Poligami
From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Thursday, March 19, 2009 11:20:11 PM
Subject: Perkahwinan.
Salamun 'alaikum saudara,
Saya berbincang-bincang dengan isteri saya mengenai isu poligami. Mengikut pendapat para ulama'; sesiapa yang mempunyai harta yang banyak maka ia dibenarkan untuk berkahwin lebih dari satu, kerana dia mampu untuk menyara isteri-isterinya.
Persoalan saya sekarang ini adalah pada ayat yang berikut; (ayat yang dibaris adalah penambahan dari saya )
4:3. Jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka kahwinilah perempuan-perempuan yang nampak baik bagi kamu, dua, dan tiga dan empat(untuk mengurus anak-anak yatim); tetapi jika kamu takut kamu tidak akan berlaku adil(jika berkahwin lebih dari satu), maka satu sahaja; atau apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki; maka ia lebih dekat bagi kamu untuk tidak buat aniaya.
Adakah ayat di atas menerangkan bahawa kita dibolehkan untuk berkahwin lebih dari satu jika; yang dikahwini adalah dari kalangan anak-anak yatim dengan niat untuk membantu mereka atau berkahwin lebih dari satu hanyalah kerana untuk menjaga anak-anak yatim tersebut ?
Jika salah satu dari keterangan di atas benar, maka bagaimanakah dengan hukum banyak harta boleh kahwin lebih dari satu ?.
Salamun
alaikum,
Terima kasih. Kami suka dengar berita sahabat dan isteri berbincang-bincang tentang kandungan al-Qur'an.
Pada hemat kami, ayat 4:3 di atas, bermaksud kahwini anak-anak yatim yang perempuan. Demi kesejahteraan mereka.
Selanjutnya kami berpendapat iaitu poligami yang termaktub di situ adalah juga ke atas "apa yang tangan-tangan kanan kamu miliki". Untuk keterangan lanjut mengenai frasa tersebut sila rujuk di sini.
Tentang "hukum banyak harta boleh kahwin lebih dari satu" itu pula, kami berpendapat, ia dijadikan syarat dengan tanpa banyak usul periksa dahulu, sehingga poligami jadi seperti "membeli" perempuan. Memang duit jadi perkiraan, baik untuk kahwini isteri pertama mahupun yang seterusnya, tetapi tidak disebut-sebut, atau diperbesarkan, kecuali bagi mata duitan.
Ayat poligami tadi menyebut masalah yang terbit daripadanya iaitu tidak adil dan aniaya. Sehubungan itu kami utarakan sepucuk e-mel yang sudah agak lama diterima tetapi belum diterbitkan lagi kerana "percutian" kami tempoh hari. Ia seperti berikut:
From: eddy siswanto
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, February 4, 2009 6:08:03 PM
Subject:
Assalamu'alaikum Wr Wb
Boleh kami bertanya ?
1. Perlukah dilaksanakan sebuah janji sebelum pernikahan yaitu akan menceeraikan istri pertama (karena ahli kitab) namun kemudian istri tersebut masuk islam.
2. Bagaimana hukumnya istri ke dua jika ia inginkan istri pertama untuk diceraikan, padahal suami masih keberatan untuk menceraikannya?
3. Apabila suami masih mencintai istri ke dua tetapi karena suami tidak mencereaikan istri pertama, kemudian istri ke dua minta cerai apakah wajib dilaksanakan permintaan tersebut.
Wassalamu'alaikum Wr Wb
Eddy Siswanto
Sekali
lagi, Salamun alaikum, tapi kali ini khas bagi saudara ES. Kami mohon maaf
atas kesalahan tidak membalas sebelum ini.
Nah, itu dia satu masalah dalam poligami! Kami jawab ikut bilangannya juga:
1. Bagi kami, janji untuk melakukan sesuatu yang tidak baik tidak harus dilaksanakan. Kerana apabila dilaksanakan maka jahatlah orang yang lakukannya. Apatah lagi jika ia dilakukan atas sebab cemburu daripada seseorang.
2. Isteri kedua tidak ada hak menuntut supaya suami menceraikan isteri pertama.
3. Permintaan untuk diceraikan oleh isteri kedua harus dibawa ke meja perundingan. Tempoh perundingan jangan disingkatkan. Biar sampai 4 bulan. Selepas itu, jika dia berkeras juga maka ceraikan dia, kerana si isteri juga ada hak untuk menuntut cerai.
Jangan hidup bersama dengan orang yang tidak mencintai kita. Nanti merana.
Wah! Beri nasihat pulak orang tua ni!
Salam.
21.3.09
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan Artikel
Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan Soalan Lazim
Sudut Pelajar Senarai Penulis
English Articles
Tulis kepada Pengurus Laman