Solat pada Hari Berkumpul (3)

 

From: tj.tokjanggut
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, July 4, 2009 7:18:45 PM
Subject: Solat pada hari berkumpul.

Salam,

 

Saya tidak pasti sama ada Tok Janggut yang bertanyakan mengenai solat pada hari berkumpul itu saya. Cuma saya nak jelaskan bahawa saya agak tidak bersetuju dengan pendapat beliau yang mengatakan,"Pada ketika itu segala urusan manusia dilakukan pada waktu siang hari, samada perniagaan atau hiburan,mereka tidak ada lektrik seperti kita, apabila malam tiba mereka hidup dalam kegelapan,"

 

Daripada seorang kawan, beliau pernah bertanyakan orang tua Arab semasa kerjakan haji tentang kehidupan orang Arab dulu-dulu. Orang tua itu berkata, bangsa Arab rata-rata menjalankan perniagaan atau apa sahaja aktiviti pada waktu malam dan pada waktu siangnya mereka tidur.

 

Tak tahulah sama ada orang tua Arab itu berbohong atau tidak. Dan saya juga tak pasti yang dimaksudkan "dulu" tu bila.

 

Tapi kalau betul apa yang dikatakan oleh orang tua itu, ternyata solat pada hari berkumpul itu ditujukan kepada solat wusta atau solat isyak. Itu pendapat saya.

 

Sekian.

Salamun alaikum,

Terima kasih kerana sudi menulis lagi. Tentang amalan tidur waktu siang dan berjaga malam, ia bukan suatu yang pelik. Kerana kekadang manusia terpaksa buat demikian untuk mencari rezeki, seperti disebut al-Qur'an dengan ayat berbunyi,

"Dan daripada ayat-ayat-Nya ialah tidur kamu pada waktu malam dan siang hari, dan kamu inginkan sebahagian daripada pemberian-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah ayat-ayat bagi kaum yang mendengar." (30:23)

Selain daripada itu, terdapat satu lagi ayat yang berkaitan, tetapi tidur pada waktu tengah hari sahaja, yang jadi amalan penduduk beberapa bandaraya yang telah dimusnahkan pada zaman dahulu. Ayat tersebut berbunyi,

"Berapa banyaknya bandaraya yang Kami telah musnahkan? Bencana Kami datang kepadanya pada malam hari, atau mereka sedang tidur pada tengah hari." (7:4)

Terima kasih.

Salam.

 

5 Julai 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman