Nabi dan Rasul menurut selain Allah
From: suhaimi mamat <bmsuhaimi@gmail.com>
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Saturday, May 9, 2009 12:16:09 PM
Subject: Salah takrifan perkataan nabi dan Rasul.
Pengarang,
Dalam laman web www.e-bacaan.com/sudut_pn01.htm, yang bertajuk "Siri Kisah Nabi (1) daripada al-Qur'an: Nabi Yahya", pengarang ada menyebut:
Nabi adalah juga Rasul kerana dia sampaikan. Perkataan Rasul bermakna pembawa atau penyampai. Akan tetapi, bukan semua Rasul diangkat jadi Nabi...
... Justeru itu, Nabi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Rasul....
Takrifan pengarang tentang nabi dan Rasul adalah salah. Nabi ialah orang yang menerima wahyu daripada Allah untuk dirinya sendiri dan dia tidak wajib sampaikannya kepada orang lain. Rasul pula ialah orang yang menerima wahyu Allah untuk dirinya dan dia wajib sampaikan kepada orang lain atau kaumnya (kecuali nabi Muhammad, dia wajib sampaikan wahyu Allah ke seluruh alam). Dengan kata lain, Rasul lebih besar dan berat tugasnya daripada nabi. Bagaimana pengarang boleh mengatakan "Nabi adalah lebih tinggi kedudukannya daripada Rasul"?
Saya agak musykil, bagaimana pengarang rasa mampu menulis tentang islam sedangkan pengarang tidak tahu perbezaan antara perkataan "nabi" dan "Rasul"? Sepatutnya, pengarang mengedit dahulu skrip tulisan pengarang - dari segi bahasa, istilah, rujukan-rujukan yang sah - sebelum memuat atas (upload) sesuatu artikel yang berkait dengan soal akidah Islam.
Perbetulkanlah penyataan pengarang itu kerana ia adalah suatu kesalahan yang besar dalam Islam. Saya juga akan mengirimkan salinan emel ini kepada pihak JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) untuk pengetahuan dan tindakan susulan pihaknya.
Saya yang ikhlas,
SUHAIMI MAMAT
Salamun alaikum,
Terima kasih kepada suhaimi mamat yang telah mengambil berat atas penulisan kami di sini. Diharap dia juga membaca Kedudukan sebenar Nabi dan Rasul -megasheila07 yang sudah lama berada di sini. Tulisan atau hujah atas perkara yang dibangkitkan adalah berdasarkan Kitab Allah, al-Qur'an. Tiada kenyataan daripada yang selain-Nya diguna sebagai bahan penghujahan. Semuanya berdasarkan ayat-ayat al-Qur'an.
Kami faham tentang kesukaran ikut ayat-ayat Allah. Sebab itu Dia suruh sabar, sehingga Dia hakimkan. Firman-Nya,
"Dan ikutlah apa yang diwahyukan kepada kamu, dan sabarlah kamu, sehingga Allah hakimkan; dan Dia yang terbaik daripada para hakim." (10:109)
Misal kesukaran yang dihadapi ialah menukar kepercayaan sedia ada kepada kepercayaan menurut ajaran Tuhan. Contoh, kedudukan Nabi dan Rasul dalam agama yang sedang dibincang. Dan daripada ayat baru disebut terdapat satu lagi kesukaran iaitu menerima petunjuk Allah mengenai siapa yang harus hakimkan, kerana pada kepercayaan sedia ada kelihatan macam tidak diajar perkara tersebut, atau diajar dengan selain daripada ajaran-Nya.
Kami juga faham tentang tindakan atau tindakan-tindakan yang diambil oleh orang-orang tidak percayai Kitab Allah terhadap orang-orang yang percayainya. Menurut ajaran Allah, mereka (yang tidak percaya) bertindak seperti berikut terhadap orang-orang yang percaya:
buat muslihat (3:120)
mendustakan dan menyakiti (6:34), menyakitkan (14:12)
mendendami (7:126)
mengata (20:130, 50:39, 73:10)
menggelisahkan (30:60)
Mungkin satu atau lebih daripada tindakan yang disenaraikan di atas sudah disemat di dalam kepala suhaimi mamat. Tidak mengapa, kerana kami tidak akan ditanya oleh Allah pada Hari Kiamat tentang apa yang dia buat, dan dia tidak juga ditanya mengenai apa yang kami buat. Demikianlah kata Allah, tetapi dia tidak mengetahuinya kerana tidak diajar dalam kepercayaannya. Lantas dia tetap berselesa dalam buat lontaran kepada orang lain.
Ingin menyentuh sedikit tentang kenyataan suhaimi mamat berbunyi, "Nabi ialah orang yang menerima wahyu daripada Allah untuk dirinya sendiri dan dia tidak wajib sampaikannya kepada orang lain." Tuhan kami, Allah, tidak ajar seperti itu, lalu kami bertanya pula, "Tuhan manakah yang mengajarnya?"
Tidakkah dia diajar bahawa Muhammad itu Nabi (dikecualikan pulak!), Isa itu Nabi, dan Musa itu Nabi, yang menerima wahyu atau Kitab, kemudian sampaikannya pula kepada umat? Penyampaian yang mereka lakukan adalah menurut perintah daripada Allah. Adakah pengecualian itu dilakukan kerana bezakan Muhammad dengan Nabi-Nabi lain? Tidakkah diberitahu bahawa amalan bezakan para Nabi, satu sama lain, dilarang Allah? Larangan Allah adalah dijauhi.
Katanya lagi, "Dengan kata lain, Rasul lebih besar dan berat tugasnya daripada nabi." Bagi kami tiada yang lebih berat dalam urusan sampaikan ayat-ayat Allah daripada pergi berperang kerananya. Sila lihat apa yang dikatakan Allah mengenai Nabi dan berperang:
"Dan berapa ramainya Nabi yang bersamanya ramai telah berperang, dan mereka yang ber-Pemelihara tidak jadi lemah kerana apa yang timpa mereka di jalan Allah, dan tidak lemah, dan tidak juga tunduk; dan Allah suka orang-orang yang sabar." (3:146)
Ramai Nabi telah pergi
berperang di jalan Allah. Tidakkah itu menunjukkan tugas Nabi terhadap ayat-ayat
Allah amat besar dan berat? Siapakah yang didengarinya sehingga jadi begitu
keliru?
Kenyataan-kenyataannya sudah cukup untuk menunjukkan kepercayaan sedia ada padanya harus diganti dengan kepercayaan menurut wahyu, jika dia ingin membetulkan orang lain. Tidak mungkin wahyu itu salah atau sesat sebab ia datang dari Allah. Ingatlah, bahawa kami tidak memaksanya supaya percaya. Tuhan pun tidak. Sehubungan itu, renungkan firman berbunyi,
"Dan sebuah al-Qur'an yang Kami bahagi-bahagikan, untuk kamu baca kepada manusia berjarak-jarak, dan Kami turunkannya dengan satu penurunan.
Katakanlah, 'Percayalah kepadanya (al-Qur'an), atau tidak percayai; orang-orang diberi pengetahuan sebelumnya, apabila dibacakan kepada mereka, jatuh di atas dagu-dagu mereka dengan bersujud," (17:106-107).
Mungkin dia musykil terhadap terjemahan kami; kalau begitu, umpama orang cerdik, dia harus membandingkannya dengan terjemahan al-Qur'an orang lain, misalan kitab "Lafaziyah" yang pada suatu bahagiannya dihiasi dengan terjemahan al-Qur'an secara perkataan demi perkataan, dengan tulisan bahasa asal dan bahasa Melayu/Indonesia. Transliterasinya pun ada.
Kami tidak ingin memanjangkan lagi perkara yang dibangkitkan kerana ia dilontar dalam kegelapan. Dan kerana kami telah pun menulis mengenai kedudukan Nabi dan Rasul (sebanyak dua kali) dengan tanpa diubah lagi.
Tapi kami mohon maaf kerana ingin menyarankan, sekiranya boleh disarankan, kepada pelontar supaya keluar dari kegelapan dan pergi kepada cahaya. Cahaya yang dimaksudkan, menurut Allah, Tuhan kita semua, ialah Kitab al-Qur'an.
Allah disanjung!
Kami juga
yang ikhlas,
e-bacaan.com
Tambahan:
Mengapa anda diajar berselawat ke atas Nabi,
bukan Rasul?
Terima kasih. Salam.
12 Mei 2009
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman