Menyentuh Babi

 

 

From: ellyas.kgv
Date: 2009/8/2
Subject: menyentuh babi
To:
ebacaan114@gmail.com
 

SALAMUN ALAIKUM ya tuan pengurus laman e-bacaan....
 
Saya amat berpuas hati dengan laman e-bacaan ini.Maka disini saya berkesempatan untuk bertanyakan kepada tuan tentang hukum menyentuh babi berdasarkan Al-Quran.Seperti kita sedia maklum bahawa Allah telah melarang Orang2 Yang Percaya daripada memakan daging babi.Persoalannya ialah Adakah terdapat hukum Allah yang menyatakan bahawa menyentuh babi baik secara sengaja atau tidak adalah haram dan berdosa kerana ia adalah najis menurut Al-Quran?seperti yang kita sedia maklum,umat Islam di dunia terutamanya kaum Melayu tidak berani mendekati babi....oleh itu saya ingin mendengar penjelasan tuan tentang perkara ini berlandaskan Al-Quran.
Saya amat nantikan jawapan daripada tuan..........
 
sekian,terima kasih..........


Salamun alaikum,

Teringat kisah sebuah kampung di mana tanaman penduduknya telah dirosakkan oleh babi hutan. Di situ juga terdapat seorang lelaki yang miliki sepucuk senapang. Apabila ditanya mengapa tidak ditembak sahaja haiwan tersebut dia menyatakan tentang kesanggupan buat demikian, tetapi malangnya tiada seorang pun yang sanggup membuang bangkainya. Bangkai harus dibawa ke suatu tempat untuk ditanam, dan oleh kerana ia berat maka beberapa orang kampung diperlukan untuk mengangkat. Keengganan orang kampung untuk menguruskan pembuangan bangkai disebabkan hukum agama yang melarang menyentuh babi.

Setelah mendengar keterangan orang yang suka memburu itu, beliau ditanya tentang memanggil orang berbangsa lain, bukan Islam, untuk menembak atau ambil babi yang sudah ditembak. Katanya, ia sudah dilakukan tetapi orang yang dipanggil itu hanya memerlukan seekor sahaja untuk dimakan, walhal makhluk yang datang untuk merosakkan tanaman datang dengan ahli keluarga yang agak besar.

Lalu tanaman tidak jadi sumber untuk meningkatkan kehidupan, dan tanah yang dimiliki dibiar jadi semak. Demikianlah suatu dilema orang kampung; mereka dirugikan dengan hukum agama, yang tidak menurut hukum Allah, Tuhan mereka. Dia hanya mengharamkan makan daging babi. Selain daripada itu, misalan menyentuh, memakai hasilan daripada kulit, atau menggunakan bulunya untuk mengecat, usah diharamkan lagi. Lagipun tidak ada ayat al-Qur'an yang mengharamkan buat demikian.

Najis telah disebut, tetapi tidak dibincang di sini, sebab sudah dijelaskan di laman ini. Sila rujuk Najis Sebenar.

Terima kasih kepada saudara pengirim surat di atas. Semoga penjelasan atau pendapat yang diberi dapat menjawab soalannya.

Salam.


3 Ogos 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman