Arak dan Gelatin pada makanan
From: janggutputih
Date: 2009/7/29
Subject: Arak.
To: ebacaan114@gmail.com
Salamun alaikum.
Saya ada beberapa kemusykilan yang ingin saya kongsikan bersama saudara, dan saya berharap saudara dapat beri pendapat atau jawapan kepada permasalahan saya ini.
Saudara, apakah bersalah jika saya makan makanan yang dimasak bercampur dengan arak. Sebagai contoh, masakan Jepun kebanyakkannya dicampur dengan sejenis arak sebelum dimasak, tidak silap saya 'Sake' atau mungkin juga arak jenis yang lain.
Adakah saya bersalah, sedangkan ketika dan selepas memakannya, saya masih berfikiran waras dan tidak mabuk ?.
Begitu juga dengan kopi; mengikut kata-kata beberapa sahabat saya, kopi yang dijual di kedai-kedai di tepi jalan seperti Starb**k dan sebagainya dicampur dengan sejenis arak iaitu 'Rum'.
Bagaimana pula dengan makanan yang dicampur dengan campuran gelatin dari babi ?. Saya faham bahawa yang haram ialah daging babi, tetapi bagaimana dengan gelatin ?.
Terima kasih.
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis kepada kami. Permasalahan yang dikemukakan untuk dibincang akan menambah kepada kandungan yang sedia ada di laman web ini, mengenai dua benda yang amat dijijikkan oleh orang Melayu (Islam), iaitu arak dan babi. Walhal menurut Allah ada sedikit kebaikan pada arak, dan bagi babi pula, hanya dagingnya dilarang untuk dimakan.
Arak yang dikatakan dosa besar, pada hemat kami, adalah yang diminum, kerana dengan perbuatan itu ia mampu "menghalang kamu daripada Peringatan Allah, dan daripada solat" (5:91). Sementara bagi yang dibubuh pada makanan, dan kemudian makanan itu dimasak, dirasakan tidak mampu buat demikian. Amalan masukkan arak ke dalam ramuan makanan mungkin merupakan satu daripada kebaikannya, seperti mencampurkannya ke dalam sesetengah jenis ubatan.
Mengenai dakwaan kedai kopi tersebut menjual kopi yang digaul dengan arak diharap pihak yang melontar telah melontarnya dengan berhati-hati, supaya tidak jadi seperti suatu golongan tidak bertanggungjawab, yang mendesak supaya sesebuah restoran makanan segera dipulaukan tanpa mengetahui franchise-nya dimiliki orang Melayu (Islam) dan majoriti pekerja-pekerjanya adalah Melayu (Islam) juga.
Sebelum dakwa (untuk tidak mendakyah dengan silap) sila semak dahulu menu di kedai, sama ada ia mengandungi nama-nama minuman kopi yang mengandungi arak, seperti berikut (terima kasih kepada Wikipedia):
This is a list of common liqueur coffee names with the liqueur used:
- Whisky Coffee, Whisky
- Highland Coffee or Cup o' Evening, Scotch whisky
- Irish Coffee, Irish whiskey
- Brandy Coffee, Brandy
- French Coffee, Grand Marnier
- Italian Classico, Amaretto
- German Coffee, German brandy from grapes or from fruit (for instance Kirschwasser) or with schnapps
- Calypso Coffee, Tia Maria or Kahlúa and rum
- Bailey's Coffee, Baileys Irish Cream
- Sultan Special Coffee, Baileys Irish Cream
- Shin Shin Coffee, Rum
- English Coffee, Gin
- Jamaican Coffee, Tia Maria & Rum
- Monk's Coffee, (Benedictine)
- Cafe Royale, (Brandy)
- Seville Coffee, (Cointreau)
- Witch's Coffee, (Strega)
- Russian Coffee, (Vodka)
- Parisienne Coffee, (Brandy)
- Australian Coffee, (Cask Wine/Goon)
- Corfu Coffee, Koum Quat liquor
Adalah difahamkan iaitu kopi-kopi dalam senarai tidak dijual di kedai berkenaan. Andaikata mereka ada disediakan tentu botol-botol araknya dapat dilihat berada di situ, sebab kopi hanya disediakan sejurus selepas dipesan. Sementara bagi kopinya yang digemari seperti Cappuccino dan Latte atau Black Coffee misalan Sumatran, atau lain, pembancur tidak diajar membancurkan mereka dengan sebarang jenis arak pun.
Hampir kesemua arak yang dicampur dengan minuman kopi dalam senarai adalah jenis "kuat" iaitu spirit, bukan jenis beer atau wine (mengenai kategori minuman beralkohol sila rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Alcoholic_beverages). Yang diguna pada makanan pula adalah lazimnya jenis wine, yang tidak begitu memudaratkan seperti spirit. Justeru, pada pendapat kami, jauhilah jenis-jenis kopi tersebut, kerana takut teringin pulak meminum whisky, brandy, gin, rum, vodka, dan sebagainya, dengan tanpa dicampur lagi. Iktibar diambil daripada perbuatan zina, yang Allah larang bukan hanya untuk dilakukan malah untuk tidak mendekatinya jua (17:32). Kami sedari bahawa arak dan zina tidak serupa, tetapi penggalaknya sama, iaitu syaitan.
Rasa arak yang diguna pada makanan tidak serupa pada kopi. Pada makanan, jika dapat dirasakan kesedapannya, maka kesedapannya duduk di tekak, tetapi pada kopi kesedapannya berlegar di kepala, lalu menimbulkan kebimbangan. Tambahan pula, dengan meminum kopi sahaja (tanpa dicampur arak), peminum mampu dirangsang kerana bahan caffeine yang terkandung di dalamnya. Apatah lagi apabila ia dicampur arak jenis spirit pula! (Sila layari http://en.wikipedia.org/wiki/Coffee untuk mengetahui tentang kopi dan sejarahnya yang agak menarik.)
Akhir sekali, mengenai gelatin. Ia tidak diperoleh daripada daging babi (atau haiwan ternakan lain) lantas jadikannya tidak haram dimakan. Keterangan lanjut mengenai gelatin dapat dibaca di http://en.wikipedia.org/wiki/Gelatin.
Pendapat kami atas tajuk arak dan gelatin pada makanan berakhir di sini.
Terima kasih dan Salam.
(Sila pergi ke Perpustakaan untuk bacaan lanjut mengenai arak dan makanan.)
31 Julai 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman