Pelik tapi dipercayai & Kalut

 

From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Tuesday, February 3, 2009 12:07:06 AM
Subject: Pelik.

 

Salamun 'alaikum.

 

Ada sebuah cerita menarik yang saya dapat ketika berbual-bual dengan salah seorang sahabat saya di tempat kerja.

 

Kata sahabat saya ni; jika sesuatu mayat itu dialihkan dari kubur asalnya dengan tujuan untuk dikuburkan di suatu kawasan yang lain maka hukumnya HARAM; tetapi jika ia hendak dialihkan ke MASJIDIL HARAM maka hukumnya HARUS. Kata-kata ini diambil dari Datuk Hassan Din di sebuah rancangan keagamaan di sebuah stesyen tv, cerita sahabat saya ni dengan bersungguh-sungguh.

 

Sahabat saya ni juga pernah ajar saya satu ajaran yang pelik, diambil dari tuk gurunya. Kata sahabat saya ni kalau anak-anak demam, pergi ambil air kolah masjid dari 7 masjid yang berlainan. Kemudian mandikan mereka, insya Allah baik, katanya.

 

Seorang sahabat saya beli kereta baru, ibunya gembira lalu buat majlis bacaan Yasin. Diletakkan botol-botol air ditengah-tengah kumpulan yang membaca Yasin; apabila selesai majlis, diambil botol-botol berisi 'Air Yasin' lalu dimandikan kereta baru sahabat saya tu, katanya buang sial.

 

Pelik tapi dipercayai !!!

 

Salam.


Salamun alaikum,

Terima kasih kepada sahabat abumuslim yang tidak jemu menjamu kita dengan cerita-cerita benar mengenai kepercayaan orang-orang kita yang pelik tapi dipercayai ramai.

Terasa ralat kerana kami tidak dapat menerbitkan kirimannya lebih awal atas sebab-sebab tertentu. Begitu juga dengan beberapa kiriman orang lain.

Sehari sebelum kiriman di atas diterima kami telah didatangi e-mel beliau, yang turut menarik, seperti dipaparkan di bawah ini:


From: abumuslim
To: Tuan Pengurus Laman <e_bacaan@yahoo.com>
Sent: Monday, February 2, 2009 11:38:23 PM
Subject: Bacaan.

 

Salamun 'alaikum.

 

Apa khabar sahabat, semoga sentiasa sihat dan gembira disamping keluarga tercinta hendaknya .

 

Saya sedang berusaha untuk mencetak Bacaan di kertas; membaca dengan bentuk buku/kitab lebih santai, sambil-sambil makan keropok pun boleh membaca .

 

Email dari saudara soldier.allah mengenai Ajaran Madinah, menarik perhatian saya. Malaysia pada pendapat saya, memang bukan negara Islam (maaf kalau tersinggung); cuba lihat saudara Karpal Singh, setiap kali keluar cerita atau isu tentang Islam dia akan kata, ''Malaysia bukan negara Islam''; tapi tidak ada seorang pun yang berani pertikaikan beliau, paling tidak pun saman beliau masuk mahkamah !(PAS pun tak berani)

 

Perintah agama seperti solat, puasa atau zakat bukan terletak pada Islamnya sesebuah negara. Perintah itu adalah kepada individu; kepada sesiapa yang ingin mendengar, ikut, tunduk dan patuh. Tiada paksaan dalam agama.

 

Dalam laman web ini terdapat banyak artikel-artikel yang boleh di baca, yang dapat meleraikan permasalahan tentang agama; walaupun tidak semua. Untuk memahami ajaran agama yang sebenarnya bacalah Al-Qur'an, dalam bahasa yang kita fahami. Janganlah kita mengikut sesuatu kumpulan atau ajaran atau individu tanpa memahami Al-Qur'an terlebih dahulu.

 

Saya teringat ketika saya berborak-borak dengan dua orang pakcik saya; kedua-dua pakcik saya ini adalah orang yang belajar agama dari para guru atau syeikh di merata negeri. Pengetahuan agamanya tinggi, tanya apa soalan dapat dijawabnya beserta dalil, hadis dan pengalaman mereka. Hinggalah salah seorang dari mereka berkata; ''Ucapan Bismillahirrahmannirrahim tu Nabi Muhammad jer yang dapat dari Allah, banyak rahsianya dan fadilatnya, nabi-nabi lain tak dapat ucapan tu. Kalau kita sebut dengan penuh yakin, boleh lintas sungai, jalan atas air ''.

 

Betul ke ?. Jika kita tidak membaca Al-Qur'an, dengan sebenarnya, maka kita akan cepat terpengaruh dengan orang yang panjang janggutnya, putih serbannya dan labuh jubahnya tapi cetek pengetahuannya tentang Al-Qur'an.

 

27:29. Dia berkata, "Wahai pembesar-pembesar, sesungguhnya sebuah kitab yang mulia telah dilemparkan kepadaku,

27:30. Ia daripada Sulaiman, dan ia adalah 'Dengan nama Allah, Yang Pemurah, Yang Pengasih.

27:31. Janganlah kamu meninggi terhadapku, tetapi datanglah kepadaku dalam kemusliman.'"

 

Salam, semoga Allah melindungi kita dari kejahilan dan beri kita petunjuk kepada jalan yang lurus. Terima kasih.


Tulisan kami disambung sedikit lagi. Gambaran kekalutan kepercayaan sesetengah orang kita jadi semakin jelas. Kekalutan terdapat juga dalam politik atau kedudukan orang kita di negara sendiri pada hari ini. Sukar bagi kami untuk membayangkan keadaan yang akan jadi baik. Malah dengan pengekalan kekalutan dalam kepercayaan (atas nama Islam) keadaan akan jadi lebih buruk lagi sehingga boleh jadi seperti dijanjikan Allah, iaitu diganti dengan kaum lain, di bumi sendiri.

Cerita-cerita di atas harus disimpan supaya boleh diguna sebagai teguran apabila berjumpa dengan keadaan yang sama atau sebagai contoh kepada orang lain, terutama anak-anak kita, iaitu contoh-contoh bagi kepercayaan kalut yang hadir dalam masyarakat bangsa kita.

Setakat ini sahaja kali ini, walaupun sudah hampir dua bulan tidak menulis/kemaskini. Kami akan cuba menerbitkan beberapa e-mel yang diterima dalam tempoh tersebut selepas ini, dengan izin Allah.

Salam.


16 Mac 2009

Halaman Utama   Terkini   Perpustakaan   Artikel   Bacaan   E-Mail   Hiasan   Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar   Penemuan   Soalan Lazim   Sudut Pelajar   Senarai Penulis   English Articles

Tulis kepada Pengurus Laman