Kiblat dan Solat
From: husmali
To: e_bacaan@yahoo.com
Sent: Wednesday, December 3, 2008 6:47:35 PM
Subject: Mengapa Hadap Masjidil Haram
Kepada Tuan Pengurus Laman
Salaamun Alaikum,
Semoga tuan pengurus laman di dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu agar dapat meneruskan pengelolaan laman web yang sungguh hebat ini. Kehebatan yang terdapat di laman ini tidak mungkin dapat dihasilkan kalau bukan oleh seorang yang bersungguh-sungguh, teliti dan hebat pula.
Tujuan saya menulis kini ialah untuk menanyai tuan berkenaan tajuk yang di atas tadi. Penanya pertama, saudara Goontor, telah bertanyakan tuan seperti demikian: "kalau boleh saya ingin bertanya tentang mengapa Allah menyuruh kita palingkan muka / wajah kita ke arah masjidil haram? apakah ada sesuatu yang diluar pengetahuan kita (gaib)?"
Jawaban tuan sungguh tepat dengan huraian dan disertakan dengan 14 dalil-dalil yang kukuh daripada Quran. Kemudian, saya pun merujuk pada ayat-ayat Quran yang termuat dalam tajuk "Kiblat" di laman kalimat pilihan, maka menurut fahaman saya, ia menerangkan mengenai bagaimana arah kiblat telah ditentukan ke arah Masjidil Haram.
Kemudian, saya jadi tertanya-tanya pula mengapa di dalam solat pun kita harus berpaling ke arah Masjidil Haram. Saya belum terjumpa suatu ayat pun daripada Quran yang perintah kita buat begitu. Sedangkan di dalam soalan saudara Goontor, ia tidak menyebutkan tentang perintah "Allah menyuruh kita palingkan muka / wajah kita ke arah masjidil haram" ketika bersolat.
Harap-harap dapatlah tuan beri huraian dan keterangan-keterangan yang lebih meluas tentang perkara ini agar dapat beri suatu pembukaan dan petunjuk yang baru buat diri saya.
Terima kasih. Wasalaam.
Yang benar,
Mohd Hussein Ali
Salamun
alaikum,
Terima kasih kerana sudi menulis dan bertanya tentang kaitan kiblat dengan solat. Kami tidak ingat sama ada pertanyaan tersebut pernah ditanya di sini, tetapi ia telah bermain-main di fikiran kami sendiri ketika mula-mula ingin bersolat mengikut al-Qur'an dahulu.
Yang bermain-main itu tidak menetap lama, jadi hilang, setelah berjumpa ayat berikut:
"Dan Kami wahyukan Musa dan saudaranya, 'Ambillah kamu untuk kaum kamu di Mesir, rumah-rumah tertentu, dan buat rumah-rumah kamu satu kiblat, dan lakukan solat, dan beri berita gembira kepada orang-orang mukmin.'" (10:87)
Ayat meyakinkan kami tentang adanya hubungan kiblat dengan solat. Atas keyakinan itu kami turunkan sedikit catatan, berwarna ungu, selepas ayat di atas dirakam di halaman Kalimat kiblat di dalam al-Qur'an. Halaman tersebut telah juga dikunjungi oleh Mohd Hussein Ali, pengirim e-mel di atas.
Kelihatan ayat tersebut, dan catatan yang dibuat, tidak dapat menyakinkan MHA. Sekiranya dia mahu kenyataan misalan "Kibat untuk solat ialah Masjidil Haram" seperti penjelasan ditulis di dalam kitab-kitab ajaran manusia maka kami tidak dapat memberinya, sebab al-Qur'an tidak ditulis seperti itu.
Jawapan kepada pertanyaan MHA berhenti di sini.
Satu lagi pertanyaan yang hadir bersama bermain-main di fikiran kami dahulu ialah mengapa Allah menyuruh palingkan muka ke arah Masjidil Haram di mana saja kita berada. Kami tidak nampak sebab lain kecuali untuk solat.
Selain daripada ayat tadi, kami kaji ayat-ayat lain yang berkait dengan kiblat. Lalu ayat-ayat bermula 2:142 hingga 2:153 direnungkan. Mereka bermula dengan menyebut mengenai kibat, kemudian Masjidil Haram, dan akhirnya solat pula. Ayat yang akhir itu berbunyi,
"Wahai orang-orang yang percaya, kamu mohonlah pertolongan dalam kesabaran dan solat; sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." (2:153)
Bagi kami, kumpulan 12 ayat tersebut menyakinkan lagi bahawa kibat (Masjidil Haram) dengan amalan solat berkait-kaitan. Pun begitu, jika ada orang tidak bersetuju dengannya, atau ayat yang pertama tadi (10:87), maka kami tidak memaksa sesiapa jua menerima pendapat kami bulat-bulat.
4 Disember 2008
Halaman Utama
Terkini Perpustakaan
Artikel Bacaan
E-Mail
Hiasan
Kalimat Pilihan
Keratan Akhbar
Penemuan
Soalan Lazim
Sudut Pelajar
Senarai Penulis English
Articles
Tulis kepada Pengurus
Laman