Aqidah dan Takwa

 

From: achedeen
To: e_bacaan@yahoo.com
Cc:
Sent: Friday, June 5, 2009 5:35:16 PM
Subject: Aqeedah

 

Salamun alaikum.

 

Bertemu kembali sahabatku dari golongan hamba-hamba Allah yang dipilih-Nya untuk diberikan-Nya petunjuk-Nya.

 

Saya telah membaca sebuah artikel dalam bahasa inggeris Hadith plagiarized from the Bible: Chapter 2  berkenaan dengan Aqidah (Aqeedah), jadi saya ada sedikit persoalan.

 

Menurut artikel tersebut perkataan aqidah tidak terdapat dalam Al-Quran dan ia adalah cedokan dari Bible Kristian yang menyebabkan golongan sunni dan syiah menganggap mereka lebih suci / lebih betul dari golongan lain. (ini salah satu faktor menyebabkan perpecahan kepada seluruh umat Islam) - saya bersetuju dengan pendapat tersebut.

 

Walaubagaimanapun apakah istilah yang sesuai yang boleh kita gunakan bagi merujuk kepada keyakinan kita atau pegangan kita kepada agama Allah (wa man ya' tassim billah : 3/101).

 

Ini kerana makna Aqidah yang saya kenal sebelum ini adalah bermaksud simpulan hati yang teguh (Iqtiqad jazam), tiada syak, tiada ragu (zan) dan tiada was-was (waham) terhadap Allah berkenaan dengan perkara samiat (ghaib) dan mumkinat (nyata).

Ia berasal dari perkataan Al-Aqdu  atau Aqdun yang bermaksud Aqad atau ikat

maka Aqidah itu adalah jamak(terbitan) daripada perkataan Al-Aqdu atau aqdun itu yang membawa maksud ikatan, Maka akidah itu secara literalnya adalah bermakdsud ikatan atau tali Allah (3/103).

 

Jadi sekarang ini saya tercari-cari istilah yang sesuai untuk mengantikan istilah Aqidah itu, atau masih bolehkah kita menggunakan istilah tersebut.

 

Saya amat berharap sahabat dapat membantu, mungkin fahaman saya sebelum ini salah.

 

Sekian terima kasih.

 

Salam.

 

Che Deen.


Salamun alaikum,

Terima kasih. Penjelasan mengenai aqidah tentu beri manfaat kepada kita semua.

Bukan tidak setuju atau mengatakan salah atas kegunaan perkataan aqidah, tetapi kami lebih suka menggunakan perkataan yang terdapat di dalam al-Qur'an, iaitu yang diguna oleh Allah sendiri. Perkataan yang dimaksudkan ialah takwa atau takut kepada Tuhan sebagai ikatan dalam pertalian dengan-Nya.

Dalam ikatan dengan-Nya, ketaatan diperlukan. Ketaatan dibuktikan dengan lakukan beberapa amalan yang disuruh. Orang-orang yang melakukan amalan-amalan tersebut dipanggil orang-orang bertakwa. Satu contoh ayat yang menyenaraikan amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang bertakwa berbunyi,

"Ia bukanlah ketaatan bahawa kamu palingkan muka kamu ke Timur dan ke Barat, tetapi ketaatan adalah percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan malaikat-malaikat, dan Kitab-Kitab, dan Nabi-Nabi; dan memberi harta, walaupun dicintainya, kepada sanak saudara, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan musafir, dan orang-orang yang meminta-minta; dan merdekakan hamba, dan lakukan solat, dan beri zakat, dan mereka yang tepati perjanjian mereka, apabila mereka buat perjanjian, dan orang-orang yang sabar dalam musibah, dan kesusahan, dan bencana. Mereka inilah orang-orang bertakwa (takut kepada Tuhan) dengan benar." (2:177)

Selain daripada itu, adalah didapati bahawa hanya ketakwaan seseorang yang akan menyelamatkan dia daripada seksa Jahanam (Neraka), dan duduk kekal di dalamnya, pada hari akhirat. Ayat berikut menjelaskan:

"Tiada seorang pun daripada kamu, melainkan dia akan turun kepadanya (Jahanam); itu, bagi Pemelihara kamu, adalah sesuatu yang sudah ditentukan, diputuskan.
Kemudian Kami selamatkan orang-orang bertakwa; dan orang-orang zalim, Kami tinggalkan di dalamnya, sambil melutut." (
19:71-72)

Selanjutnya, diketahui iaitu segala yang berkaitan dengan ketakwaan dijelaskan sendiri oleh Allah, bukan yang selain daripada-Nya, kerana hanya Dia tahu segala sesuatu. Firman-Nya,

"Allah tidak akan sesatkan satu kaum setelah Dia beri mereka petunjuk, sehingga Dia jelaskan kepada mereka apa yang mereka patut takwakan; sesungguhnya Allah tahu segala sesuatu." (9:115)

Penjelasan daripada Allah berada di dalam Kitab-Nya. Ayat-ayat yang menjelaskan mengenai takwa banyak pula didapati di dalamnya. Antaranya menunjukkan bahawa Kitab tersebut adalah satu-satunya kitab yang diikuti untuk seseorang jadi bertakwa. Dan Kitab itu mudah difahami. Firman-firman-Nya,

"Ini adalah penjelasan bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu teguran bagi orang-orang bertakwa." (3:138)

"Ini ialah sebuah Kitab yang Kami turunkan, yang diberkati; maka ikutlah ia, dan bertakwalah supaya kamu dikasihani." (6:155)

"Sesungguhnya Kami mudahkannya dengan lisan kamu supaya kamu beri berita gembira dengannya kepada orang-orang bertakwa, dan beri amaran kepada kaum paling degil." (19:97)

Al-Qur'an turut menunjukkan manusia ke jalan Allah, dan ia adalah lurus. Jalan tersebut disuruh supaya diikuti untuk menjadi bertakwa, dan suruhan itu merupakan suatu wasiat daripada-Nya. Demikianlah menurut firman berbunyi,

"Dan bahawa inilah jalan-Ku, lurus; maka kamu ikutlah ia, dan jangan ikut jalan-jalan yang berlainan supaya mereka tidak pecah belahkan kamu daripada jalan-Nya. Itu yang Dia wasiatkan kamu dengannya, supaya kamu bertakwa." (6:153)

Takwa begitu penting dalam pertalian dengan-Nya, hingga merangkumi tempat sujud, atau masjid, yang dihendaki didirikan atas dasar takwa, atau takut kepada-Nya. Ayat al-Qur'an yang menjelaskan bermaksud,

"Masjid yang didirikan atas takwa sejak hari pertama adalah lebih wajar untuk kamu berdiri di dalamnya;" (9:108)

Penjelasan atas sebab-sebab dipilih perkataan takwa, bukan perkataan lain, terutama yang tidak terdapat di dalam al-Qur'an, untuk menunjukkan pertalian dengan Allah, berhenti di sini. Keterangan lanjut mengenai perkataan tersebut dapat dibaca di halaman Kalimat Takwa/Takut di dalam al-Qur'an dan halaman Syurga dan orang takwa.

Terima kasih. Salam.


12 Jun 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman