Kalimat Pilihan dan Penyampaian
From: harun_hcs
To: Kalimat pilihan <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, March 30, 2009 11:03:51 AM
Subject: Jazakallah khair..
Salamun alaikum,
Terima kasih di atas kegigihan di pihak e_bacaan dalam usahakan himpunan ayat-ayat al-Quran bagi kalimat-kalimat yang saya cadangkan tempoh hari. Semoga Allah SWT beri ganjaran pahala yang besar di atas usaha saudara itu.
Untuk makluman saudara, saya sendiri jadikan laman web saudara sebagai rujukan utama dalam usaha saya untuk mendalami al-Quran. Ianya ternyata amat membantu kerana melaluinya saya menemui cara yang paling efektif dalam usaha untuk mendalami perihal sesuatu kalimat yang disebut di dalam beberapa tempat (surah) dalam al-Quran. Ini membolehkan saya mendapat kefahaman yang jelas dan terang apabila semua kalimat yang disebutkan di dalam al-Quran itu (yang ada di antaranya disebut secara berulang-ulang) dikumpul dan dikaji secara bersepadu, terutama dalam konteks bagi mendapatkan keterangan dan penjelasan sepenuhnya terhadap setiapkalimat yang terkandung dalam kitab suci al-Quran itu.
Teruskan usaha murni saudara dan perjuangan saudara dengan bersandarkan anjuran al-Quran yang berbunyi..."Berpesan-pesanlah kamu dengan kebenaran dan berpesan-pesanlah kamu dengan kasabaran." (103:3)
Salam
Harun
Ottawa, Canada.
Salamun alaikum,
Alhamdulillah, kerana Kalimat Pilihan dapat membantu dalam mendalami al-Qur'an, dan juga kerana terdapat seorang lagi hamba Allah yang giat dalam amalan tersebut. Semoga segala pengetahuan yang dicari dikurniakan Allah seperi Dia hendaki. Setelah dapatinya disampaikan pula kepada orang-orang lain.
Dalam sampaikan pendapat atas ajaran al-Qur'an terdapat sesetengah penyampai hilang kesabaran. Paling ketara ialah bukan terhadap orang-orang yang belum memahami atau ikut kandungan al-Qur'an tetapi terhadap orang-orang al-Qur'an lain jua.
Satu contoh hilang kesabaran terhadap golongan yang sama, kerana menolak pendapat yang disampaikan, ialah melempar ayat al-Qur'an mengenai sentuhan syaitan (beri isyarat bahawa orang yang menolak telah disentuh bisikan syaitan), atau melempar kata seperti mereka tidak ikut al-Qur'an! Tindakan serupa itu tidak mungkin dibalas dengan baik oleh Allah. dan kelihatan seolah, dengan sengaja, melupakan kenyataan-Nya bahawa Dia beri petunjuk kepada siapa Dia hendaki.
Sampai di situ sahaja yang ingin disampaikan kali ini. Terima kasih.
Salam.
31.3.09
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman