Lailatul Qadar & amalan Ramadan
From: nadzri
Date: 2009/9/11
Subject: Malam Lailatul Qadar -(97-4)
To: <ebacaan114@gmail.com>
Salamun’alaikumBersua kembali di bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga Tuan berada dalam kesejahteraan,sihat walafiat.
Email saya kali ini mengutarakan tentang topik di atas yg lazimnya pada 10 waktu terakhir ramadhan ditunggu2 oleh mereka yang tidak memahami kalam Allah dalam ertikata yang sebenarnya.
Bersandarkan Al-Quran ,saya telah meneliti beberapa terjemahan surah lailatul Qadar – khususnya ayat ke-4 di mana terjemahannya agak jauh bezanya (deviates) dari terjemahan e.bacaan.
97-4 :Padanya malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah (terjemahan e-bacaan) manakala terjemahan yang sering kedapatan di Al-Quran terjemahan lain :
“Pada Malam itu malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikut)”
Persoalannya di sini di mana datangnya ayat yg di tulis dgn italic & dalam kurungan di atas? Mereka yang mengaku berkredebiliti dalam bahasa Arab yg jadi panel penilai tentang terjemahan ini mungkin sengaja “terlepas pendang” atau “tersalah terjemahan” atau megmengadakan yang tiada pada kalam Allah.
Mohon pandangan dari pihak Tuan.
T.Kasih
Nadzri
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi bertemu lagi. Tajuk yang dikemukakan, Lailatul Qadr, sering ditanya kepada kami pada bulan Ramadan. Kali ini perkara yang dibangkitkan mengenainya agak penting kerana ayat yang dikemukakan mungkin jadi penyebab atas kewujudan kepercayaan dan amalan untuk malam tersebut bagi sesetengah golongan. Dan ayat itu pula disyaki telah dicemari.
Untuk memastikan sama ada ia dicemar atau tidak kami turunkan ayat berkenaan dan terjemahkannya secara verbatim (dengan panduan Lafaziyah):
"tanazzalu (turun) lmala-ikatu (para malaikat) warruuhu (dan Roh) fiihaa (padanya) bi-idzni (dengan izin) rabbihim (Pemelihara mereka) min kulli (dari segala) amrin (urusan)" - 97:4
Apabila dikumpulkan terjemahannya ia berbunyi seperti berikut:
turun - para malaikat - dan Roh - padanya - dengan izin - Pemelihara mereka - dari segala - urusan
Menyentuh sedikit mengenai amrin yang diterjemah kepada urusan. Pada ayat yang lain, contoh 2:109, Lafaziyah menterjemahkan kalimat tersebut kepada perintah pula, sama seperti Bacaan, yang turut menterjemahkan kalimat tersebut kepada perintah pada ayat 97:4 di atas.
Setelah disusun semula kumpulan perkataan-perkataan di atas untuk disesuaikan dengan bentuk ayat Melayu yang senang dibaca, ia berbunyi seperti di bawah, dan ia merupakan juga terjemahan Bacaan kepada ayat tersebut:
"Padanya malaikat-malaikat dan Roh turun, dengan izin Pemelihara mereka, dengan segala perintah," (97:4)
Sila bandingkan pula dengan terjemahan daripada suatu sumber yang dicatat sahabat Nadzri di atas:
“Pada Malam itu malaikat dan Roh (Jibril) dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikut)”
Jelas kelihatan bahawa terjemahan telah dicemari dengan kata-kata yang tiada pada teks asal. Benarkah Tuhan turunkan perkara "yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikut", iaitu suatu perkara yang ghaib? Benarkah Nabi telah diberi pengetahuan tentang yang ghaib serupa itu? Tidak, menurut Allah, melalui ayat-ayat-Nya yang berbunyi,
"dan Allah tidak akan beritahu kamu (Muhammad) yang ghaib" (3:179)
"Aku (Muhammad) tidak kata kepada kamu, 'Aku mempunyai perbendaharaan Allah'. Aku tidak tahu yang ghaib," (6:50)
"Katakanlah, 'Aku (Muhammad) tidak ada kuasa untuk manfaatkan diriku atau mudaratkan, kecuali seperti yang Allah hendaki. Sekiranya aku tahu yang ghaib, tentu aku ambil banyak kebaikan, dan keburukan tidak akan sentuh aku. Aku hanyalah seorang pemberi amaran dan pembawa berita gembira bagi kaum yang percayai.'" (7:188)
"Aku (Muhammad) tidak kata kepada kamu, aku mempunyai perbendaharaan Allah; aku tidak tahu yang ghaib," (11:31)
Kalau Nabi tidak diberitahu oleh Allah tentang perkara yang ghaib, seperti yang didakwa itu, maka tidak mungkin manusia lain, yang tidak setaraf dengan baginda, diberitahu-Nya pula.
Oleh demikian, jika ayat 97:4 dengan terjemahan yang dicemari itu diguna untuk mengesahkan kepercayaan Lailatul Qadr, maka kepercayaan itu tiada lain hanya merupakan rekaan sesetengah manusia sahaja, atau karut belaka. Harap maaf jika tersinggung.
Surat kedua diterima pada hari yang sama adalah mengenai amalan-amalan yang lazim dilakukan pihak tertentu pada malam bulan Ramadan termasuk Lailatul Qadr. Kandungannya seperti berikut:
From: megat.edli
Date: 2009/9/11
Subject: Pertanyaan mengenai amalan bulan Ramadan dan Hukum Fekah
To: ebacaan114@gmail.com
Salamunalaikum,
Saya mohon bertanya pada tuan mengenai amalan-amalan yang dilakukan sekarang seperti solat terawih, tadarus, lailatul qadar da sebagainya. Adakah amalan ini dalam Al-Quran dan jika tiada apakah amalan-amalan tambahan (jika ada) yang sesuai di bulan Ramadan.
Soalan kedua adakah hukum wajib,sunat,makruh,harus,haram,sunat muakkad wujud menikut Al-Quran.
Terimakasih. Semoga tuan dirahmati Allah sentiasa.
Yang benar,
mefah
Terima kasih. Dukacita dimaklumkan iaitu semua amalan yang disebut tidak dirakamkan di dalam al-Qur'an. Lalu jadikannya amalan-amalan yang tidak disuruh Allah dalam agama-Nya.
Akan tetapi terdapat satu amalan (yang juga disebut bersama Rumah-Ku -2:125), untuk malam Ramadan, dan ia diselitkan ke dalam ayat berbunyi,
"Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah tahu bahawa kamu khianati diri-diri kamu sendiri, dan terima taubat kamu, dan maafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka, dan carilah apa yang Allah tuliskan (tetapkan) untuk kamu. Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam, dan jangan campuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid. Itu had-had (hudud) Allah; janganlah keluar daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan ayat-ayat-Nya kepada manusia supaya mereka bertakwa." (2:187)
Masjid yang dimaksudkan di situ adalah bukan seperti yang sedia maklum kerana ia bukan tempat orang bercampur dengan isteri. Masjid bermaksud tempat sujud, yang boleh diadakan di tiap-tiap rumah (sila lihat Masjid), dan pada hemat kami, itulah masjid yang dimaksudkan ayat di atas.
Apakah yang dilakukan semasa bertekun (iktikaf) di tempat sujud? Kami tidak nampak yang lain kecuali segala yang berkaitan dengan al-Qur'an, seperti membaca, mengkaji, dan renungkan ayat-ayat-Nya, dan untuk refleksi diri serta ditambah dengan berdoa. Semasa lakukannya, seseorang dilarang bercampur dengan isteri.
Itu saja amalan tambahan untuk malam bulan Ramadan anjuran agama Allah. Dan tidak pula disebut malam-malam tertentu untuk melakukannya.
Pernah terbaca dahulu, sebelum memeluk agama Allah, iaitu semasa berpegang pada anutan ASWJ, tentang suatu kegiatan dilakukan pada malam Ramadan semasa pemerintahan seorang Khalifah, mungkin Omar, atau semasa Nabi masih hidup lagi, kami tidak begitu ingat. Pada masa itu orang-orang berkumpul di masjid dengan tujuan buat persediaan atau perancangan untuk berperang. Mereka pergi berperang pada bulan Syawal, sebelum tiba bulan haram. Mereka menggelar bulan Ramadan dengan nama "bulan mengasah pedang".
Itu hanya cerita atau sejarah tulisan manusia. Tetapi yang menarik ialah mereka tidak berkumpul untuk Terawih dan sebagainya. Mungkin setelah keadaan jadi aman, dan datang pemikiran baru, perkumpulan itu jadi Terawih dan amalan lain pula. Mungkin sahaja.
Terima kasih.
Salam.
12 Sept 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman