Kalimat Baru - Yahudi

 

From: harun_hcs
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, February 4, 2009 5:08:17 AM
Subject: Kalimat baru

Salam,
 
Tahniah di atas usaha menerbitkan kalimat pilihan. Ia diharap akan dapat dijadikan rujukan secara mudah bagi sesiapa yang ingin mendalami hal-hal berhubung Al Quran.
 
Ada 2 kalimat baru yang ingin saya cadangkan dapat dimasukkan dalam senarai kalimat pilihan. Kalimat-kalimat tersebut ialah pertama, YAHUDI/BANI ISRAEL, dan kedua, MALAIKAT.
 
Mohon dapat diusahakan.


Salamun alaikum,

Terima kasih atas cadangan yang baik. Dan maaf kerana tidak dapat usahakannya dengan lebih awal lagi.

Di sini disenaraikan perkataan yang pertama dipohon untuk dinyatakan ayat-ayat al-Qur'an yang mengandunginya. Dua yang lain, Bani Israil dan Malaikat, akan diusahakan selepas ini, dengan izin Allah.

Terima kasih.

17 Mac 2009

****


Kalimat Yahudi di dalam al-Qur'an

Kalimat Yahudi di dalam Bacaan diterjemah daripada dua perkataan/akar iaitu:

1. Yahudi (ya ha dal) jamak yahud, dan

2. Hada (ha wau dal)

Juga diturunkan, di hujung halaman ini, sebuah ayat yang mengandungi perkataan bermaksud tempat sembahyang orang Yahudi.

 

Yahudi

2:113. Orang-orang Yahudi berkata, "Orang-orang Kristian tiada sesuatu", dan orang-orang Kristian berkata, "Orang-orang Yahudi tiada sesuatu"; dan mereka baca al-Kitab. Demikianlah juga orang-orang yang tidak tahu berkata, serupa ucapan mereka. Allah akan hakimkan antara mereka pada Hari Kiamat mengenai apa yang mereka selisihkan.

2:120. Dan tidaklah orang-orang Yahudi akan berpuas hati dengan kamu, dan tidak juga orang-orang Kristian, sehingga kamu ikut anutan mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar." Jika kamu ikut keinginan mereka setelah pengetahuan yang datang kepada kamu, maka kamu tidak akan ada, terhadap Allah, wali (pelindung) dan tiada juga penolong.

3:67. Tidak, Ibrahim sebenarnya bukanlah seorang Yahudi, dan bukan juga seorang Kristian, tetapi dia seorang Muslim, dan seorang yang lurus, dan dia bukan daripada orang-orang yang sekutukan.

5:18. Dan berkata orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, "Kami adalah anak-anak Allah, dan kekasih-kekasih-Nya." Katakanlah, "Mengapa pula Dia azab kamu kerana kesalahan-kesalahan kamu? Tidak, kamu adalah makhluk daripada ciptaan-Nya; Dia ampun siapa Dia hendaki, dan Dia azab siapa Dia hendaki." Kerana kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan apa yang di antara keduanya; kepada-Nya kepulangan.

5:51. Wahai orang-orang yang percaya, janganlah ambil orang-orang Yahudi, dan orang-orang Kristian, sebagai wali (sahabat); mereka adalah wali-wali satu sama lain. Sesiapa antara kamu yang jadikan mereka sahabat-sahabatnya adalah daripada mereka. Sesungguhnya Allah tidak beri petunjuk kepada kaum yang zalim.

5:64. Orang-orang Yahudi berkata, "Tangan Allah terbelenggu." Yang terbelenggu ialah tangan-tangan mereka, dan mereka dilaknati kerana apa mereka kata. Tidak, tetapi tangan-Nya terjulur; Dia nafkahkan sebagaimana yang Dia hendaki. Dan apa diturunkan kepada kamu daripada Pemelihara kamu akan tambah kepada kebanyakan antara mereka, dalam kelampauan batas, dan ketidakpercayaan; dan Kami lempar di kalangan mereka, permusuhan dan kebencian, sampai Hari Kiamat. Setiap kali mereka nyalakan api untuk perang, Allah padamkannya. Mereka berusaha di bumi untuk buat kerosakan padanya; dan Allah tidak suka orang-orang yang buat kerosakan.

5:82. Sungguh, kamu dapati manusia yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang Yahudi, dan orang-orang yang sekutukan; dan sungguh kamu dapati mereka yang paling dekat dalam kasih sayang terhadap orang-orang yang percaya ialah orang-orang yang berkata, "Kami adalah orang-orang Kristian"; itu adalah kerana sebahagian mereka adalah paderi-paderi dan rahib-rahib, dan mereka tidak sombong.

9:30. Orang-orang Yahudi berkata, "Uzair ialah putera Allah"; orang-orang Kristian berkata, "Al-Masih ialah putera Allah." Itu adalah ucapan daripada mulut mereka, menurut ucapan orang-orang tidak percaya sebelum mereka. Allah memerangi mereka! Bagaimanakah mereka dipalingkan?

 

Hada

- bermaksud, dalam bahasa Inggeris, to repent, to be or become a Jew, to judaise; one who is or becomes a Jew, atau bertaubat (hanya satu ayat sahaja), dan seorang Yahudi atau yang jadi Yahudi.


2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Kristian, dan Sabiin, sesiapa percaya kepada Allah dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka upah mereka adalah di sisi Pemelihara mereka, dan tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

2:111. Dan mereka berkata, "Tidak akan masuk Taman kecuali orang Yahudi, atau Kristian." Demikianlah khayalan mereka. Katakanlah, "Kemukakan bukti kamu jika kamu berkata benar."

2:135. Dan mereka berkata, "Hendaklah kamu jadi Yahudi atau Kristian, dan kamu akan dapat petunjuk." Katakanlah, "Tidak, tetapi anutan Ibrahim, seorang yang lurus, dan dia bukan orang yang sekutukan."

2:140. Atau, adakah kamu kata, 'Ibrahim, Ismail, Ishak, Yaakub, dan puak-puak - mereka adalah orang-orang Yahudi, atau mereka orang-orang Kristian'?" Katakanlah, "Adakah kamu yang lebih tahu, atau Allah? Dan siapakah lebih zalim daripada orang yang sembunyikan kesaksian yang diterima daripada Allah? Dan Allah tidak lalai daripada apa kamu buat."

4:46. Sebahagian daripada orang-orang Yahudi kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan mereka berkata, "Kami dengar dan kami tentang", dan "Dengarlah, dan jadilah kamu tidak mendengar", dan "Peliharalah kami", putarbalikkan lidah mereka dan mencela agama. Sekiranya mereka kata, "Kami dengar dan kami taat", dan "Dengarlah", dan "Perhatikan kami", tentulah itu lebih baik bagi mereka, dan lebih tegak; tetapi Allah laknati mereka kerana ketidakpercayaan (kekafiran) mereka, maka mereka tidak percayai kecuali sedikit.

4:160. Kerana kezaliman orang-orang Yahudi, Kami haramkan mereka beberapa benda yang baik-baik yang dihalalkan bagi mereka, dan kerana mereka halangi ramai daripada jalan Allah.

5:41. Wahai Rasul, janganlah mereka edihkan kamu, yang bersegera dalam ketidakpercayaan, daripada orang-orang yang berkata dengan mulut mereka, "Kami percaya", tetapi hati mereka tidak percayai, dan daripada orang-orang Yahudi, yang dengar yang dusta, yang dengar kaum lain, yang tidak datang kepada kamu, dengan kelirukan perkataan-perkataan daripada makna-maknanya, dan berkata, "Jika kamu diberi yang ini, ambillah ia, dan jika kamu tidak diberi, maka berhati-hatilah kamu." Sesiapa yang Allah hendak mencubanya, kamu tidak berkuasa untuk menolongnya sedikit pun terhadap Allah. Mereka itulah orang-orang yang hati mereka Allah tidak hendak bersihkan; bagi mereka kerendahan di dunia, dan di akhirat, bagi mereka azab yang besar,

5:44. Sesungguhnya Kami telah turunkan Taurat, di dalamnya petunjuk dan cahaya; dengannya Nabi-Nabi yang tundukkan diri hakimkan perkara untuk orang-orang Yahudi; seperti dilakukan rabani-rabani (orang-orang yang menguasai), dan habr (ulama agama) yang diperintah untuk memegang Kitab Allah, dan mereka adalah saksi-saksi ke atasnya. Maka jangan kamu takut kepada manusia, tetapi kamu takutilah Aku, dan jangan jual ayat-ayat-Ku untuk harga yang sedikit. Sesiapa tidak hakimkan menurut apa yang Allah turunkan, maka mereka itulah orang-orang tidak percaya (kafir).

5:69. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan Sabiin, dan orang-orang Kristian, sesiapa yang percaya kepada Allah, dan Hari Akhir, dan buat kerja-kerja baik , maka tiadalah ketakutan pada mereka, dan tidaklah mereka bersedih.

6:146. Dan ke atas orang-orang Yahudi, Kami haramkan segala haiwan yang berkuku, dan daripada lembu dan kambing, Kami haramkan mereka lemak mereka, kecuali apa yang punggung-punggung mereka bawa, atau ususnya, atau apa yang bercampur dengan tulangnya; bahawa Kami balas mereka kerana keangkuhan mereka; sesungguhnya Kami berkata benar.

7:156. Dan tuliskanlah (tetapkanlah) untuk kami dalam kehidupan dunia ini yang baik, dan di akhirat; kami bertaubat kepada Engkau." Berkatalah Dia, "Azab-Ku, Aku timpakan dengannya siapa yang Aku hendaki, dan pengasihan-Ku, merangkumi segala sesuatu, dan Aku akan tuliskannya untuk orang-orang bertakwa, dan mereka beri zakat, dan orang-orang yang benar-benar percayai ayat-ayat Kami,

16:118. Dan orang-orang Yahudi, Kami telah haramkan mereka apa yang Kami ceritakan kepada kamu sebelumnya, dan Kami tidak menzalimi mereka, tetapi mereka menzalimkan diri-diri mereka sendiri.

22:17. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sabiin, dan orang-orang Kristian, dan orang-orang Majusi, dan orang-orang yang sekutukan - Allah akan bezakan antara mereka pada Hari Kiamat; sesungguhnya Allah saksi atas segala sesuatu.

62:6. Katakanlah, “Wahai kamu orang-orang Yahudi, jika kamu mendakwa bahawa kamulah wali-wali (sahabat-sahabat) Allah, selain daripada manusia lain, maka inginkanlah kematian, jika kamu berkata benar.”

 

Tempat sembahyang

22:40. Orang-orang yang diusir daripada tempat-tempat tinggal mereka dengan tanpa patut, melainkan mereka berkata, "Pemelihara kami ialah Allah." Sekiranya Allah tidak usir manusia, sebahagian mereka dengan sebahagian yang lain, tentulah dirobohkan biara-biara, dan gereja-gereja, dan salawat (tempat-tempat sembahyang Yahudi), dan masjid-masjid, yang di dalamnya nama Allah disebut dengan banyak. Sungguh, Allah akan tolong orang yang menolong-Nya; sesungguhnya Allah Kuat, Perkasa.


Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman