendengaran, dan penglihatan, dan hati - semua itu ditanya.

 

Justeru itu, saya sendiri cuba untuk meneliti kandungan bible bertujuan mencari mana2 hadith dan cerita karut marut yang telah berakar umbi dalam masyarakat Islam berkemungkinan akan ditemui. Berdasarkan penelitian yang dibuat, ternyata apa yang difahamkan kepada saya sebelum ini sememangnya benar. Sebagai contoh kalimat Amin dan  bersunat yang langsung tidak disebut dalam Al-Quran tetapi amat banyak disebut di dalam bible.

 

Beberapa hari kemudian, secara kebetulan saya terdengar satu ayat diucapkan oleh khatib di dalam khutbah seolah-olah sama seperti petikan daripada bible yang pernah dibaca. Untuk pengetahuaan sahabat, khutbah yang disampaikan hari itu hanya fokus membincangkan tentang konsep sedekah di dalam Islam. Ucapan yang  baru didengar itu bermain di fikiran dan menimbulkan persoalan kepada saya bagaimana teks khutbah yang disediakan oleh Jabatan Agama Negeri boleh mengandungi petikan daripada bible dan dijadikan  hujah dan dalil. Bagi saya sudah pasti teks khutbah itu ditulis oleh mereka yang digelar ustaz, mufti, tuk guru dsb yang dikenal lebih arif tentang ilmu agama. Petikan bible yang saya maksudkan seperti dibawah ini :

 

Matthew 6:3 Tetapi jika engkau memberi sedekah, janganlah diketahui tangan kirimu apa yang diperbuat tangan kananmu.

 

Berikutan itu, saya meneruskan pencarian untuk meneliti kitab hadis (Shahih Muslim) pula kerana percaya kemungkinan ayat didengar ketika khutbah itu juga diambil daripada hadis yang diterangkan sebagai satu cedokan daripada bible. Walaubagaimanapun anggapan saya masih belum terbukti sehinggalah saya bertemu dengan hadith seperti dibentangkan dibawah. Jika diteliti pada ayat yang berwarna biru dalam hadith ini dan dibandingkan pula dengan ayat yang dikutip daripada bible diatas, kita dapat perhatikan persamaan maksud antara keduanya.

 

Hadis Abu Hurairah r..a:
Nabi s.a.w telah bersabda: Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan tersebut ialah pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah semasa hidupnya, seseorang yang hatinya sentiasa berpaut pada masjid-masjid iaitu sangat mencintainya dan selalu mendirikan sembahyang berjemaah, dua orang yang saling mengasihi kerana Allah iaitu keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, seorang lelaki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai kedudukan dan rupa paras yang elok untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata: Aku takut kepada Allah!,
seorang yang memberi sedekah tetapi dia rahsiakannya seolah-olah tangan kanan tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kirinya dan seseorang yang akan ingat Allah di waktu sunyi sehingga mengalirkan air mata dari kedua matanya.

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 1712

 

Samaada kita sedari atau tidak, realitinya ayat-ayat itu jugalah yang selalu dijadikan hujah dan dalil di dalam mana-mana ceramah, khutbah (termasuklah pengalaman peribadi penulis) dan tulisan apabila menghuraikan isu sedekah. Dengan ini  mereka boleh mengatakan Islam hanyalah menggalakkan umatnya bersedekah dengan merahsiakannya. Adakah benar pendapat ini? keterangan mengenai hal ini ada dinyatakan di dalam al-Quran, iaitu berdasarkan firman Allah s.w.t yang bermaksud :

 

2:271. Jika kamu nampakkan sedekah kamu, ia sangat baik, tetapi jika kamu rahsiakan, dan beri orang-orang fakir (yang memerlukan), maka itulah lebih baik bagi kamu, dan akan lepaskan kamu daripada kejahatan-kejahatan kamu; Allah sedar apa kamu buat.

 

Jadi, apa yang dapat difahami di sini, Allah beri pilihan samaada kita lakukan sedekah secara nyata atau sembunyi. Ayat ini bertentangan jika dibandingkan dengan hadis tersebut. Segala kebaikan itu pasti akan dibalas Allah dengan setimpal asalkan amalan itu  dilakukan dengan ikhlas kerana Allah tahu setiap perbuatan manusia. Disamping itu, saya senaraikan ayat-ayat lain yang didapati berkaitan:

 

4:149. Jika kamu nampakkan kebaikan yang kamu buat, atau rahsiakannya, atau maafkan kejahatan, maka sesungguhnya Allah Pemaaf, Berkuasa.

 

2:274. Orang-orang yang nafkahkan harta mereka, malam dan siang, secara rahsia dan secara terbuka, upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

 

13:22. Orang-orang yang sabar, dengan inginkan Wajah Pemelihara mereka, lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, dan yang tolak kejahatan dengan yang baik - bagi merekalah tempat kediaman muktamad,

 

 

14:31. Katakanlah kepada hamba-hamba-Ku yang percaya, bahawa mereka lakukan solat, dan nafkahkan daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, sebelum datang satu hari yang padanya tiada jual beli, dan tiada juga persahabatan.

 

16:75. Allah buat satu persamaan: seorang hamba yang dimiliki tuannya yang tidak berkuasa terhadap sesuatu, dan orang yang Kami rezekikan daripada Kami Sendiri dengan rezeki yang baik, dan dia nafkahkan daripadanya secara rahsia dan terang-terangan. Adakah mereka sama? Segala puji bagi Allah, tetapi kebanyakan mereka tidak tahu.

 

35:29. Sesungguhnya orang-orang yang baca Kitab Allah, dan lakukan solat, dan nafkahkan (belanjakan) daripada apa yang Kami rezekikan mereka, secara rahsia dan secara terbuka, mereka mengharapkan perdagangan yang tidak sia-sia,

 

Hikmah nampakkan atau rahsiakan sedekah.

 

Sesungguhnya pasti ada hikmah disebalik cara sedekah dihulurkan secara terang-terangan atau sembunyi malahan Itu sebenarnya adalah kehendak Allah. Seterusnya saya huraikan hikmah kedua-dua cara pemberian sedekah mengikut apa yang difahamkan melalui Al-Quran.

 

Sedekah itu perlu didedahkan kepada orang  ramai dan dilakukan secara terang-terangan sebagai tauladan atau role model yang baik dalam menggalakkan orang ramai lakukan amalan yang sama dan pastilah ianya merupakan suatu kebaikan kerana ianya tergolong dalam kerja-kerja amal makruf dan nahi mungkar. Malah setiap orang yang melakukan kebaikan boleh menimbulkan saingan di kalangan umat Islam, selaras dengan firman Allah s.w.t yang bermaksud:

 

2:148. Tiap-tiap orang ada haluannya yang dia palingkan; maka berlumba-lumbalah kamu dalam kebajikan.. Di mana sahaja kamu berada, Allah akan datangkan kamu semua. Sesungguhnya Allah berkuasa atas segala sesuatu.

 

Walaubagaimanapun, rahsiakan sedekah diterangkan oleh Allah sebagai lebih baik seperti yang disebut dalam ayat 2/271. rahsiakan sedekah jadi bukti keikhlasan orang bersedekah yang tidak mengharapkan apa2 balasan dan pujian daripada orang ramai. Disamping  itu  dapat menjauhkan orang bersedekah daripada sifat menunjuk-nunjuk (riak) yang hanya sia-siakan amalannya itu. Firman Allah: 

 

2:264. Wahai orang-orang yang percaya, jangan batalkan sedekah kamu dengan celaan dan gangguan, seperti orang yang nafkahkan hartanya untuk menunjuk-nunjuk kepada manusia, dan dia tidak percayai Allah dan Hari Akhir. Persamaan dia seperti persamaan batu yang licin yang di atasnya tanah, kemudian hujan lebat menimpanya, dan tinggalkannya tandus. Mereka tidak ada kuasa ke atas sesuatu daripada apa yang mereka usahakan. Allah tidak beri petunjuk kepada kaum tidak percaya.

2:263. Ucapan yang baik, dan ampunan, adalah lebih baik daripada sedekah yang diikuti gangguan; dan Allah Kaya, Penyantun.

 

Selain itu, rahsiakan sedekah dapat mengelakkan berlaku pergaduhan dalam urusan pemberian sedekah seperti ayat yang berbunyi.

 

9:58. Antara mereka cari kesilapan dengan kamu mengenai sedekah; jika mereka diberi sebahagian daripadanya, mereka sangat puas hati, tetapi jika mereka tidak diberi, mereka menjadi marah.

 

Mengelakkan tohmahan dan ejekan kepada orang yang memberi sedekah yang kecil.

 

9:79. Orang-orang yang mencari kesilapan orang-orang mukmin yang beri sedekah dengan sukarela, dan orang-orang yang tidak dapati sesuatu melainkan usaha mereka, yang mereka olok-olokkan - Allah memperolok-olokkan mereka; bagi mereka, azab yang pedih.

 

Harap diperbetulkan jika saya tersilap.

 

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas input yang menambah pengetahuan di laman ini mengenai ajaran Islam daripada Bible. Atau ajaran Kristian dalam Islam.

Sehubungan itu kami telah menerima e-mel, beberapa minggu lalu, daripada seorang yang nyata menunjukkan sefahaman dengan ajaran paderi (Kristian). Sebahagian daripada kandungan e-mel dipadam di sini untuk tinggalkan bahagian yang berkaitan dengan perkara sedang dibincang sahaja. E-mel yang telah disingkatkan kandungannya adalah seperti di bawah:


From: Meor Zainal
Date: 2009/9/8
Subject: Tulisan W Kassim
To:
ebacaan114@gmail.com


salam hormat,

<dipadam>

Jika saudara W Kassim ingin ambil ayat2 Quran untuk memperkuatkan hujah saudara, saya rasa perlu dilihat dulu petikan dari suatu kenyataan oleh seorang padri Krisitan, seperti dibawah:

"a quote from a priest:

The moment people declare "the Bible says," they are misrepresenting truth.

The Bible doesn't "say" anything. Every translation is an interpretation and every preacher is an interpreter of that interpretation. So what we say the Bible says is what we have interpreted the Bible to say. To pretend otherwise is to claim knowledge not even the biblical writers claim for themselves.

What would be interesting is to change the word bible to al-Quran "


<dipadam>


Dimaklumkan iaitu bahagian yang dipadam adalah mengenai kritikan penulis Lailatul Qadar -Penantian Sia-sia terhadap hadis mengenai tajuk tersebut.

Daripada bahagian yang tidak dipadam, seperti tercatat di atas, didapati saudara MZ tidak mengendahkan ayat-ayat al-Qur'an yang dihadapkan kepadanya kerana ikut kata seorang paderi berbunyi kurang lebih,


Pada waktu orang-orang mengisytiharkan "Bible mengatakan" mereka beri gambaran yang salah tentang kebenaran.


Dan di akhir petikan, beliau menyatakan alangkah menarik jika ditukar perkataan bible kepada al-Qur'an.

Maksudnya, apa yang dikatakan firman Allah di dalam al-Qur'an adalah bukan kata-Nya yang sebenar, atau bukan maksud-Nya yang sebenar!

Betulkah itu? Mungkin kerananya beliau lalai daripada kata-kata Allah yang menegaskan bahawa al-Qur'an itu jelas dan ia juga telah dipermudahkan-Nya untuk menjadi Peringatan bagi manusia.

Apa yang cuba dibuat oleh paderi Kristian ialah melarang orang ramai daripada membaca Bible. Dengan itu segala urusan agama harus dirujuk kepada mereka. Kerana hanya mereka yang tahu dan faham Bible?

Penyakit yang serupa menular pula dalam Islam. Kerana ada orang ikut disiplin atau ajaran agama paderi Kristian.

Sekian, terima kasih.

Salam.


30 Sept 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
 Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

  Tulis kepada Pengurus Laman